Assalamualaikum wbt...
Salam Sejahtera..
Peace!
Wahhhh sejuk petang nie...hujan dari tengahari tadi....Alhamdulillah ada panas dan hujan....:)
Opsss...sebenarnya tak habis lagi story Mr Hubby pergi ke Yogya, so ni last entry untuk entry Yogya nie...takut orang boring...macam la suami dia je pergi oversea...huhu. Ala saya nak sharing kat sini aje...terpulang pada kawan-kawan nak menilai macam mana, sebenarnya ini semua kenangan family yang perlu di simpan untuk kemudian hari...betul tak?...melalut sudahhh...hahaha..
Selepas hubby melawat Pantai Prangtritis dan Candi Borobudur di link Nie...hubby meneruskan lawatan ke Gunung Merapi, yang berlaku letupan terakhir pada tahun 2006..
Risau gak bila hubby call kata nak pergi Gunung nie...doa banyak2 agar selamat..Alhamdulillah semuanya lancar....
Tak salah saya..menurut hubby, ni batu yang jatuh dari gunung merapi tu le...
tinggalan van, motor, rumah yang di makan oleh lava gunung tersebut....dan menurut sejarah, hubby la story...ada seorang Bomoh yang dipercayai oleh penduduk di situ dapat berdoa dan mengelak dari meletusnya Gunung Merapi, Bomoh tu pula diperintah agar menjaga gunung itu oleh Raja, oleh kerana taat setia pada perintah Raja...pada saat gunung itu meletus Bomoh tu masih tak berganjak dari rumah dia....dia asyik berdoa agar gunung itu tak meletup....tetapi akhirnya dia meninggal di rumahnya sendiri pada ketika gunung merapi telah meletup dengan hebatnya....wallahualam...
Nampak kan gunung merapi tu.....masih ada yang menetap di kawasan berdekatan dengan gunung merapi ni....huhu..
Hubby beli Ole-Ole Khas dari sana...Bakpia Pathok
Kilang memproses Bakpia Pathok...ia sejenis kuih yer...
Hotel last hubby stay sebelum balik ke Malaysia...hotel ni best sket dari hotel yang 1st tu..hehe..
Banyak lagi tempat hubby pergi...tapi gambar macam tak memuaskan aje....saya random pilih gambar mana yang elok jer..hehe..
Wahhh macam Pilot plak suamiku....hehehe...cita-cita nak jadi Pilot gak tu, tapi tak kesampaian, bergambar dengan Pilot pun jadi la...hehe...mana lagi handsome? kekeke...
Selesai sudah entry pergi ke Yogya.....suami saya yang pergi...seperti saya yang pergi juga, kan nama suami isteri...di mana kamu berada sentiasa ada di sisi....dalam hati...wahhh sweet sangat!...kui..kui..kui..
Happy Weekend semua! plan nak pergi mana plak yer weekend ni....:)