♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Showing posts with label Zalora. Show all posts
Showing posts with label Zalora. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

Macam-Macam Mama, Baba dan Irfan

Assalamualaikum..
Salam Selasa...rasa macam, sebak jek..eh tak tahu la nak cakap.Only Allah know my feeling rite now...:(

Redha dgn ujian yg diberi...always think positive, but sometimes hati kecil ini tak kuat.., ok dont be sad...normal human being gitu..semoga segalanya dipermudahkan..Terima kasih Ya Allah!

Selingan sat not...sebelum sambung entry Cameron Highlands...hikss

 Mama ter"bawa" bus Irfan ke office, cam mana la, bas ni terparking kat dalam beg Mama? hehehe..

 Terima kasih Zalora, Alhamdulillah rezeki dapat shopping kat Zalora free saja...reward dari buat assignment yang cik Zalora kasi di entry ini...

 jarang nak berselfie now...ni pun rasa macam nk snap sebab, nak tengok dressing pergi makan nasi kenduri, cantik pula biru + green ni kan...

 suami tak sabar tggu balik Penang nak beli JCO ...pergi beli donut yg dijual kat Tesco Sungai Petani, frust! donutnya keras.....potong stim tul..hehe

Hamboi! dua jejaka smart bergaya....sorang macam pak polisi, dah kena ngan baju tu...sorang lagi macam juruterbang!...hahahhaa..

Monday, February 10, 2014

Siapa pernah pakai Baju Peplum?

Meh nak story pasal fesyen pula nie...dulu bercita-cita nak jadi pereka fesyen gak, tapi tak kesampaian..kahh..kahh..lawak je la...

Baju Peplum adalah sejenis pakaian yang sangat versatile untuk dipakai pada bila-bila masa. Secara asasnya ianya adalah tops dengan rekaan peplum mengikut stail klasik ala Saloma. Peplum tops amat seuai untuk digayakan dengan mermaid skirt atau skirt dengan rekaan seperti duyung, palazzo dan seluar panjang. Kini  stail peplum kembali menjadi kegilaan ramai, kebanyakkan wanita mengenakannya untuk menghadari majlis-majlis keraian seperti perkahwinan, majlis makan malam dan sebagainya. Malah ada juga yang turut memakainya ke pejabat.

Saya pun ada 2-3 helai juga baju peplum ni..:)

Selain itu ianya adalah antara kegemaran bagi wanita Muslim di Malaysia kerana masih dapat menggayakan baju peplum mengikut cita rasa masing-masiang. Hijabista moden kini semakin kreatif dalam menggayakan sesuatu pakaian. Sebagai contoh, peplum top dipadankan dengan skirt labuh atau seluar bersama tudung yang cantik. Dengan sekelip mata, penampilan akan tampak lebih menarik dan ayu.

Tak perlu gusar, kalau tak sempat nak keluar bershopping di mall untuk memperolehi baju idaman seperti Baju Peplum ni...

Kini kita dapat beli baju kegemaran di dalam atas talian! Perniagaan online semakin berkembang di Malaysia, oleh itu terdapat ratusan malah ribuan blogshop yang menawarkan pakaian menarik. Ini memberikan lebih banyak pilihan buat pembeli kerana mereka menawarkan koleksi pakaian wanita online yang cukup besar.


Sebagai contoh di Zalora MY yang menawarkan koleksi peplum tops dan pelbagai barangan fesyen lain,  juga boleh dapatkan baju kurung moden, beg tangan wanita, kasut dan dress Muslimah online dengan harga yang cukup berpatutan. Terkenal sebagai destinasi fesyen online terkemuka di Malaysia, semua barang di laman sesawang  terdiri daripada jenama-jenama terkenal antarabangsa dan tempatan serta mempunyai kualiti yang cukup tinggi.


Yaa....kat sinilah ada Baju Peplum yang cantik, bermacam-macam style gitu!anda tertarik? cepat-cepat ke websita Zalora MY ye!

Antara cara terbaik dalam menggayakan sesuatu pakaian adalah dengan memasukkan sentuhan kreatif kita sendiri ke atas stail fesyen terkini. Dengan cara ini kita akan lebih selesa kerana menggayakan sesuatu yang lebih selesa dan mengikut personaliti sendiri. Gayakan peplum tops dengan aksesori untuk penampilan yang lebih ayu dan trendy. 

Jeles saya tengok model-model yang pakai Baju Peplum dalam picture kat atas tu..slim haizzz....cun betul.

Lihat Twitter Zalora untuk informasi terkini tentang berita fesyen terbaru dan promosi yang sedang dijalankan di laman website mereka!

Jom shopping di Zalora Malaysia....Peacee!


***sponspor by Zalora MY