♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Tuesday, January 22, 2013

Doa Memohon Zuriat

Sumber : luvislam
Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
1)   Bersangka baik dengan Allah s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: 
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” 
Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
2)  Bersangka baik dengan Allah s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: 
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” 
Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. 
Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah s.w.t. yang hebat ini.
 
#Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Sharing Is Caring...

Thanks for reading !

## kadang kala terimbas juga kenangan dulu.....saya tak pernah lupa dugaan ujian kepada saya dan suami untuk memiliki zuriat...hanya Allah yang Maha Mengetahui...

18 comments:

♥cikmOt♥ said...

amin...moga dipermudahkan

wantie said...

uitss... dah tak baor nak berempat ke?

thnaks for sharing. mana tau aku nak berlima plak dalam masa terdekat ni. gedik gak ni nak jadi mak buyung.

[leily.laily] said...

tq sharing dis..

InsyaAllah.. hrp blh diamalkn..

Anum said...

amin

el said...

thanks sharing mana tau aku berenam plak (tiru ayat anna aka wantie) kahhhh

Anonymous said...

tq gd sharing ni utk semua

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

cikmot~

ameen...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

wantie~

tk de la weh..

sj teringat dulu masa sblm dpt Irfan..mmg dugaan bg aku..hehe..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Leily~

wc..

thks..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Anum~

Ameen..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

el~

hahaha..

hgpa ni...kecitu plak..

tp kalau hgpa nk tmbh..Alhamdulillah..dialu2kan..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

KA~~

wc..

sm2 kita amalkan..

Diarihatiku1976 said...

amin.. saya dah jenuh membaca ayat ni.. moga2 tahun 2013 ni allah makbulkan permintaan kami

mamaarifakeemaisy said...

In sha Allah..

Moga siapa2 yg bhajat utk itu dpt jadikan ini sbg panduan..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Diarihatiku~

tak per diari..
in sha Allah..
satu hari nnti Allah akan makbulkan doa kalian...
kena byk bsbr dan sentiasa meminta padaNya..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

mamalieya~

ameen....

Sidratul Muntaha said...

amin
insyaa Allah
sape yg tak kepingin zuriatnya jdi org yg baik na soleh..

*tingin nak kembo.agak2 dapat tak?!!
*ahahah!angan2!

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Ayu~

aku pun ada gk tingin nk ank kembor..hehe