♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Monday, June 8, 2009

Plastik...Plastik...Plastik

Monday is coming back....start this week dengan news lagi, aku dulu ada cita-cita nak jadi pembaca berita gak...tp tak kesampaian...wah2...tak layak kut..angan-angan la, time sekolah dulu cikgu suker panggil aku baca berita ngan bersajak...aku minat err...so sekarang aku publish pasal news lagi ek..ceta pasal plastik..

News ni untuk peringatan pada aku dan teman-teman yang berada di Pulau Pinang, or siapa-siapa yang nak datang melancong ke Pulau Pinang pada hari isnin yew..hehehe..

Ikuti berita tersebut, yang aku petik2 dari berita online Berita Harian pada hari sabtu 6hb Jun 2009

Pulau Pinang isytihar Isnin hari tanpa plastik

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan setiap Isnin sebagai "Hari Tanpa Plastik" bagi negeri itu, bermula 1 Julai ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata larangan penggunaan beg plastik oleh kerajaan negeri itu menandakan komitmen seriusnya ke arah mencapai matlamat sebuah negeri hijau.

"Berikutan perundingan dan dialog dengan pasar raya hyper, pasar raya besar, pasar raya mini, pengeluar plastik dan NGO, larangan penggunaan beg plastik itu merupakan komitmen serius kerajaan negeri bagi mengurangkan penggunaan beg plastik," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, dalam usaha menggalakkan pengguna membawa beg mereka sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada beg plastik, pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik pada "Hari Tanpa Beg Plastik".

"Hasil kutipan akan didermakan kepada Program Kemiskinan Tegar negeri," katanya.

Lim berkata, kaji selidik yang dijalankan oleh kerajaan negeri terhadap enam kumpulan utama pasar raya hyper dan pasar raya besar menunjukkan sehingga 25.2 juta beg plastik diedarkan pada 2008. - Bernama

Sekian Terima Kasih...

4 comments:

zue_annie said...

so kalu sapa x peka n xtau senin hari tanpa plastik jenuh la kna pegang ek hehhehe..bagus2 smua kna guna green bag

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

zue~tu lerr....kena ingt la...

miDguRL said...

uits susah r nk beli nasi lmk n air pasnie hehehe eh lupe org bkn kt penang hahaha

tahniah ahakksss
nie mail org. midcupid@gmail.com

akak, asal erk, nk msg kt chatbox mesti xlps huhu

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

mid~x kan air x bgkus plastik kut...ni utk pasaraya je rase...
ok nnti akak email..ahakkkss..hmm ya ka? akak pun x phm psl apa..beng kut shoutbox tu..keke