♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Tuesday, October 5, 2010

Blog ~ Diari


Saya ada sebuah diari…
Saya menulis di dalam diari saya setiap hari…
Di situlah saya meluahkan segala perasaan dan isi hati…
Di situlah juga saya membongkar semua rahsia dan untung nasib diri sendiri…


Di atas adalah sebuah kisah yang berkisar kepada ruang lingkup seorang insan yang mempunyai diari peribadinya sendiri. Dia menulis dengan gaya penulisannya yang tersendiri. Dia jujur pada apa yang dicoretkannya setiap hari.

Dia setia pada satu bahagian yang ada pada dirinya TETAPI dia SAMA SEKALI TIDAK AKAN berkongsi walau satu ayat pun yang ada dalam diarinya itu kepada orang lain. Semuanya terlalu bermakna kerana hanya di diarinya itulah dia melafazkan kata hatinya.

Dia membawa kisah diari peribadinya ke sana dan ke sini. Ada ketika, diarinya di tinggalkan di rumah dan ada ketikanya di selitkan di dalam beg. Argghhh… persetankan itu semua kerana sekarang ada lagi satu diari yang lebih glamer dari diari yang dimilikinya.

Apakah jenis diari yang dimaksudkan?
Iya, diari itu adalah blog yang semakin digilai sekarang ini. Berbentuk elektronik dan online, semua orang boleh memilikinya.

Sama ada kita sedar ataupun tidak, blog mempunyai kelebihan tersendiri iaitu boleh dijadikan sebagai satu sumber untuk menjana pendapatan. Transformasi yang terjadi begitu drastik sekali.

** Petikan ku jumpa masa search kat google, so saja nak share2 ngan korang...hikss.


~ Bagi aku.....diari adalah sangat2 personal, perkara2 privacy kat citu la tempat untuk meluahkan segalanya..

~ Blog plak, perkara2 yang terlalu peribadi rasanya tak perlu la kut nak cerita kat orang kan....tp depends la pada org tue, aku tak kesah kalau menjadi pembaca. Tapi kalu aku yang nak citer tak kut...hehe.

~ Tapi kadang2 kita tak perasan dengan kata2 dan tindakan kita.....kadang2 melebih2, jadi aku nak minta maaf le kalu aku pon tersilap kata or terlepas cakap di dalam penulisan aku tu..beringat2...hehe

10 comments:

UmmiRosma said...

I agree...I blog just for my future references..and it is ok for anyone else to comment asalkan niat kita baik..betul yea dik...

Qib said...

tahniah akak.. nnt qib like smua entry3 akak.. ;)

apa3 lg, tanyer la yer

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

UmmiRosma~

yes agree kak....blog juz for our references..so dont show up yr life details to others...keep 4 privacy kan.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Pinqib~

aahhh "like" jgn tak like taw...hahaha..

Rinna said...

Dulu2 masa kira masa sebelum kawin beberapa tahun gak laa..akak tulis diari..Tapi skrg ne.. dah tak de pun diari.. Tulis kat blog aje laa..tapi bukan yang privacy laa.. At least dpt gak abadikan segala apa saja berlaku..bila baca balik rasa cam best jerk.. :)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Rinna~

saya skrg still tulis diari...tp yg simple2....privacy sket la dr blog ni..but blog sonok sbb ada gmbr sekali kan..teknologi canggih sket, juz klik kuar jek..hikss

wantie said...

aku tak suka tulis diari sejak kecil lagi. sebab org lain akan ambik kesempatan utk baca diari kita..

Tapi blog ni aku buat sebagai tanda kasih, sayang, dan cintaku pada Allah, suami, keluarga, anak dan para sahabat . Supaya mereka tahu yang aku bahagia bersama mereka..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

wantie~

aku mmg ada diari....tp aku x tulis cm esey2 tu...juz utk rujukan aku. simple2 tulis jek...hahaha

blog plak aku sonok sbb meriah2...kekeke.....jd rujukan aku gk...tp x de yg personal sgt la kan...

ALoNa CintamaniszLite said...

Mmg ada yg buat blog ni jadi diary. Akak penah baca blog sorang anak kawan akak ni. Dia citer sume, adeii.

Blog ni akak byk citer gembira, sedey sket2 (yg perlu dikongsi aje). Maklum ler..dlm umahtangga ni..bkn semua suka tgk kebahagiaan kita, kan..erm..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Kak Alona~

tu la..ada gk yg buat blog cm diary...depends la pd org tu kan...

betui2 kak...sama la kita...nk cite yg lebey2 x bleh sgt kan....share apa patut jek..hehe