♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Thursday, September 5, 2013

Urutan | Sakit Kepala..

# credit to en suami sebab sudi cari info psl nie, dia tahu wife dia ni kerap gak sakit kepala..hihi, thks dear..


Urutan legakan sakit kepala

Apa yang ramai tidak tahu adalah 99 peratus urutan pada otot tepi leher atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil Sternocleidomastoid mampu mengurangkan gejala tersebut 

Jadi, mengapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tidak cuba sapu pada otot tersebut. 


Perkara ini dihuraikan oleh Ahli Terapi Senaman dan Urutan Sukan, Diane Sera Farhanah Sedik, yang turut menjelaskan bahawa sakit kepala yang diabaikan boleh menghasilkan simpulan otot.


Simpulan tersebut katanya, boleh menjadikan sakit kepala berlarutan lebih lama.

"Simpulan otot inilah yang menyebabkan sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang. Ini (simpulan otot) juga boleh terjadi hasil daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh," katanya.

Menurut Diane Sera, titik punca itu menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang dan ketat.


Ini mengehadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan tubuh lemah, pengurangan peredaran darah dan kesakitan.

"Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh. Tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan. 


"Memori otot ini boleh menghasilkan sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa tekanan fizikal dan emosi.

"Titik punca adalah gambaran di mana teknik terapi boleh digunakan di situ untuk melegakan kesakitan kepala secara keseluruhan. 


"Teknik ini telah diperkenalkan oleh Dr. Janet Travell dan David Simons malah diiktiraf oleh Akademi Pengurusan Sakit Amerika sebagai modul untuk rawatan sakit kepala," ujar Diane Sera yang turut menjadi tenaga pengajar senaman di Zaki Khan Dynamic Sdn. Bhd.

Jelasnya, kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala dengan teknik urutan yang betul adalah tinggi.


Katanya, terapi dengan mengenal pasti titik punca adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan.

"Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang dari titik punca aktif yang terletak di bahagian atas belakang leher anda. Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian tengah kepala, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit (mata), ini dinamakan sakit di dalam tengkorak," jelasnya.



Sakit kepala mata kabur

Menurut Diane Sera lagi, gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh titik punca yang aktif dalam otot leher belakang dan tepi.

"Pengaktifan dan pengekalan titik punca dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat secara tiba-tiba dan kedudukan postur badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama.


"Satu lagi penyebab sakit kepala yang teruk adalah titik punca dalam simpulan otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dengan tulang selangka. Titik punca di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.

"Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, pipi, tekak, belakang dan atas kepala," kata Diane. 


"Apabila titik punca dikenalpasti, tekanan atau urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, urutan atau tekanan pada titik punca berkenaan dilakukan dengan lembut.

"Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan perlahan-lahan.

"Proses pengurutan pada titik punca dan regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi normal," katanya lagi. - NOOR FAZRINA KAMAL


# sila minta suami tolong urutkn kalau sakit kepala yer...hahaha...kahhhh! jangan pkr lain plak yer...khamis mlm jumaat ni weh..hahaha..

 

7 comments:

el said...

kebetulan aku tgh sakit kepala ni
so aku urut blkg leher aku ni
kurang skit sakitnya..so pasni xyah sapu myk angin kt kepala tu..letak kt blkg leher..

thx for the info

Anum said...

great sharing

kurus said...

TQ dik ! .. akk suke nie ;)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

el~

ye ke?

try amalkan k..
insyaAllah mulakn dgn bismillah..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Hanum~

:)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

k.ieda~

sm2 kak..

wantie said...

oo.. pas ni kena urut kat leher. dok urut kat pala patutla tak lega.

buh kokyok kat leher boleh tak tuk hilangkan sakit kepala?