♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Wednesday, October 13, 2010

Personaliti...

Personaliti aset yg penting dalam kehidupan,antara salah satunya..dalam satu hadis ada mengatakan..

"Dalam badan manusia itu ada seketul daging..jika seketul daging itu baik maka baiklah keseluruhannya malah jika seketul daging itu jahat maka jahatlah keseluruhannya..seketul daging itu adalah hati.."

Manakala Allah juga tidak memandang harta dan rupa seseorang tetapi Allah hanya memandang HATIMU..


Adakah melalui pancaran wajah yg berwajah garang ,serius..atau sebaliknya..menjadi seseorang dinilai sebagai seorang yg kasar..tetapi jika dibanding dengan wajah yang dikurniakan ALLAH kepada seseorang dengan wajah yang lembut dapat menjamin perangainya yang baik..


Patutkah menilai seseorang itu melalui wajahnya sahaja??


Manusia ni ada pelbagai personaliti dan tidak kurang pula yang ada split personality.
Cara terbaik untuk mengenal seseorang, jangan pandang pada luaran semata- mata tetapi cuba mendekatinya untuk mengetahui sikap dia yang sebenarnya walaupun kadang- kadang first impression kita pada seseorang adalah benar.


Kalau pun mereka berpura- pura, lambat laun akan nampak juga wajah yang sebenar. Tapi, sebelum kita pasti situasi sebenar, jangan cepat membuat penilaian dan elakkan sikap suka berprasangka buruk.


Pandangan pertama juga penting tapi jangan dinilai seseorang itu secara general melalui pemerhatian minimal kita terhadapnya. Macam beli barang elektrik, jangan tengok cantik terus beli tapi kena tahu kelebihan dan kekurangannya untuk membuat pilihan yang bijak.


Sesungguhnya, kita hanya manusia yang kadang2 sesuatu pengetahuan kita terbatas dan hati kita juga terkadang gagal untuk membisikkan kebenaran terhadap sesuatu.


“..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Surah al-Baqarah:216]

Tuesday, October 12, 2010

Peluk Bantal....

Bantal pun ada rahsia ye....jom kita layannnnnnnnn...

Syoknya tido...hehehe....


1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa Seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap Lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang
boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui Mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.. Ini
menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... Pergi kedai belilah satu, bukanya Mahal pun..!!hahaha...




~Kalau tido peluk suami mcm mn pulak???kakakakaka...

Monday, October 11, 2010

Ladang Anggur, Tasik Beris

Selepas kekenyangan makan nasi kenduri di rumah parent in law gieyana, kitaorang lepak2 chit chat jap....then kitaorang gerak balik. On the way balik tu, haruslah terjah Ladang Anggur Malaysia ni...hikss. Dengar pasal ladang ni pon dari Gieyana & Wantie, alang2 dah lalu kalau tak singgah terkilan plak nanti kan...tido tak lena mandi tak basah...ahaksss...ke situ plak..
Tak nak citer panjang2 ler....bak kata pepatah dalam english...let the pictures tell the story...so layannnnnnnnn.....
P1110434
Entrance Fee Adult Rm2.00 , Student RM1.00
P1110439 Nyum...nyum....sedap gak anggur Mesia ni..
P1110442
P1110444
P1110452
P1110453P1110451
P1110468
P1110454
P1110466
P1110472
P1110473 Dan haruslah ada gambar berdua2an kan...hikss..
P1110477 P1110483
En Aru & Pn Ea yang turut sama berkonvoi dari rumah kenduri ke sesi menjelajah ladang anggur...hahaha..
P1110485
Ea dan aku berbaju kurung dalam ladang gituww...wanita melayu terakhir la katakan...kahhhhh..
P1110491
P1110492
P1110493
Jeles tengok pengantin duk posing sakan...aku pon nak gak la...wakaka....lentikkkk gituwww...wowwww.....
P1110496
Tengah syok2 posing.....sebelum cergas balik, ada jodoh jumpa Madi & Flys ni lagi kat ladang anggur tu....sebelum tu dah berjumpa di rumah kenduri, so sambung chit chat lg le...hikss.
P1110498
P1110499
Alalala.....tomei2 jerk diaorang ni......malu2 meow la plak...hahaha...

~Seronok korang dapat masuk ladang anggur ni....macam tak percaya boleh ada ladang anggur di Malaysia ni...hikss. So korang pun jangan lepaskan peluang ini ye...hehe
~Bila nak berjumpa lagi dengan sahabat2 ni ye...kalau ada jodoh kita ketemu lagi...hehe

Ke Sik….

Alhamduillah hari minggu baru ni dapat spend time bersama dengan orang tersayang...jalan2 cuci2 mata lagi...hikss..
Kali ni ke Utara jua, tapi jauh sket le....kitaorang ke SIK, Kedah. Actually dapat undangan kenduri perkahwinan adik sahabat hubby a.k.a hubby Gieyana so hubby pun tak kerja dan sambil tu nak jalan2 juga....kitaorang pun terjah je la...hahaha..
P1110417
P1110418
Bawa anak adik ipar aku ni.....kalau suruh posing mau je dier...ahaksss...
P1110419
P1110425
Sampai2 rumah kenduri jumpa gieyana...then terus gi soru ler, masing2 perut dah lapor.....sedap le masakan kampung, fuhhhh hubby lak makan bertambah...hehe...
P1110430
On the way balik dah ni....empangan beris yang luas.....
P1110431
Kalau dah datang kan...tak singgah tak best pula...harus ku ajak suami ku terjah.....hikss. Owhhh nanti aku taruk gambar posing2 kat cini yer...hehe
P1110433
P1110500
Di rumah kenduri tak sempat nak bergambar dengan pengantin...tapi jumpa juga kat sini, aku curi2 amik ni....nampak tu Mr Photog tengah consentrate...hahaha...


~ Selamat Pengantin baru kepada pasangan pengantin yer......Semoga kekal hingga ke akhir hayat.....
~Terima kasih kepada Pn Gieyana & En Munir kerna menjemput...kalau tak de kenduri ni, ntah bila aku nak sampai ladang anggur tu ye...kekeke...
~Gie gambar kita posing tak de la plak......maybe dalam camera hg ada kut...hikss

Hai..hai...

As salam kengkawan....semoga kalian semua sihat hendaknya dan ceria2 selalu la ye....

Sebelum tu saya nak ucapkan ribuan terima kasih banyak2 kepada kengkawan yang sudi menjawab pertanyaan saya di entry sebelum ni. InsyaAllah kalau ada masa saya akan kunjung balas blog kengkawan ok...apa2 pun yang penting jangan putus kawan kan....hehe..

Wahhhh blog ku pun turut sama bercuti la ye sbb tuan tanah pon cuti dua hari...hikss. Nanti saya update wokeh....

Aktiviti weekend kitaorang baru nie ialah attend kenduri kahwin sambil2 terjah ladang anggur...hikss..best betuii....hehe..

~pstt; bersaya2 la plak aku ni...kakakaka....