♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Wednesday, October 13, 2010

Personaliti...

Personaliti aset yg penting dalam kehidupan,antara salah satunya..dalam satu hadis ada mengatakan..

"Dalam badan manusia itu ada seketul daging..jika seketul daging itu baik maka baiklah keseluruhannya malah jika seketul daging itu jahat maka jahatlah keseluruhannya..seketul daging itu adalah hati.."

Manakala Allah juga tidak memandang harta dan rupa seseorang tetapi Allah hanya memandang HATIMU..


Adakah melalui pancaran wajah yg berwajah garang ,serius..atau sebaliknya..menjadi seseorang dinilai sebagai seorang yg kasar..tetapi jika dibanding dengan wajah yang dikurniakan ALLAH kepada seseorang dengan wajah yang lembut dapat menjamin perangainya yang baik..


Patutkah menilai seseorang itu melalui wajahnya sahaja??


Manusia ni ada pelbagai personaliti dan tidak kurang pula yang ada split personality.
Cara terbaik untuk mengenal seseorang, jangan pandang pada luaran semata- mata tetapi cuba mendekatinya untuk mengetahui sikap dia yang sebenarnya walaupun kadang- kadang first impression kita pada seseorang adalah benar.


Kalau pun mereka berpura- pura, lambat laun akan nampak juga wajah yang sebenar. Tapi, sebelum kita pasti situasi sebenar, jangan cepat membuat penilaian dan elakkan sikap suka berprasangka buruk.


Pandangan pertama juga penting tapi jangan dinilai seseorang itu secara general melalui pemerhatian minimal kita terhadapnya. Macam beli barang elektrik, jangan tengok cantik terus beli tapi kena tahu kelebihan dan kekurangannya untuk membuat pilihan yang bijak.


Sesungguhnya, kita hanya manusia yang kadang2 sesuatu pengetahuan kita terbatas dan hati kita juga terkadang gagal untuk membisikkan kebenaran terhadap sesuatu.


“..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Surah al-Baqarah:216]

16 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

good info...betul ape yang dikata tu

Ena said...

Tu la kan.. kalo cantik cam bidadari & segak mcm putera kayangan pun.. hati tak cantik tetap nampak tak cantik kan!..

Thanks sharing eyh!

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Anje~

thks..hehe

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Ena~

betui tu...semuanya pada diri sdiri jerk..hehe..

wlcm...

Pepel BoNda AmaNi said...

kena seimbang...kecantikan dan budi perkerti kan..kan..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Purple~

betui2...kena seimbang..hehe

Suziey Ahmad said...

cewah berpesonlity test nih..hehe..tp bab first impression tu mmg slalu btl la..sbb kadang 1st impression insticnt kita dh summarize..org tu jenis camne..gerak hati..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

suziey~

hahaha....betui gk kdg2 1st impression betui kan...

Dee said...

biasanya org nilai apa yg dia nmpk dulu..tp yg di dalam selalunya mengambil masa..x kenal maka x cintalah..hehehe..

10 said...

tu la... muka x serupa hati... kdg arap ja muka cun tapi hati hampeh...

*nampak muka saya cam sombong x? huhuhuhu...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Dee~

aahhh....mula2 org tgk luaran dulu kan, betui2...x kenal maka x cinta...kaka..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

10~

haha....kdg x semua cm tu kan, semuanya tletak pada hati masing2..hehe

sy tgk 10 mula2 x sombong pon le...tp kdg2 org tgk sy cm sombong..haha

wantie said...

berbaik sangka lah sesama manusia. kerana berbaik sangka akan mencantikkan hati dan akal fikiran.

Bila dalaman cantik akan terpancarlah keserian di wajah.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

wantie~

betui tu....bsgka baik pd org...think positif...

Ummi Eisya&Amani said...

good info..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Ummi~

thks...hehe