♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Friday, March 8, 2013

Renungan : Jumaat Yang Indah...

Assalamua'laikum...

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
Rasulullah SAW berkata:
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) “. (HR Al Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur).” (HR Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah).

 
#Ya Allah ...Engkau sembuhkanlah anakku dari batuk dan selsema..lindungilah dan berikanlah anakku Muhammad Aliff Irfan kesihatan yang baik...Ameen...

LOve
ZII

9 comments:

wantie said...

thanks sharing.

hari hari berdoa. cuma hari jumaat doa bagi lebihhhhhhhh

Sidratul Muntaha said...

jazakallah

::NureeN:: said...

thx...
pas ni aku cuba utk bykkan berselawat & baca surah al-kahfi di hari jumaat. in shaa ALLAH

el said...

byk kali dah bc pasal ni
thx for peringat hehe

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

wantie~

wc..

semoga doa2 kita diberkati..ameen..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Hanum~

:)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Ayu~

jazakallah..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Nureen~

sm2 kita amal k..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

el~

tk per..

ni nk tempek kt blog ni..

nk ingt gak sll..