♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Friday, February 7, 2014

JJCM | Ketam Lembut Kuala Gula, Perak

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Salam Jumaat..ceria-ceria selalu,

Cadangan jalan-jalan cari makan nak rasa Ketam Lembut nie, suami saya yang plan..teringin sangat katanya.

TAPIIIII......Sebelum korang marah aku kan, lebih baik aku cerita siap-siap..memang datang sini nak rasa Ketam Lembut yang bila dimakan tak payah nak kopek kulitnya, makan sekali-kali kulit tau...orang kata buat goreng tepung pun ranggup dimakan...tapi tak kesampaian kitaorang, huhu...sebab stok ketam lembut dah habis, ketam keras pun dah habis, tak de rezeki kitaorang kali ni.

Sebenarnya 2-3 hari nak datang sini, aku dah call pun Restoran Cenderawasih untuk booking ketam lembut tu, tapi orang tu kata..memang tak de stok sekarang ni, ikut nasib dia kata. Dah alang-alang plan untuk family gathering atenya, cuti CNY semua balik ...so kami proceed juga, lagipun nak tahu juga tempatnya kat mana kan..kan...luas perjalanan, luas pengalaman..hehe. Tapi..tapi lagi, aku tak booking la siap-siap order makan untuk kitaorang sebab orang tu kata tak ramai...ok lah.

Tak susah nak pergi ke sini pun...sebabnya mak dan abah orang sini juga, so tahu la jalan nak pergi ke Kuala Gula, cuma lokasi je tak pasti..kitaorang bertolak dari Selama dalam sejam dah sampai. 

sampai-sampai je area resort ni, terus nampak JS Muara Restoran ni...aku tercari-cari la, mana Restoran Cenderawasih yang aku call sebelum ni, owhhhh rupanya Restoran Cenderawasih tu terletak di dalam Resort Kuala Gula, kat sini ada resort ye...siapa yang kaki memancing, boleh la bermalam di sini. Beza Restoran JS Muara dengan Restoran Cenderawasih ni, JS Muara restoran terapung tau...so bila korang tengah makan, korang akan rasa bergoyang-goyang pabila bot lalu, Restoran Cenderawasih terapung juga tapi di atas binaan konkrik. Ikut suka korang nak try yang mana....kali ni, rezeki aku merasa makan di atas apungan air...hehe.



sebelah kanan tu deretan bilik di Kuala Gula Sanctuary Resort, kami tak sempat pula nak jelajah area resort tu...sebab rushing nak hantar adik kat Stesen bas kamunting, dia nak balik Ipoh dah....haizzz..geram taw..haha

dua adik aku yang masih single de...adik yang comey baju biru tu la, dah kalut nak balik Ipoh...hehe, yang baju merah tu duk KL...kerja astro...siapa nak berkenalan bagitau aku, hahaha...mengong tul kakak hangpa nie...huhu

anak saudara aku yang banyak cakap ...NurAin Najwa..

teruja ini hero....cari Ikan dia...haha..


muka korang lagi...sudah-sudah la intreprem kat sini...kahh..kahh..

adegan menangkap ikan...

ahkak nak intreprem juga ..ok..

Kakak Long dan Abang Long...jangan resah lah, sat makanan sampai la...

my Lovely Mom...

i tak ready lagi la u....again...

adeiii...my mom pula tak pandang camera...

ate makanan belum sampai, kita snap shoot gambar kenangan sikit, memang ramai juga yang datang JS Muara Restoran ni..so kena bersabar ye...patutnya kena call booking siap-siap, tapi aku ada contact no Restoran Cenderawasih tu jek..JS Muara ni tak de contact no...datang-datang pun terjah JS Muara ni dulu, malas dah nak mencari Restoran Cenderawasih tu, maybe kat sana tak ramai.



seriusnya mamat depan aku ni...lapar la tu!..


he love fruits...


yeayyyy...makanan dah sampai , kita baca doa dulu, Abah imam bacakan doa...Ameen..

Kitaorang amik set yang dah disediakan,RM100(6orang) x 2set cepat nak order..., tapi ada tambah kari sembilang sekor.., weyyy ketam lembut grg tepung tak de, tapi udang grg tepung pun sedap tau...ranggup jek...

Alhamdulllah...kitaorang dah sampai sini, next time nak datang juga try Ketam Lembut, inshaAllah one fine day..:), nak cergas hantar adik ke Taiping pula ni...bas jam 4.30pm, nasib baik sempat.

 memang sedap semua makanan kat sini...family gathering yang best kali ni, jalan-jalan cari makan, yang penting semua dapat berkumpul.

Meh aku kasi details kalau siapa-siapa teringin nak terjah sini...korang boleh call untuk booking dulu sebelum datang.

JS Muara Restoran Terapung
016-5418751

Restoran Cenderawasih
012-5809371

Kuala Gula Sanctuary Resort,
Jalan Kuala Gula,
34350 Kuala Kurau,
Perak.
05-8901866

32 comments:

Anum said...

syok JJCM

nad said...

Waaaa
Best ni..
Klu p tepeng lg nak singgah sini la..

el said...

nape dipanggil kuala gula
byk gula ke situ?

xpelah xde rezeki uols
insyallah next trip boleh try ketam lembut tu..weols pun nak try gak hehe

mamaarifakeemaisy said...

Syoknya makan ramai2, meriah... atas air pulak tu..ahaks.. :-)

QasehnyaRania said...

tak pernah terlepas ke sana lg la. thank sharing sis..

attyfir said...

bergelodak isi perut tgk semua menu..dah kenyang jadi lapau balik nie.

syawalsimpsons said...

seronok je tempat ni..macam rasa berangin je/...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Hanum~

syok2..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Nad~

aha..
nnti try la siggh nad

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

el~

tu la psl
ak pon br taw je
ada nama kuala gula..haha

aha..tk de rezeki kitaorg..
next time inshaAllah..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

mamaarifakeem~

pns sket kot sbb time tghari
tp ada gk berangin..hehe..
meriah ramai org lg..hehe

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Qaseh~

ni pun pestime Qaseh
sm2..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

kty~

tu arr..
menu2 dia sedap gk kak..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

sue~

time ptg2 best lg kot
nnti nk mai ptg plak..
mai mlm ke..hehe..

Anonymous said...

nampak best, muka adik beradik len2 sikit yer..

mayangbakingmadness said...

sedapnya sea food

wantie said...

best noh tempat dia.. nyaman lak rasa. Sedap dak noh ketam lembut tu. nak gak try.

Cho Zila said...

saspen tau, ingatkan tak baik reviewnyer.. haritu masa jalan2 tepen nak makan kat sini ... tapi tak sempat ler jgk.. tapi tak syiok jugaler kalau selalupun takder stok kan...
tapi kena pergi gakler sebab tempattu nampak lain dari yang lain.....

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

KA~

aha best gak KA
ye ke nmpk len2? hehe

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Mayang~

sedap mknan kt sini..
try le..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

wantie~

kalau ptg2 lg best kot..
ni time tghari cm pns sket..
feedback ak google ramai kata sedap la ketam lembut tu..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Cho~

hehehe...
tk dpt nk mkn la ketam lembut tu
tp nk gk try nti..inshaAllah..
tu la..ketam ni ikut musim gk kak..
kdg2 mai byk..hehe..

Rizziela said...

Cantiklah kulit muka Zura... apa rahsianya?

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Ziela~

eh ziela..
itu semua poyoo..hehe
camera effect tu...
biasa je kulit muka zura
alhamdulillah..sempurna

shark said...

sedapni..macam kene try bila balik kg nanti :)

Ieda Zakaria said...

Tgok alamat..tgok alamat..my hometown tuuuuuuuuu..klu dr umah aku setengah jam pn x sampai..dekat bebenor.. :)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

shark~

aha sedap..
tekak sy le..hehe

sila la try k..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Ieda~

owhhhh
hg ada kt kg dk masa ak pegi ni?
idak bleh rojer2 noh..hhe

Ieda Zakaria said...

Masa hg pi nih aku ada kat kg la weh..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Ieda~

lorr..
awat tk royakk..haha..
tk per nex time noh..

arysha_fayyadh said...

Assalam zura,
salam perkenalan blogger penang :)
Sha pun baru ja p mkn sini masa cotik2 raya ogos ritu...
tak tau plak stock ketam boleh habis..
sebab p maen terjah ja..
memang sedap giler ketam lembut tu..
sha pun 1st time mkn, & tak pernah tahu wujud ketam lembut..
jemputla join blog sha yer :)

miza said...

salam perkenalan zura. ala jeles nih.. nak gi sana gak...