♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Monday, September 30, 2013

Hujung Minggu Dengan Boyfriend Kecil

Assalamualaikum wbt...Salam Hari Isnin bloggers..

Weekend berdua dengan Irfan, just lepak kat kampung ak je..gambor pun non adoo...

Alhamdulillah semalam selamat sampai di Penang dari kampung ak dengan Irfan je..tanpa Mr Daddy. Tak sabar nak tunggu suami tersayang balik haihh...rindu tahap cipan!kahhhhh!

Ak ni kalau drive nak jalan jauh dengan Irfan fikir 2-3x gak, bahkan yang selalu hantar dan ambil kat Mak Pengasuh dia, ak gak la......tapi tu dekat kira consider boleh tahan sabar lagi la, kalau dia buat perangai pon kan..hehe. Dulu time baby ok lagi, duk diam je dalam car seat..bila dah mula pandai explore memang tak nak duk dalam car seat .

Seat untuk Irfan pun beli yang style portable tu, kira sesuai la untuk budak umor Irfan ...tapi Irfan ni, boleh keluar woo dari Safety Seat tu..bijak tul dia...haha...


Weekend baru ni kami tinggal berdua je..ak dah bagitau En Suami awal2 kalau tak balik kampung...kami gi lepak rumah My Sis, or kalau malas kami lepak Penang je. En Suami risau gak tu..kalau me drive jauh bawa Irfan, sebab dia tau la Irfan cam mana..hehe.  Benarnya...boleh aje ak nak lepak rumah...saja nak jalan berdua dengan Irfan nie arr, so Sabtu tu awal2 subuh hantar en Suami, lepas tenghari baru bertolak balik kampung, settle kerja rumah yang terbengkalai kat rumah dulu.

Tawakal je ak ritu...berdoa banyak2 semoga dipermudahkan, Alhamdulillah lancar perjalanan kami...Irfan pula tidur since dari atas bridge lagi sebab nangis nak buka belt tu, tak mau duk...Mama tak bagi gak buka, terus kena marah la kan...huhu, nangis nak susu habis satu botol.., terpaksa gak marah...pujuk tak makan saman..adoyaii menyesal woo bila kita marah anak kecil yang tak tahu apa lagi ni.

Memang aman ak drive ritu...dari Penang sampai Selama, tidur.....tapi boring gak ak, sebab tak de teman nak sembang, kalau Irfan jaga...memang pot pet2 dengan dia....hahaha. Tak per2 nanti dah besar...dah faham ok la...tapi must wearing safety belt juga tau..

Kalau umpan makanan or toys ka memang kejap je dia duk diam...lepas tu..mula explore balik dalam kereta tu, nak kasi layan Tab, dia tak berapa suka layan sangat..ak nie risau sebab kalau terbreak ke apa kan...memang Irfan penah kena ari tu, sian tinggal parut gak kt muka dia..huhu. Menyesal tak berguna dah ...huhu. 

Masa balik dari kampung hari Ahad, kami bertolak petang...harap Irfan tak buat pangai la, siang tu memang dia tak tidur seronok main aje..so me agak dah, nanti balik Penang sure dia mengantuk, on the way balik tu...dia duk senyap je duk makan kismis, me tengok dia macam lali je...me tanya "nak susu" Irfan pun "nak" terus dia pas balik kismis kat ak...kasi susu...minum2 terus lena...memang lena dari kampung sampai Penang, me angkat naik ke atas rumah pon dia tak sedar....lenguh makkk, dukung Irfan...galas beg kiri kanan, memang supermak ak la ritu...kahhhh!

Apa2 syukuran sebab ak dan Irfan selamat balik kampung berdua....pengalaman nie taw, mungkin kawan2 mempunyai pengalaman yang lebih advance dari ak...kan..kut kawan2 boleh kasi macam mana nak handle kalau drive bawa budak2 macam Irfan nie?

Sharing is Caring...thks



Friday, September 27, 2013

Aku Redha..

Assalamualaikum...Salam Hari Jumaat yang Mulia..

Hai sahabat2 gojes semua...:), hari ini entry pengetahuan untuk saya...kalau gojes semua nak ambil sebagai pengetahuan pun ikut suka la..Peacee!

[masa baca suratkhabar tadi,tiba2 terkeluar nak buat entry pasal Redha]

Redha itu penting..bila kita redha dalam sesuatu perkara inshaAllah hati akan tenang...

1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.
2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :


   * Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia 

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud : 
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".( Surah At Taubah : Ayat 59 )   

   *Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.  

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :
" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)


#weekend ni Mama gojes(ayat perasan..haha) dan anak teruna encem tinggal berdua jek...apa plan kita ye Irfan? balik kampung? pergi rumah my Sis ? lalalalalala...malas nak fikir, Mama yang boring benarnya..haha..

Thursday, September 26, 2013

Weekend | Majlis Berendoi Di Kulim..

Assalamualaikum..Happy Thursday bloggers!

Kembali bertemu lagi di sini..walaupun sebenarnya kekeringan idea.
Tapi hati berkobar2 nak update story kat blog kesayangan nie.

Jiwa resah gelisah bila memikirkan kesayangan saya tak baik2 lagi flu + batuk dia..
Pagi tadi dah muntah kat tudung Mama dia nie, setelah Mama dah siap nak pergi kerja.
Hmm harum semerbak perfume original Mama kamu pakai ..kahhhh!
(tak dan nak tukar dek non..lap2 gitu jek..hahaha)
Alahai sayang kesian kamu..moga cepat sembuh sayang Mama.

Ok..hari Sabtu ritu berkesempatan menghadari Majlis Berendoi cucu ke 5 Pak Ngah,
pak saudara en Hubby di Kulim. Dari Baling kitaorang bertolak sebab bawa Ayah dan adik ipar sekali.

 Sayang hero Mama nie..yang bad mood dari Baling sampai Kulim..dah sampai rumah Pak Ngah, ok dah pon. Siap pakai rayban ngan kopiah lagi tu, dengan pakai jeans pendeknya..adoyai, Baba dia pakai kopiah dia pun nak pakai, at last kopiah dia pakai tu hilang kat tempat kenduri...entah ke mana perginnya..haha

 kitaorang lepak kejap selepas selesai makan..Irfan makan nasi tak mau ha, coklat tu pon dia rasa sikit2 je..lepas tu tak mau dah..

Jom tengok sesi acara berendoi dijalankan....:)

Pak Ngah yang pakai baju melayu hijau tu...Kumpulan makcik2 sedang bermarhaban dan berselawat.

Buaian dihiasai deco2 yang cantik lagi..pink theme ok, sebab baby girl...Mama dia pun pakai pink, 

 sepupu en Hubby Kak Leni..majlis berendoi menyambut zuriat permatanya yang ke 3..

 sedap tido ha dia...tembum..hehe..adoyai nama lupa la weh, huhu..umor baby tak salah dah nak masuk 2bulan rasanya..geram weh baby girl..hehe..

Sweetnya...hehe..lari2 Irfan kata..nak balik dah...hehe..

Ni bukan kekeringan idea dah nie, bertambah idea....hahaha. Biasalah kadang2 kita ni tak selalunya berada di atas..kadang2 berada di bawah. Apa ak melalut ni la..hahaha..

thanks uols drop by here...jangan jemu datang sini lagi ye..



Tuesday, September 24, 2013

Peel Irfan..

Assalamualaikum..hai readers!

update kat instagram kat sini pun nak update gak ler...hihi...kan ada kabor kt 1st entry td, nak update pasal Irfan je..ni sambung plak ler...saja la godek2 henpon tu, tgk ada banyak gambar Irfan tersimpan..so abadikan la dalam blog nie..nanti nak update gak kat blog Irfan..lama tak update.

Peel Irfan minum susu...memang consentrate menonton tv, sambil bantal tu...digelintirnya..hahaha..kadang2 stim sampai boleh lena..kadang2 habis susu, terus cergas bermain semula...hehe...

Tabiat Irfan cam tu la..harap2 besar nanti dia pandai control noh....gelintir bucu bantal.haha..

Cute sangat taw!..my baby forever!...

Irfan "Peace"

Assalamualaikum..Happy Tuesday bloggers!

Alhamdulillah bertemu lagi, nak update pasal Irfan je hari nie...boleh kan!

Sekurang2nya tak la sunyi blog ni...walaupun tak ramai yang jengah kat sini, tapi tuan empunya blog pun rasa boring gak..tak update jek..haha..

aktiviti Sabtu malam..lepakking kat rumah Sungai Petani lagi, memang rasa sayang kalau tak datang jengah rumah ni..selagi ada masa, tambah2 time weekend..memang kitaorang akan singgah. Kenapa tak mau duduk umah sendiri? jawapannya...tak larat nak jawab...haha. Kalau ada rezeki kitaorang nak duk sana dalam masa terdekat nie..Alhamdulillah...semua tu perancangan Allah SWT...okeh2...tak mau melalut citer pasal rumah..macam ko sorang je ada rumah! hahaha..

melepak..irfan "mengemas" rumah...haha..sekali bapak dier ikut serta...haha..Irfan pandai dah now, kalau angkat camera nak snap gmbr dia..dia angkat dah tgn buat "Peace" hahaha..

nie satu lagi...kita tak suruh buat pon..dia sendiri yang buat..hehe. Cute aje tengok jari2 dia buat "Peace" tu ha..kalau orang lain snap tak tahu la, dia buat gitu ke tak..Irfan nie kadang2 mula2 malu meow2 gak..hehe

Peace no War...:)

thks drop by here uols!

Monday, September 23, 2013

Asal weekend je berjalan...Asal berjalan je weekend...hahaha

Assalamualaikum..welcome back ! happy monday readers!

Semoga semua sihat hendaknya...Alhamdulillah rutin normal kembali di hari isnin, berkerja sekuatnya..hehe.

 on the way balik dari Sungai Petani kelmarin la nie...bertolak balik petang, tengok cantiknya view waktu senja nie..terus shoot guna mobile ak nie...


atas penang bridge...gambar editing sama gak nie..saja uji test apps dalam camera tu kan..macam2 ado sekarang ..nak snap gambar pun cepat skit kan..tapi camera sony tu tetap tak dilupakan...nanti ak transfer gambar snap n shoot weekend ritu..tak sempat nak transfer la..

Saja taruk title entry macam best je ..hahaha..weekend baru ni memang ada plan nak out from Penang pon...sebab ada majlis kenduri nak kena hadir, macam VVIP la konon...semua kenduri ko kena hadir? hahaha..Tak de maknanya, majlis kenduri saudara2 yang kita kenal rapat...selagi mampu dan terdaya nak pergi...kita pergi, melainkan ada hal2 yang tak dapat dielakkan. 

tertidur Irfan...Jumaat malam bertolak balik ke Baling, penat la tu... sat mai duk depan..sat duk belakang...dah letih gamaknya tu...minum susu satu botol, tak tidur2 lagi...last2 guling2 tidur gak ha...hehe..jangan boring ye nak!..hehe..


Mak dan Anak..mak dah senyum...anak tak mau senyum plak, moody la tue....huhu. Dah la nak pergi dua kenduri...satu majlis berendoi kat Kulim...satu lagi majlis perkahwinan kat Baling, dia buat moody plak..kesian, budak2 nie kita tak expect setiap perangai dorang...kena la banyak bersabar. Irfan nie now dah besar..memang banyak akal, still under control..yang bestnya tu pandai cakap, means kita cakap..dia ikut..cute sangat, weh pandai demand gak la nie...hehe. 

Okeh2...nanti ak update lagi yer...nie just ringkasan cerita masa cuti hujung minggu baru nie..kalau ada masa ak sambung lagi....terima kasih singgah sini ye uols..

# coming weekend nie..hmmm tak pergi ke mana la ak dan Irfan, sebab mr Hubby inshaAllah akan pergi ke Pattalung, Thailand...huhu..tak dapat ikut yer...pergi trip kerja dia..hehe


Friday, September 20, 2013

Renungan : Saling Mengenali , Jangan Berhenti Berkenalan..

Assalamualaikum..Salam Hari Jumaat yang Mulia..

Apa kabar semua? harap sihat yer...hari ni kita tak tak de story apa, just nak sharing buat renungan pasangan yang dah berkahwin...renungan untuk saya juga.

Sumber dari link Blog nie..

SALING MENGENALI 
Mana-mana pasangan yang telah menempuh alam perkahwinan beberapa tahun lamanya pasti mengakui dengan penuh sedar bahawa cinta bukanlah segalanya di dalam rumahtangga. Sungguhpun kalimah cinta sebelum pernikahan banyak menjadi penyebab bertautnya jiwa uda dan dara untuk melayari bahtera rumahtangga melalui pernikahan, namun ia tidak akan dapat bertahan lama andai tiada usaha dilakukan bagi memastikan bunga-bunga cinta yang telah bersemi di awal perkahwinan itu terus berkembang indah, hidup subur dan mewangi sentiasa.

Tempoh hidup bersama memungkinkan suami dan isteri untuk masing-masing lebih mengenali. Sejak awal usia perkahwinan, dari sehari ke sehari semakin banyak maklumat tentang pasangan yang dapat diketahui; kelebihan dan kekurangannya, sifat dan tingkahlaku, juga perubahan watak dan reaksi pasangan terhadap sesuatu situasi yang berlaku.

PERUBAHAN
Sewajarnya, setiap pasangan perlu memahami dan menyedari bahawa pada awal perkahwinan, perasaan cinta dan rindu yang menguasai ketika itu hanyalah bersifat ‘kosmetik’ dan sementara sahaja, kerana ia belum diuji dan teruji. Rasa cinta pada fasa pertama itu hanya menggebu dengan diwarnai oleh sikap 'ingin dimiliki dan memiliki' terhadap pasangan masing-masing semata.

Manakala cinta yang menjalar secara perlahan-lahan seiring proses mengenali pasangan di sepanjang pelayaran bahtera perkahwinan, sangat berpotensi untuk lebih kekal dan kian mengental andai ditanggapi secara bijaksana, lantaran ia tumbuh dari ujian dan cabaran yang berencam bentuknya. Dari perasaan benci dan kasih yang bersilihganti, tawa dan tangis yang menambah makna yang akhirnya bersebati menjadi kasih sayang, menyemai kemesraan, rasa percaya sehingga menatijahkan hubungan yang bahagia, saling mengasihi dan menghargai.

MANUSIA BERUBAH
Hakikatnya, sangat sukar menemui seseorang yang dapat kekal dengan 'diri' yang sama selama hayatnya. Pertambahan usia, pengalaman hidup, perubahan persekitaran dan pertemuan dengan individu lain baik yang menjadi teman, rakan sekerja, jiran tetangga dan lain-lain mampu mengubah seseorang kepada ‘individu’ yang baru iaitu dengan merujuk kepada cara berfikir, keperibadian, kehidupan sosial bahkan sehingga gaya penampilan, cara bercakap dan seremeh panggilan nama juga turut mengalami perubahan.

Keadaan inilah yang memerlukan suami atau isteri untuk sentiasa ‘up-to-date’ terhadap pasangannya. Jika lalai, leka dan memandang sebelah mata sahaja, maka sudah pasti sebarang perubahan yang berlaku akan menular menjadi satu masalah yang menggugat keharmonian rumahtangga, lebih-lebih lagi jika perubahan itu ketara menjurus ke arah negatif dan tidak selari dengan tuntutan ILAHI.
 
 Firman ALLAH SWT :


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ
اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ


Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” ( Surah Al-Hujurat ayat 13 )

Seharusnya, suami dan isteri tetap perlu terus mengenali khususnya melalui komunikasi yang lancar dan saling terbuka. Sentiasa berkongsi cerita, serta menyatakan keinginan tanpa perlu berahsia, seterusnya berusaha untuk saling mengoptimumkan kelebihan masing-masing demi kerukunan perhubungan di samping tidak lupa memuhasabah kekurangan yang ada dan bersedia menerima kesilapan sendiri tanpa memanjangkan perdebatan atau merasa sakit hati.
 
JANGAN BERHENTI BERKENALAN

Terima kasih kepada Suamiku kerana memberi peluang diri ini untuk terus mengenalimu…

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Sayang dan terus menyayangi kamu kerna Allah SWT..

#insyaAllah mana yang mampu kita pratikkan ..yang penting sentiasa berdoa dan saling memahami..
# weekend ni out from Penang lagi....hehehe..memang tak lekat kat rumah la ko nie zura!hahaha..

 

Thursday, September 19, 2013

Weekend | Menghadiri Undangan Majlis Perkahwinan Di Balik Pulau dan Taiping..

Assalamualaikum..Salam Sejahtera,

Hari Ahad ritu family kecil kitaorang telah memenuhi dua undangan majlis perkahwinan, satu di Balik Pulau, Penang dan satu lagi di Taiping, Perak.

Tapi....ada tapinya tue..hahahaha..tapi gambar tak banyak lah, pergi majlis perkahwinan mesti la ada gambar pengantin kan..tapi ak tak dak!huhu..rasa macam  malas nak snap plak , baik snap gambar ak sendiri...wakakaka! ...hahaha..jangan marah arr, gurau jek.

 Irfan nie..siap buat Peace lagi kalau suruh dia posing...haha..(picture using mobile)

 dah stay Penang..so kita pergi majlis di Balik Pulau dulu la...majlis nie, anak ex-boss en suami yang kahwin...dapat gak datang lagi ke sini..(picture using mobile)

 ha anak ak nie...comot seh, asyik layan tengok duck tu..sambil makan buah dapat dari rumah kenduri tu. He love fruits! bagi la buah apa pun..jangan buah dadu dah!kakaka..(picture using Sony Nex)

 apa dia buat tu ye? macam muncung itik jek...hahahaha..seronok layan itik tu..dah jom2 nak gerak ke Taiping pula Irfan...seb baik tak minta itik tu bawa balik..hehe..

 sampai dah majlis perkahwinan di Taiping, Perak....majlis ni pula, adik sahabat en suami yang kahwin..abang dia solo lagi...duk tunggu dia kahwin tak sampai jodoh lagi, kita datang kenduri adik dia dulu...hehe..

 handsomenya mereka..kekeke..dah kenyang makan nasi la nie, tunggu kejap kawan2 yang lain on the way nak datang..hehe

 Irfan siap main bola lagi...laman rumah ni dah la luas...satu padang tendang bola dengan Baba dia...

berpeluh-peluh dia....baru je before datang Taiping nie dah change cloth dia sebab comot tumpah makanan..hehe..

Yeayyy..ada gak gambar bertiga, seb baik kawan hubby nak tolong snap...thks (masham ye muka ak...Irfan pula tergaru2..dah berpeluh ..mula la gatai sana sini..)

Lepas balik kenduri kat Taiping tu..kitaorang bertolak balik kampung ak...Selama, Perak, alang2 dah dekat katanya....1/2jam je pon...hati berbunga2 la nak balik sana ak ni..haha..

Memang kenyang seharian makan nasi kenduri kami hari tu...cuma Irfan je dia kurang sangat nak makan, asyik nak main aje...Alhamdulillah kawan hubby siap kasi bungkus bawa balik lagi nasi + lauk kenduri..terima kasih banyak..

Okeh uols..itu aje kot nak story and share kat sini....happy reading! thks..

Wordless Thursday | Ada gak wordless hari ni? hahaha..

Assalamualaikum..Salam Sejahtera...

Jangan terpengaruh emosi dengan entry semalam noh..
Tak de apa sebenarnya, terima kasih pada sahabat2 yang ambil berat...
Sayang korang...

Wordless hari ni..sebab dah bawa balik kesayangan saya..hahaha..

rupa sedih ak semalam arr ni...before jumpa anak, sampai en suami perli2..haihhh feeling lebih2..umor dah tua! kurang asam tul...amboi! ayat tak boleh blah!

Yeayyyyy! Irfan bersama Mama dan Baba....yang ak nak nangis sama tu, sebab Irfan nanges teresak2 nak ikut Opah, Atok n Cula dia...tak mau ikut Mama n Baba dia....sedissss taw! Pengasuh Irfan ada emergency case 2hari tak dapat nak jaga Irfan...so terpaksa hntr Irfan kat kg..huhu. Semalam lepas kerja baru pergi ambil dia..

Lepas pujuk2 ok dah....tu pon siap peluk Mama lagi...haihhh anak Mama syg..siap bawa dia pergi main indoor playground kat McD...haha..seronok tak terkira dia...good boy dia


#nanti smbung cerita weekend yer..gambar dah transfer...hikss
thks uols...

Wednesday, September 18, 2013

Wordless Wednesday | memang wordless betui hari ni..huhu

Assalamualaikum..

no words can describe my feeling....tangkap syahdu ak ari ni...Astaghfirullahaladzim...

layan gambar je lah noh...huhu

 on weekend..Sabtu, we attend kenduri kahwin di Balik Pulau...

 rumah kenduri di Balik Pulau....jiwa raga saya kedua2nya..

 bilik lepak family kecil ak kalau balik kampung di Selama...hehe

Ketam my feveret...balik kg baru nie, makan kat kg...tambah 2x kot..haha..

All pics transfer frm my mobile ...tempek la gak pic ni kat sini walaupun entah apa2 ak snap tu..hehe.., biar berupdate sket blog ni kan..hehe

okeh..thks uols..peace!

#Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....kahhh!


Tuesday, September 17, 2013

Muhammad Aliff Irfan | 23 months..

Assalamualaikum..

15hb September 2013...Aliff dah berusia 23 bulan (1 tahun 11 bulan) ..ye sayang Mama sentiasa menghitung usia kamu..Mama tak boleh lupa..bila Mama pandang wajah kamu, Mama akan bergenang airmata, bukan kerna sedih tapi gembira sangat kerna Allah telah memberi zuriat pertama pada Mama dan Baba yang selama ini kami impikan...(:

 You are very happy baby, sweet baby...anak yang baik...anak yang bijak...anak yang soleh ..insyaAllah....

Happy 23 months dear! next month raya haji birthday kamu la yer...masuk 2 tahun...ada budget boleh kita celebrate dengan family kat kampung, rai birthday sekali ngan Opah yer...

#mood : rindu sangat sekarang kat Irfan, kena tinggal kat kampung..Pengasuh ada emergency tak leh jaga..huhu..owhhh my son..my sweet baby..huhu..

Friday, September 13, 2013

Tak de tajuk pon tak pe kan..kan..

Assalamualaikum..Salam Hari Jumaat,

Hai sahabat kesayangan semua...harap semua sihat ye..tak de idea nak letak tajuk apa entry  nieh, hentam saja la labu...kekeke..

#rajin camwhore plak skrg yer..bukan selalu pon nak poyo ambik gmbr sdiri gini....hikss. pic kelmarin arr nie, ak tak sihat..tht why kelmarin tak update...huhu..

Hari ni now better sikit...batuk masih ada, mak jangkit selsema dari anak ...antibodi mak tak kuat dah noh? hahaha..

Malam semalam, adik ipar datang rumah...hantar barang, sekali usung bawa basikal Amanda ni...Irfan apalagi excited la...naik sampai tak mau turun....hehe..kalau dah pandai cakap, mau dia minta Baba dia belikan tu...hahaha..

 Mama say "smile" Amanda pula tak mau smile...Irfan dah handsome senyum tu...

Sekali dia sengeh da.....pandai!

Tak tau nak cerita apa dah nie....tunggu la nanti mood mari, hehehe.. owhhh cuti 3 hari nanti kan? ada planning pergi holiday mana2 ke? ak insyaAllah attend kenduri kot...tapi ari Ahad la, dua kenduri pula tu...satu kat Penang then satu lagi kat Taiping...Taiping inshaAllah kalau tak de aral sampai la, kalau tak kita lepak Penang je ye..hehe..

Happy Weekend dan Happy Holiday!

Peacee~ Thank You..

Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday | Precious Moment ~ My Sweet Family

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..

 moment dari dalam pantang sampai sekarang.....:)

Indahnya aturan dan perancangan dari Allah S.W.T......dan setiap yang berlaku ada hikmahnya..

~thanks uols..peacee!

Tuesday, September 10, 2013

Random Story...hihihi..

Assalamualaikum sahabat blogger..Salam Sejahtera,

Amboi-amboi cuti hujung minggu 2 hari je pon, tapi macam cuti selamanya je! hahaha..opss maksud gua... macam nak cuti panjang je blog nie? bukan malas tapi gambar non ado, cuti baru ni...tak de sesi bergambar sangat pon. Ada la 2-3 keping hero gua shoot kot...tapi belum sempat nak transfer. 

Refer entry last week friday ada story nak balik kampung hero ak kan!..yaaa memang berjalan dengan lancar, jumaat malam  family ak + adik ipar  dan anak2 dia tumpang balik gak, kitaorang singgah rumah Sungai Petani dulu. Sabtu weols gerak ke Baling...yeayyyy balik kampung...wooowoo... balik kampung...lompat girang hero ak tu..kahhhh! lawak je ye en suamiku.

Ni ada la 2 keping ak snap by phone masa blk kampung ritu..and dah post kat instagram..meh follow gua kat instag (zura-rahim) , kalau sudi la!

 on the way balik Baling hari Sabtu ni dari Sungai Petani...overnight semalam kt Teratak 77 ...see picture, Irfan duduk macam tu, sggup tahan lutut dia tu...sbb nak tgk kakak-kakak kat belakang...huhu

sampai dah Baling....Gunung Baling tersergam indah..kenangan Ai tu..penah mendaki gunung Baling! hiksss. Lepak kat Baling sampai hari Ahad...malam baru bertolak balik ke Penang...memang dua hari tu hujan je...sampai ke hari ni ha..

Opsss ni bukan pic hari weekend yer...ni pic masa kerja 1st day on monday, mood berpink bagai...konon ceria la hari isnin, poyo! gua ni time mood ok je nak tgkp gmbr sdiri...huhu...hahaha...cuaca still raining kan, Alhamdulillah Allah turunkn hujan...apa2 pon kita bersyukur.

Lama tak cerita pasal hero kecil sorang nie, Irfan ni...seronok kalau main bola, dia tendang bola tu bersungguh2...semalam pon Baba dia layan game football kat tv...dia pun layan gak, Mama dia yang tukang sepak bola, tak per Mama dia pun exercise sekali..hikss....then Irfan kita perasan tendang bola guna kaki kiri...tak taw la besar nanti dia still guna kaki kiri or kanan...jangan kamu makan guna tgn kiri dah la yer dear..hikss

Today story....mata gua mengantuk awai tadi pagi, tapi lepas tu ok lah...jangan salahkan hujan pula, ye la kdg2 cuaca mempengaruhi gak kan...apa2pon segera pergi cuci muka, supaya tak mengantuk ...pekena coffee secawan ka...segar la sikit. Ya la...hari ni..dari awal pagi sampai sekarang hujan kan, lebat pula tu...en suami terpaksa hantar mai kerja tadi, dia pakai kereta...sebab utama, motor dia tak boleh start..tension gak tu...kena bawa kereta gak ....kalau tak, memang tak bawa keta la pergi keja, jalan jammed. Nak buat macam mana...semua yang berlaku ada hikmahnya...:)

kawan2...musim hujan ni..bawa kenderaan elok2, now pun musim budak2 tak sihat gak...Irfan tu, dah start flu...hrp2 cepat sihat dia, biasa la budak2 tara nak besar kan..semoga anak2 kita semua dilindungi...ameen..

ok uols...thks ya... bye!

#apa peel la ckp "gua" "aku" nie...haha...rock Ooo!..haha



Friday, September 6, 2013

Happy Weekend Uols..

Assalamualaikum...Salam Sejahtera,

Again..entry ke dua hari ini....kering idea ak weh!, ala suka hati la ko kering idea ke..ko tak update entry ke!bukan nak masuk exam pun..tak update pun tak per, hahaha. (ngek pe ko zura cakap sorang2..huhu).

Kesian..kesian...:)

Hari berganti hari...sian berganti malam, putaran alam yang sangat indah ...speechless, cepat masa berlalu kan..hihi


Happy weekend ye uols, pada yang kerja esok Sabtu...selamat berkerja...Iols dgn family maybe plan balik kampung en suami kat Kedah....mudah2an selamat perjalanan weols...Ameen..

Korang apa plan weekend ni? =_=


#Haihh every weekend asyik tak de kat rumah je nie...ni semua plan last minute le..

Kebahagiaan...

Assalamualaikum...
Salam Jumaat Yang Indah...

 Gambar sekadar hiasan..


 Menurut Saidina Ali Bin Abi Thalib RA, 7 kunci kebahagiaan adalah;
 
1.  Jangan membenci siapapun , walau ada yang menyalahi hakmu

2. Jangan pernah sedih berlebihan, sekalipun masalah memuncak

3. Hiduplah dalam kesederhanaan walau serba ada..

4. Berbuatlah kebaikan, sekalipun banyak musibah

5. Perbanyakkan memberi walaupun anda sedang susah

6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis

7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin..


#just sharing...good info for me also..


Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah:
  1. Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.

  2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.

  3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

  4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

  5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

  6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

  7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/08/7-kunci-kebahagian.html#sthash.CYXbK3qg.dpuf
  • Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.
  • - See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/08/7-kunci-kebahagian.html#sthash.CYXbK3qg.dpuf
  • Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.
  • - See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/08/7-kunci-kebahagian.html#sthash.CYXbK3qg.dpuf
    Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah:
    1. Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.

    2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.

    3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

    4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

    5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

    6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

    7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.
    - See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/08/7-kunci-kebahagian.html#sthash.CYXbK3qg.dpuf
    Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah:
    1. Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.

    2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.

    3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

    4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

    5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

    6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

    7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.
    - See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/08/7-kunci-kebahagian.html#sthash.CYXbK3qg.dpuf
    Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah:
    1. Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.

    2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.

    3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

    4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

    5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

    6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

    7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.
    - See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/08/7-kunci-kebahagian.html#sthash.CYXbK3qg.dpuf
    Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah:
    1. Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.

    2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.

    3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

    4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

    5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

    6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

    7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.
    - See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/08/7-kunci-kebahagian.html#sthash.CYXbK3qg.dpuf

    Thursday, September 5, 2013

    Urutan | Sakit Kepala..

    # credit to en suami sebab sudi cari info psl nie, dia tahu wife dia ni kerap gak sakit kepala..hihi, thks dear..


    Urutan legakan sakit kepala

    Apa yang ramai tidak tahu adalah 99 peratus urutan pada otot tepi leher atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil Sternocleidomastoid mampu mengurangkan gejala tersebut 

    Jadi, mengapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tidak cuba sapu pada otot tersebut. 


    Perkara ini dihuraikan oleh Ahli Terapi Senaman dan Urutan Sukan, Diane Sera Farhanah Sedik, yang turut menjelaskan bahawa sakit kepala yang diabaikan boleh menghasilkan simpulan otot.


    Simpulan tersebut katanya, boleh menjadikan sakit kepala berlarutan lebih lama.

    "Simpulan otot inilah yang menyebabkan sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang. Ini (simpulan otot) juga boleh terjadi hasil daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh," katanya.

    Menurut Diane Sera, titik punca itu menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang dan ketat.


    Ini mengehadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan tubuh lemah, pengurangan peredaran darah dan kesakitan.

    "Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh. Tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan. 


    "Memori otot ini boleh menghasilkan sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa tekanan fizikal dan emosi.

    "Titik punca adalah gambaran di mana teknik terapi boleh digunakan di situ untuk melegakan kesakitan kepala secara keseluruhan. 


    "Teknik ini telah diperkenalkan oleh Dr. Janet Travell dan David Simons malah diiktiraf oleh Akademi Pengurusan Sakit Amerika sebagai modul untuk rawatan sakit kepala," ujar Diane Sera yang turut menjadi tenaga pengajar senaman di Zaki Khan Dynamic Sdn. Bhd.

    Jelasnya, kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala dengan teknik urutan yang betul adalah tinggi.


    Katanya, terapi dengan mengenal pasti titik punca adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan.

    "Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang dari titik punca aktif yang terletak di bahagian atas belakang leher anda. Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian tengah kepala, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit (mata), ini dinamakan sakit di dalam tengkorak," jelasnya.



    Sakit kepala mata kabur

    Menurut Diane Sera lagi, gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh titik punca yang aktif dalam otot leher belakang dan tepi.

    "Pengaktifan dan pengekalan titik punca dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat secara tiba-tiba dan kedudukan postur badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama.


    "Satu lagi penyebab sakit kepala yang teruk adalah titik punca dalam simpulan otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dengan tulang selangka. Titik punca di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.

    "Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, pipi, tekak, belakang dan atas kepala," kata Diane. 


    "Apabila titik punca dikenalpasti, tekanan atau urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, urutan atau tekanan pada titik punca berkenaan dilakukan dengan lembut.

    "Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan perlahan-lahan.

    "Proses pengurutan pada titik punca dan regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi normal," katanya lagi. - NOOR FAZRINA KAMAL


    # sila minta suami tolong urutkn kalau sakit kepala yer...hahaha...kahhhh! jangan pkr lain plak yer...khamis mlm jumaat ni weh..hahaha..

     

    Sembang Kosong ..=_=

    Assalamualaikum..Salam Sejahtera,

    Esok Jumaat, wahhh jap je dah nak cuti hujung minggu yer. 
    Esok pun dah akhir Syawal...habis la raya sebulan yer? hikss..
    Korang ada open house lagi ke? 
    Ak ni sepanjang Syawal...tak dapat lagi jemputan open house, 
    Terjah ziarah raya rumah orang ada la..hahaha
    Tak per yang penting tali persaudaraan sesama islam tak putus kan? 
    Walaupun tak sempat nak pergi ziarah raya rumah kengkawan, 
    Tapi lepas Syawal pun boleh aje nak ziarah, tak kan nak tunggu raya aje baru nak ziarah..hikss.

    Eh bulan ni banyak gak dapat undangan kenduri kahwin!
    Baru ni pun dah pergi satu kenduri kat Bukit Mertajam...
    Start next weekend berderet2 jemputan kenduri, 
    InshaAllah tak de apa2 halangan..dapat pergi, tapi semuanya area utara je lah. 

    Iklan japp......

     Satay beli kat Abah (suami pengasuh Irfan),dinner semalam la ni...memang sedap satay dia, sapa teringin nak makan satay, try la beli kat depan flat Taman Seri Damai, Batu Lanchang tu..hehe..bukan promote ni tapi nak bagitaw..hahahaha..

    Aliff Irfan nie...Mak mengasuh dia jual satay, jadi kadang2 tu...sampai Irfan pun dah berbau satay, kahhh! tengok selamba je dia makan Satay, lama2 kamu ni peminat satay la Irfan..kui3x..


    Saja selit pasal satay....sembang kosong katakan...
    Tempek la cerita apa pon..
    Asalkan tak menyentuh hati dah perasaan orang sudah..ngee,.

    Dalam hati ni ..beriya2 nak pergi holiday,
    Tapi ongkos tak berapa nak memberangsangkan..
    So kita postpone la...huhu..
    Pasang angan2 dah ler...:)
    Syukur ..tak semua dapat kesenangan macam apa yg kita ada skrg..
    Tapi kalau tak berusaha, tak dapat juga kan..

    Satu lagi...dah lama benarnya nak berhijrah
    Berhijrah pindah rumah..
    Berhijrah cari kerja lain...
    Tapi, belum ada rezeki..
    Nak kata usaha..dah usaha..
    Apa2 pon..uSaha+tawakal+doa..
    Redhaa..

    opsss terlebih sudah...ok lah Makcik2, Pakcik2 semua...
    melalut kosong apa la aku ni kan...
    anyway....be happy! think positive!

    Thanks all~Peacee~
     

    Wednesday, September 4, 2013

    D'King Mee Udang, Sungai Petani | Family Gathering Sahabat2 Suami

    Assalamualaikum..Salam Sejahtera, tak de Wordless Wednessday hari nie..huhu

    Teringat2 lagi mee udang kat sini..haihhhh...memang sedap weh!
    Second time datang makan kat sini...pertama kali sila review link k..kali ni gathering bersama sahabat2 hubby, sahabat beliau masa sekolah dulu.

    opssss...belum ready la!hahaha

    En suami yang suggest kat kawan dia gathering kat sini, Kira 1-2 tahun sekali kut akan buat gathering cam ni...Last berkumpul dulu, 2 tahun lepas rasanya, masa tu ak pon tak pregnant lagi..hehe

     tapi tu la...masa kitaorang mai sini...kan hujan plak tu, then dorang now tengah renovation gak..macam berselerak sikit la ..huu

     cari port baik punya untuk kami ahli yang ramai nie..haha..

     dulu tak meriah lagi cam nie, ..now anak2 pun dah bertambah, Alhamdulillah bertambah umat islam..

     sebaya dengan Irfan gak nie...Irfan ni kita nak amik gambar dia lari plak...hehe..

     order mee udang 5 mangkuk....kita tunggu je noh, maybe lambat sikit sampai..sebab ramai daa...

     Iklan ubat gigi...kahhhh! weh ak nmpk mokmok ..dagu berlapis....huhu..

     best friend en suami....from school until now, inshaAllah..

     cedok jangan tak cedok...5 mangkuk besar taw bukan mangkuk kecil...memang puas hati, semua dpt rasa..

     time to feel the food...jangan kacau, tapi biasa la...ada anak2 ni, memang kadang2 terbantut nak makan...hahaha.. berlari ke sana ke mari dorang....tak per mau relax noh..haha

     ada udang di sebalik mee lah! en suami la ni, snap tak tunjuk udang besar tu ha...hehe..tapi memang sedap la, kawan2 hubby pun cakap sini sedap...better than tempat yang kitaorang pergi makan mee udang 2 tahun lepas...

     last but no least..5 buah keluarga semuanya....adoyai! tiang ni potong stim betul, hehehe.. Irfan pula tak mau turun, huhu..kita shoot n snap again!

    ak nak gelak sat! hahahahahhahaha.....susunan dalam gambar nie, tinggi ~ rendah! nak gelak ak n suami tengok balik gmbr ni..kakakaka..shhhhhhhhh! jangan gelak...tgk serius muka aku kan? hahaha..

    Apa2 pon memang best kumpul reramai nie, kalau dipanjangkan usia...berjumpa lagi kita...Ameen..
    En suami regret gak nie, sebab lupa nak amik gambar 5 sekawan bersama anak masing2 yang juga sebaya..insyaAllah membesar nanti kawan baik macam bapa2 dorang...Ameen..

    Masa ni...aku keletihan gak, sebelum datang dinner kat D'King ni...dorang datang lepak rumah kitaorang dulu, singgah solat magrib ...lepas tu baru konvoi bersama ke destinasi cari makan..rush hour ak dibuatnya, sebab nak kemas rumah sama sebelum balik Penang, nak tinggal rumah SP tu...nampaknya memang tak sempat juga nak sapu rumah bagai....tak per, kita balik SP len kali...weekend ni kan ada..hehe. Tapi seronok pula rasanya...meriah kawan2 datang rumah, lagipun pertama kali dorang datang rumah kitaorang...:), lain kali datang lagi yer...lepak lama sikit...hehe..