♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Monday, May 11, 2009

MENANTI DETIK BERGELAR IBU..

SEMPENA hari ibu.....entry ni mgesahkan bagaimana seorang perempuan yang sudah bergelar isteri, tetapi telah d'beri ujian dari Illahi dalam memperoleh zuriat...sebenarnya kesah ni aku petik dari akhbar KOSMO (11hb Mei 2009). Aku rasa patut d'kongsi bersama kesah suka duka mereka ini, boleh menjadi semangat bagi aku dan rakan2 yg senasib. Ikuti la kesah nye ye...maap la ye petikan ni panjang lebar sangat lak korang nk baca....

Menanti detik bergelar ibu

Oleh IZYAN LIYANA MOHD.DARIF
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my

Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan seorang cahaya mata, namun kesabaran dan usaha yang bukan sedikit akhirnya membuahkan hasil.
'APABILA bayi saya berumur lima bulan, saya masih tidak percaya bahawa saya sudah menjadi ibu. Tapi, apabila melihat perkembangan Muhammad Hazizi yang sudah pandai merangkak, baru saya sedar bahawa saya adalah seorang ibu.

"Selepas bersalin barulah saya merasa pengalaman menjadi seorang ibu. Bangun malam, tukar lampin dan menyusu. Jika dulu kalau membeli-belah hanya untuk diri sendiri, sekarang saya lebih memikirkan untuk anak," luah Sofiah Hanim Ahmad Anuar.

Hari ini, Sofiah Hanim, 35, antara wanita yang paling bahagia. Selepas hampir lebih sepuluh tahun menjadi isteri kepada Baharuddin Abdul Rahman, 39, Tuhan akhirnya memenuhi impian mereka bergelar ibu dan bapa kepada seorang bayi lelaki. Kelahiran Muhammad Hazizi memberi sinar baru dalam hidup Sofiah yang kini bergelar ibu.

Tidak dikurniakan cahaya mata adalah antara ujian dan dugaan yang ditempuhi oleh ramai pasangan yang berkahwin.
Seperti pasangan lain, baik Sofiah Hanim mahupun suaminya, mereka juga dilontar dengan pelbagai sindiran hanya kerana tidak memperoleh cahaya mata. Peringkat awal, Sofiah sedikit pun tidak peduli dengan cakap-cakap orang di sekeliling.
"Pada mulanya saya tidak peduli pun dengan cakap-cakap orang keliling. Biarpun, hakikatnya hati menahan sebak.
"Ramai yang tidak faham, seolah-olah saya dan suami menolak kehadiran cahaya mata. Sedangkan, dalam tempoh tersebut bukan sedikit rawatan dan ikhtiar yang kami lakukan," luah Sofiah.
Keinginan untuk menimang cahaya mata tidak pernah padam. Naluri untuk menjadi seorang ibu dan bapa sentiasa membara. Justeru, tiga tahun selepas perkahwinan, Sofiah dan suaminya berjumpa doktor.
Mengimbas segala usahanya bersama suami, Baharuddin Abdul Rahman, 39, mereka berjumpa pakar perbidanan dan sakit puan di salah sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor selepas tiga tahun berkahwin.
Sofiah mula bingung kerana dalam tempoh tiga tahun menjalani rawatan belum ada tanda-tanda dia akan hamil. Kosnya juga mencecah hampir RM10,000. Tapi bukan wang yang menjadi isu, sebaliknya penantian selama tiga tahun itu juga satu penyeksaan bagi Sofiah.
"Saya kemudian merujuk ke sebuah hospital di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Doktor memberitahu saya mengalami masalah ketidakseimbangan hormon, manakala sperma suami bermasalah, penemuan tersebut memberi saya sedikit harapan," ujar Sofiah ketika ditemui Kosmo! di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Namun, setelah lima tahun berulang alik harapan Sofiah masih samar-samar. Dalam tempoh itu juga, Sofiah yang bertugas sebagai pembantu akaun di Proton Edar, Subang Jaya, Selangor turut mendapatkan pelbagai rawatan tradisional.
Hampir setiap ceruk kampung dan bidan ditemuinya. Malah, dia juga mengunjungi Pulau Dayang Bunting, di Langkawi yang kononnya, sesiapa yang minum air di pulau tersebut kebarangkalian mendapatkan anak amat cerah.
"Kami juga sanggup minum air kolah dari tujuh buah masjid yang berbeza untuk mendapat berkat. Namun, semuanya tidak berhasil.
"Melihat orang lain bahagia menyambut Hari Ibu bersama anak-anak, saya pula menangis di sisi suami," kata Sofiah sebak.
Namun, perasaan untuk menjadi ibu mengatasi segala-galanya. Tidak pernah kenal putus asa, kali ini dia ke klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
"Harapan untuk mendapat anak semakin terbuka apabila klinik LPPKN mencadangkan rawatan permanian beradas (IUI)," ujar Sofiah.
Namun, seminggu sebelum menjalani rawatan tersebut, mereka menghadapi masalah dengan pihak LPPKN.
Dalam kesedihan mengenang kegagalan demi kegagalan, Sofiah kemudiannya tertarik dengan satu iklan pemakanan produk Biodex Program Kehamilan. Tanpa menaruh harapan tinggi Sofiah tetap mencuba set pemakanan itu.
"Selepas tiga bulan, saya terpaksa menghentikan pengambilannya kerana harganya yang agak mahal," tambahnya.
Bagaimanapun, dalam tempoh itu berat badan Sofiah semakin hari semakin bertambah. Namun, dia tidak begitu ambil peduli kerana menyangka ia kesan daripada pemakanan produk tersebut.
Hinggalah pada 15 April 2008, perutnya seperti rasa ditendang sesuatu dari dalam. Pelik dengan perubahan itu, dia cuba melakukan ujian kehamilan. Kit ujian kehamilan menunjukkan sesuatu yang positif.
Tempoh penantian selama 11 tahun menyebabkan tidak semudah itu Sofiah mempercayainya. "Rosak agaknya kit ini," ujar Sofiah kepada suami yang kemudiannya membeli sebuah lagi kit baru.
Apabila kit baru juga menunjukkan keputusan yang sama, kali ini mereka segera bertemu doktor.
Alangkah terkejutnya apabila doktor mengesahkan kandungannya sudah masuk lima bulan.
"Kehadiran Muhammad Hazizi kini melengkapkan rumah tangga kami. Tangisan dan gelak ketawa Hazizi begitu menemteramkan jiwa saya dan suami.
"Inilah hadiah Hari Ibu yang paling bernilai sepanjang hayat," tutur Sofiah sambil mengusap lembut kepala anak sulungnya yang kini sudah berusia 9 bulan.


Jika Sofiah terpaksa menunggu 11 tahun, dugaan penyanyi popular 80-an, Salwa Abdul Rahman, 44, juga tidak kurang hebatnya. Apatah lagi, bergelar seorang selebriti, pertanyaan mengenai cahaya mata tidak pernah putus daripada media dan peminat.
Penantian bersama suami, Subadron Abd.Aziz, 45, untuk menimang anak bukan setahun dua tetapi mencecah tempoh tujuh tahun.
Acap kali dikhabarkan hamil hati melonjak riang. Segala kelengkapan bayi disediakan. Namun, mungkin kerana kesibukan undangan nyanyian dan kerjaya, anak kelahiran Larkin, Johor Bahru itu mengalami keguguran sebanyak tiga kali.

Malah, bukan sedikit usaha pasangan tersebut.

Yang pasti, usaha Salwa tidak sia-sia. Kini dia bergelar ibu kepada dua cahaya mata, Puteri Sulaikha, 12, dan Putera Sufrie Nizam, 8.
"Sebaik mengetahui saya hamil, saya mengehadkan segala aktiviti nyanyian. Saya juga menjaga kesihatan dan pemakanan sihat agar bayi sulung kami lahir dengan selamat," katanya.

Menurut Salwa yang bersalin secara normal, selepas bergelar ibu barulah dia mengerti dan memahami perit jerih yang dialami oleh arwah ibunya dulu.

Bercerita mengenai Hari Ibu yang bakal tiba, Salwa menyatakan biasanya mereka sekeluarga menikmati makan malam bersama dan anak-anaknya akan memberikan hadiah.


10 comments:

Gieyana said...

Sabar yer..suatu hr nnt detik indah itew akan muncul jua...berusaha n berusaha lg...

zue_annie said...

huhuuh...kita harus berusaha lg dengan gigih...

Suziey Ahmad said...

alhamdulillah kita diberi dugaan yg kurang hebatnya berbanding org lain..dgn pantas Allah izinkn kita utk rs nikmat jadi ibu..alhamdulillah :)
setiap ape yg brlaku dh disediakan hikmah disebaliknya...sabar tabah n tawakal..redha dgn segala2nya..
selamat hari ibu zura :)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Gie; aaa aku stiasa sbr...n3 ni sj bg semngat utk semua kaum2 wanita..
zue; hehehe...doa+usaha+tawakal...sm2 kite ek.
Suziey; betui stiap yg blaku ada hikmahnya kan...tq2...

watie wyyn said...

its worth waiting dear!
hopefully by next yr da bleh wish mother's day utk uols!

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

mummYaeesh; hopefully la....hehe..

ummuabdullahsyaakir said...

Salam,Zura..terharu baca entri ni,mmg ujian pada stiap org lain2..mga Zura pn tak akn puts smgt n ikhtiar..klu bukan skrg,tapi mgkn 1hari nnt Zura akn rsa juga nnt..sambil sabar smbil ikhtiar yea:)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

ummuabdullahsyaakir; slm...terims kasihh di atas kata2 smngt itu...insyaAllah zura akan bsbr...ssgghnya Allah itu Maha Adil..

Anonymous said...

Semua yang berlaku ada hikmahnya n Allah itu Maha Adil..... Allah juga akan menduga insan yang disayangiNya

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Anonymous~ Betul..semua yg blaku ada hikmahnya...Allah mmg Maha Adil..sy terima dgn hati terbuka..