♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Monday, October 27, 2014

Mini Reunion Ladies Ex Smb

Assalamualaikum...

#cerita lempar belakang , cuti hujung minggu yang lepas....:)
kawan saya sorang ni yang organizer untuk mini reunion ni..kali ni buat kat rumah saya di Sungai Petani..next rumah siapa tak sure lagi la...hehe..

gambar dari camera lambat benor nak tranfser..saya upload dari camera henpon kawan-kawan yang whatsapp ni dulu la...huhu

menunya, konsep potluck ..jadi masing-masing bawa la apa yang rasa nak bawa...main dish kami buat Pan Mee, masak kat rumah saya....

owhhh ini adalah surprise untuk Irfan, surprise from Auntie Ina dan Auntie Linda yang belikan kek birthday nie...Mama touching sat, sebab tak sangka...my fren beli kek besar cam ni....deko khas untuk Irfan....sweet! Irfan malu meow-meow tau, lagipun dia bukan excited kat kek tu...excited kat car atas kek tu...hahhaa..



 bergambar ramai-ramai itu pasti!..hehe

 

dari dalam rumah sampai ke luar rumah kami sembang....meriah malam tu, volume suara masing-masing memecah keheningan malam yang dingin....hehe...

thank you frens for the best treatment ...best moments...sayang kawan-kawan saya...
kalau ada jodoh kita jumpa lagi.....:)


** Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?

Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.

Ya Allah, peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..

Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..

2 comments:

Anum said...

alhamdullilah

Anonymous said...

wah seronok dpt gader2 mcm ni !