Assalamualaikum..
Happy Thursday..tomorrow Friday, Alhamdulillah..
Ada lagi sebenarnya gambar snap shoot di Pantai Merdeka hari tu, tak perasan pula belum tempek kat blog ni sebagai kenangan...kenangan berharga keluarga kecil kami.
Last minute plan, terjah Pantai Merdeka cuma nak relax dan santai je lepas makan kenduri kat Kuala Muda, lepas tu plan nak balik ke Bandar Puteri Jaya rumahku syurgaku di Sungai Petani, tup-tup macam mana boleh berubah fikiran, saja-saja pergi tanya kat kaunter Merdeka Beach Resort pasal resort ni, actually ada plan nak buat family day keluarga Tok Wan ak kat sini, tapi tak jadi.
At last...jadi family day keluarga kecil ak jek...kahhh! Tanya ada bilik kosong lagi ke? ada rupanya...tinggal satu je last, standard room (RM150 included breakfast)..hikss. En Suami pun ok je..tak dapat holiday jauh, dekat pun jadi kan..kan.Lagipun baju bajan memang sedia dibawa.
Tak banyak sangat gambar yang diambil ..asalkan ada...sebab nak fokus bergambar tu payah sikit sekarang, fokus ke Irfan..kalau jalan-jalan, memang lebih aktif dari Mama dan Baba...bukan dia berjalan, dia berlari okeh...kahh!
wajib ada playground nieh...amboi bersimpuh haihh Irfan ...haha
layan Irfan kat playground dulu...owhhh time nie belum lagi check in bilik, sebab masih di awangan..haha..
memang ramai orang lepak petang2 kat sini..ada yang buat aktiviti sukan, ada yang santai2...jamu selera di medan selera, tapi gambar medan selera ak tak snap pun..
cuaca mendung je..macam nak hujan, tapi tak hujan..
Best ke Baba? Irfan buat apa sayang?...
ramai tak? ramai kan...ada pulau belah sana..tak salah saya tanjung dawai.
tengok la Irfan..berlari-lari sokmo, bila Baba kejar...Irfan lari lagi laju, termengah-mengah gak ak kejar bapak dan anak..dah la pakai skirt..wakakaka..
kita ni as parent risau la..berlari-lari, kang tersepak apa ka...adoyai anak...mama ni risau terlebih la dear. huhu
lawak ak tengok gambar nie....sempat lagi Irfan pose Peace sambil tonggek! hahaha..lawak-lawak
Paling seronok Irfan..dapat sepak bola, depan bilik kami tu luas lamannya, apa lagi dia...belari sepak bola..
Irfan lepas mandi kolam je nie, balik bilik mandi bilas sekali lagi...tapi tengok ha, Irfan main berpeluh pula, siap jatuh berguling bagai atas rumput tu, sebelum check out kena la bersihkan Irfan sekali lagi..nasib baik baju Mama bawa banyak helai gak..
our room...putih-putih Melati, merah-merah Delima...hikss..
Baba layan Irfan sepak bola kejap noh...Mama nak siap-siap..hehe..
Sorry noh...gambar view dalam bilik ak lupa nak snap..check in bilik je, terus landing atas katil...kahhh!, gambar posing atas katil ada la...korang jangan muntah ijo noh, ada lagi woo gambar posing anak beranak atas katil...hahaha, tunggu nanti ak update yoo...
Irfan ni, setia tongkat dagu..selagi tak habis ambil gambar, tak turunkan tangan tu..bagus Irfan
cer tengok...ditinggalkan kita jauh, Irfan berlari taw...bukan berjalan...Mama dah siap cantik-cantik nak check out dah, berpeluh balik...kakaka..
Terfikir gak, next time kalau nak jenjalan..kena bawa stroller gamaknya...budak aktif macam Irfan ni, kalau terlepas pandang, risau gak dibuatnya, dulu penah dah letak Irfan dalam stroller masa jenjalan dalam mall, Irfan duduk kejap je, dah pandai berjalan...memang tak puas la duduk dalam stroller, tak puas jelajah katanya..haha
Berbalik pada resort kat sini, so far not bad la, kalau nak cuti relax bersantai...memang best...service pun ok, cuma kat kaunter front desk tu, masa kami pergi ritu..ada sorang je kat kaunter. Tapi menurut reception tu, resort ni memang ada vacancy...so memang dorang short manpower kot. Then satu lagi...breakfast macam kureng sikit la..huhu, kena dinaiktarafkan sikit la..hikss.
Owhhh ye...kalau ada yang nak mencari tempat cuti-cuti area Kedah nie...
MERDEKA BEACH RESORT Pantai Merdeka, 08570 Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman Resort's Phone: 04-4377555 / 017-4787589. Fax: 04-4377550