♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

Bila tak de...dia muncul juga..

Assalamualaikum...

terima kasih Nuffnang...


bila dah malas....entry pun tak da....blogwalking apa tah lagi...
tengok2..muncul 5 BE...

Alhamdulillah...dah dapat ni, satu bonus....tak dapat itu bukan rezeki kita...

Blogging pun saja mengisi masa lapang...dan kenangan utk hari tua...dan utk tatapan anak2...
InshaAllah....

terima kasih pada rakan blogger semua yang masih sudi bertandang ke sini...
saya sayang anda semua...:)

Wednesday, March 12, 2014

Terima Kasih Nuffnang dan Nivea

Assalamualaikum...Salam Rabu,

dua iklan on going...lama sikit ye duk tang situ, terima kasih Nuffnang..nak dapat tiga angka pun bertahun2 kot...hehe..
Terima kasih pada kengkawan yang sudi datang blog kita tak yang tak seberapa nie...:)

hadiah dari contest facebook Nivea 50th anniversary dah sampai hari sabtu ritu, alhamdulillah..
Terima kasih Nivea...


Monday, February 10, 2014

Siapa pernah pakai Baju Peplum?

Meh nak story pasal fesyen pula nie...dulu bercita-cita nak jadi pereka fesyen gak, tapi tak kesampaian..kahh..kahh..lawak je la...

Baju Peplum adalah sejenis pakaian yang sangat versatile untuk dipakai pada bila-bila masa. Secara asasnya ianya adalah tops dengan rekaan peplum mengikut stail klasik ala Saloma. Peplum tops amat seuai untuk digayakan dengan mermaid skirt atau skirt dengan rekaan seperti duyung, palazzo dan seluar panjang. Kini  stail peplum kembali menjadi kegilaan ramai, kebanyakkan wanita mengenakannya untuk menghadari majlis-majlis keraian seperti perkahwinan, majlis makan malam dan sebagainya. Malah ada juga yang turut memakainya ke pejabat.

Saya pun ada 2-3 helai juga baju peplum ni..:)

Selain itu ianya adalah antara kegemaran bagi wanita Muslim di Malaysia kerana masih dapat menggayakan baju peplum mengikut cita rasa masing-masiang. Hijabista moden kini semakin kreatif dalam menggayakan sesuatu pakaian. Sebagai contoh, peplum top dipadankan dengan skirt labuh atau seluar bersama tudung yang cantik. Dengan sekelip mata, penampilan akan tampak lebih menarik dan ayu.

Tak perlu gusar, kalau tak sempat nak keluar bershopping di mall untuk memperolehi baju idaman seperti Baju Peplum ni...

Kini kita dapat beli baju kegemaran di dalam atas talian! Perniagaan online semakin berkembang di Malaysia, oleh itu terdapat ratusan malah ribuan blogshop yang menawarkan pakaian menarik. Ini memberikan lebih banyak pilihan buat pembeli kerana mereka menawarkan koleksi pakaian wanita online yang cukup besar.


Sebagai contoh di Zalora MY yang menawarkan koleksi peplum tops dan pelbagai barangan fesyen lain,  juga boleh dapatkan baju kurung moden, beg tangan wanita, kasut dan dress Muslimah online dengan harga yang cukup berpatutan. Terkenal sebagai destinasi fesyen online terkemuka di Malaysia, semua barang di laman sesawang  terdiri daripada jenama-jenama terkenal antarabangsa dan tempatan serta mempunyai kualiti yang cukup tinggi.


Yaa....kat sinilah ada Baju Peplum yang cantik, bermacam-macam style gitu!anda tertarik? cepat-cepat ke websita Zalora MY ye!

Antara cara terbaik dalam menggayakan sesuatu pakaian adalah dengan memasukkan sentuhan kreatif kita sendiri ke atas stail fesyen terkini. Dengan cara ini kita akan lebih selesa kerana menggayakan sesuatu yang lebih selesa dan mengikut personaliti sendiri. Gayakan peplum tops dengan aksesori untuk penampilan yang lebih ayu dan trendy. 

Jeles saya tengok model-model yang pakai Baju Peplum dalam picture kat atas tu..slim haizzz....cun betul.

Lihat Twitter Zalora untuk informasi terkini tentang berita fesyen terbaru dan promosi yang sedang dijalankan di laman website mereka!

Jom shopping di Zalora Malaysia....Peacee!


***sponspor by Zalora MY

Wednesday, January 29, 2014

Salam Rabu...Selamat Bercuti...

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Salam Rabu guys...
Jangan jeles...hahaha, start esok, company kitaorang dah closed..so esok start cuti lah..hehe

Tapi...tak leh gerak balik kampung lagi pun, sebab en Suami masih kerja la esok...rehat-rehat kat rumah dengan hero kecil sorang ni je....then plan nak bawa hero kecil ni pergi follow up check up kat KKIA yang sepatutnnya kena pergi early January hari tu, dah alang-alang cuti kan.

Geram sama ini budak....semakin handsome dengan rambut baru dia, (puji anak sendiri la weh) hahaha

Setiap kali balik dari rumah BS, sampai je rumah..memang tak mau naik lagi...nak ajak ronda-ronda kat bawah flat tu...layankan je lah! sian dia 

Kebam mulut memang tak lepas....hahaha...

Apa-apa pun...selamat bercuti ye korang...
InshaAllah ada jodoh kita berjumpa lagi selepas bercuti ni ye..
Keep updating korang...happy blogging...

Take care...:), Peacee!


Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

#berselawat di tempat keja..huhu..
 

Monday, January 13, 2014

Homestay Regalia Studio, Kuala Lumpur | Terujanya! Angan-Angan Nak Bercuti Kat Sini...

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..

Teruja tau mula-mula saya review Homestay Studio nie kat blog Bro Eyriqazz....jom saya bawa kawan-kawan semua turut sama teruja!

* Ada katil Queen, katil single dan baby cot turut disediakan, ruang yang agak besar dan selesa...teruja kan! memang sesuai yang ada anak yang cergas macam saya nie..hahaha

*mesin basuh, tempat sangkut baju, rak dan tempat meletak baju kotor juga turut disediakan, bagusnya..

*Dapur yang lengkap dengan peralatan seperti Microwave dan Peti Sejuk..bestnya..

 *bilik air yang selesa...towel disedikan untuk dua orang 

 *ruang tamu ..luas kan..

 *ruangan quest di tingkat bawah yang selesa...

 *part paling teruja!...walaupun saya tak pandai berenang, tapi saya tetap teruja, di Homestay Regalia ni, ada dua swimming pool tau di tingkat 5 dan tingkat 37.

 *playground for kids...buat Irfan teruja!...hehe..

 *swimming pool tingkat 37 yang ekslusif ...view yang memukau sangat! teruja lagi..hehehe..

 *view KLCC dan KL Tower from swimming pool tingkat 37..perghhhh menawan kalbu!

 *en Irwan akan teruja! bilik gym pun disediakan....

 *kemudahan surau pun tak lupa disediakan....

 *kemudahan laundry...

*view malam yang sangat menarik! wahhh terkedu! 

Teruja tau kalau dapat menginap kat Homestay Regalia Studio nie, dah pasang angan-angan kalau dapat cuti-cuti di Kuala Lumpur nak juga merasa menginap kat sini. Homestay unit studio yang ekslusif, lokasi yang strategik..berdekatan dengan PWTC, Stesen LRT dan Komuter Putra...(boleh bawa Irfan merasa naik LRT atau Komuter...hikss) 

Bertambah teruja kalau dapat menginap di sini sempena anniversary 31.12.13 baru ni, lagipun tak berkesempatan nak celebrate lagi ..haihhh bestnya, dah lama tak pergi Kuala Lumpur last kitaorang cuti-cuti kat Kuala Lumpur masa akhir tahun 2012.


Semestinya kita nak cari tempat penginapaan yang murah kan.... Bandaraya Kuala Lumpur, memang sukar nak dapat rate hotel yang murah, tapi sekarang saya dah jumpa! Iaitu Homestay Regalia Studio..homestay dengan harga yang berpatutan sekitar RM 150 - RM200 semalam, murah kan! kalau hotel pun memang susah nak dapat rate murah ni kan.
 
Yang paling-paling teruja kalau penginapan nie ditaja!....melompat bintang saya, akan ku hadiahkan sempena anniversary dari saya untuk suami..wahhh romantik tak? kekeke(opss.. kalau suami tak baca entry ni)..surprise la konon! dapat la buat alasan nak cuti-cuti di Kuala Lumpur..yeayyy!

Kalian pasti teruja nak tahu di mana tempatnya kan? Ini alamatnya:
Regalia Residence No.2 Jalan Anjung Putra Off Jalan Sultan Ismail 50480 Kuala Lumpur Malaysia   

Teringin nak menginap di Homestay nie tak?
Boleh emailkan ke roomshortstay@gmail.com

Boleh juga nak view lebih info di Facebook Homestay Regalia Studio

# Ada kawan-kawan yang teruja nak dapat hadiah menarik penginapan di Homestay nie tak? jom try contest yang dianjurkan oleh Bro Eyriqazz di link INI
Lagipun saya ni pertama kali join contest yang dianjurkan oleh Bro Eyriqazz ni, entahla...hati ni berkobar-kobar suruh join...menang or kalah adat la kan, yang penting kita ada usaha..chaiyok-chaiyok..hehe

Sumber Picture : Eyriqzz.com

*Good Luck for me....

Friday, November 22, 2013

Hujan Di Pagi Jumaat..Alhamdulillah..

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..

 Subuh yang terasa kesejukannya hingga ke tulang....

Rupanya air hujan membasahi bumi..awan gelap menyelubungi langit...

Salam Jumaat bloggers..Happy Weekend!

Thanks ,take care..peacee


Monday, November 18, 2013

Marilah BerPantun....Hehehehe..

Assalamualaikum...

Salam Hari Isnin buat semua,
Semoga sentiasa berbahagia,
Di alam blogging kita berjumpa,
Harap2 esok lusa dapat bersua,

Saya berblogging sekadar suka-suka,
Kalau ada salah silap itu perkara biasa,
Kadang2 sempat baru boleh bercerita,
Harap dimaafkan jika saya tak jengah blog anda.

Ada ubi ada batas,
Kunjungan anda inshaaAllah saya cuba balas,
Kerna kekangan masa kadang2 tak terbatas,
Membuatkan diri rasa berat untuk mengalas.

Terima kasih daun keladi,
Jangan boring datang sini lagi,
Blog saya tidak ada banyak entri,
Tapi  kalian tetap di hati.


Senyum-senyum setiap hari,
Saya cuba nak update entri,
Korang tunggu cerita kali ini,
Pasal cuti hari minggu kami.

Saya sayang keluarga saya,
Sayang sahabat2 saya,
Saya Sayang semuanya,
Adakah anda pun sayang saya?
ha...jawab2....kahhhh!dalam versi pantun juga yer....lalalalala..galak nak berpantun pula hari nie..kui3x..



Wednesday, June 26, 2013

Wordless Wednesday | Eh...nak citer apa ye?

Assalamualaikum...Salam Sejahtera,

Blurrr...tak tahu nak update apa...
sayang pula kalau tak update blog nie...
dah la blog tak famous kan, tak rajin update pula tu...
memang jangan harap la nak dapat Nuff masyuk macam orang lain..huhu
tak per la..rezeki masing-masing kan, lagipun dulu masa berkecimpung blog ni pun
tak tahu menahu pun pasal Nuff nie...tak terfikir nak kumpul duit dari situ,hehehe

Alhamdulillah Pulau Mutiara since kelmarin dan hari ini hujan, 
syukur nikmat hujan yang diturunkan Allah swt untuk bumi tercinta kita ni, 
Alhamdulillah telah berkurang juga jerebu di sini. Sangat-sangat bersyukur..

Eh..eh...bukan wordless dah nie..
melalut dah saya...tak per la, dah tak de story sangat kan..~~
citer aje la apa nak citer..hehe

Korang dah buat baju raya? Saya? owhhhh..
belum buat lagi...hahhaha....
Selagi tak masuk Ramadhan,
tu yang semangat nak raya belum ada..kekeke..

Sekian story dari zura@iwan untuk hari nie....(macam baca berita la pula..hahaha)

#tak mudah untuk menjadi yang terbaik...:), berusaha untuk menjadi yang terbaik!

Friday, April 26, 2013

Dah Lama Dah....:(

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera...

Jumaat kembali...entry jumaat lepas bertemu entry jumaat hari ini...hahaha...seminggu sekali update ...Peaceee!!

Sebenarnya "Dah lama dah"......nak stop blogging nie....tapi tak sampai hati...huhu...huwaaaaaaaa...

Sila jangan percaya statement di atas...tuan empunya blog masih lagi sedar diri...kekekeke...walaupun now bukan lagi blogger tegar...tapi "Dah Lama Dah"...nak tambah satu lagi baby....opssss ...

Balik pada cerita sebenar.....Dah lama dah.... ;

1) nak create blog khas untuk anak tersayang nie.....now dah berjaya create satu blog untuk Muhammad Aliff Irfan..simple blog tapi yang penting amat bernilai......


kalau ada yang sudi nak follow dan baca kisah-kisah Irfan dari kecil...meh klik kat link ni...Segalanya Tentang...,  header atas tu me hentam kromo je...hehehe, semasa me create blog untuk Irfan ni...terasa seronok pula, imbas kembali pabila tengok gambar-gambar Irfan masa kecil....terharu pula rasanya....

2) dan kemaskini bloglist.....dah selamat mengemaskini bloglist kat blog saya.....sorry pada sesiapa yang saya terlepas pandang...terdelete blog korang ke...sila inform saya k......


Sekian , wasalam....Happy weekend uols....

Love,Peaceee!
ZII


Friday, April 5, 2013

El BIRTHDAY GIVEAWAY BROOCH

Assalamualaikum....Salam Sejahtera...

Tengah tak de idea nak update apa...so cepat-cepat up entry giveway nie sebelum sampai tarikh akhir, sahabat kita El berbesar hati nak kasi cenderakasih untuk kita...tapi kena join la giveaway yang dianjurkan tue, bergantung pada rezeki yer...ada rezeki ada la...yang penting kena ada usaha ...hikss.

Ouchhhh...yang utamanya kat sini...nak wish birthday buat puan penganjur nie...

"Selamat ulangtahun kelahiran cayang El bucuk masham!hahaha...semoga sentiasa berbahgia bersama keluarga yang tercinta..dan sentiasa memperoleh kerberkatan dari Allah s.w.t" , esok kan birthday ko?

yang nak join meh klik link ni yer....El Giveway
 
 
Good luck pada diri sendiri...and thanks El sebab sudi buat giveway nie...moga luas rezeki ko yer...ameen...
 
Anyway selamat berhujung minggu pada kawan-kawan semua...semoga hari minggu ini dapat diisi dengan penuh kasih sayang...

Love,Peacee~
ZII

 
 

Friday, December 14, 2012

Top Commenters Blog Kak Ieda | Terima Kasih Kak!

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Sebelum tu saya nak minta maaf kat Kak Ieda...

sebab saya baru tengok letter box kelmarin...then tengok ada surat untuk saya, dari Kak Ieda 

 antara salah seorang yang bertuah dapat cenderahati dari Kak Ieda, kerna termasuk dalam senarai Top Pengomen di Blog My Life & My Forever Love pada bulan Oktober 2012...

Sangat Indah....Alhamdulillah bersyukur dengan pemberian Kak Ieda...tanda ikatan ukuwah antara kita....terima kasih banyak2 Kak...

Terima kasih gak kat kak sebab selalu gak datang blog saya ...hugss kak...:)


Thursday, September 20, 2012

Segmen||Bloglist Kesuma Angsana

Assalamualaikum.....

Oh ya....lama tak join Contest/GA/Segmen kt blog, dulu-dulu rajin juga la...... hari ni tak de apa sangat nak update, saya merajinkan diri untuk menjoinkan diri dalam Segmen yang dianjurkan oleh blogger kita yang dikenali sebagai Kesuma Angsana .

Saya baru aje mengenali KA..kenal di alam maya gak ler....dia rajin juga datang ziarah blog saya...begitu juga saya kadang-kadang ada masa saya ziarah blog KA juga....so dengan adanya Segmen yang dianjurkan oleh KA nie..bagi saya bagus untuk mengenali sahabat maya dengan lebih rapat.....betui tak KA? Saya nak join Segmen KA nie, sebab saya juga nak mengenali KA dengan lebih rapat juga.


Jom sama-sama memeriahkan Segmen ini dan yang nak mengenali KA sila la ke blog Kesuma Angsana, cepat-cepat selagi masa masih ada.....sebelum 26hb September 2012 jam 12tengahari tau!....

Terima kasih juga buat KA yang sudi mengenali saya ! Senyum Mesra...~_-

Tuesday, July 31, 2012

Sikit-sikit.. Lama-lama.. Jadi BUKIT!

Assalamualaikum....

Tak tau nak update apa nieh.....hahahaha...

Sikit-sikit, Lama-lama jadi Bukit.......tapi saya punya blog post nie....mcm tak jadi bukit pon...huhu..

Makin lama makin kurang gamaknya....huhu. Jeles taw tgk kengkawan rajin update...lgpon reader blog Zura@Iwan ni pun tak ramai..rasanya close fren aje kut yg dtg bertandang ke sini....hihi. 

Jangan salah faham....ini bukan minta simpati apa yer...saja luahan perasaan...hikss....lagipun bulan puasa ni, kurang la sikit berblogging tue...hehe..


Thursday, July 5, 2012

Saya | Seminggu Sudah!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu kembali jua kita....semoga sahabat2 sekalian sihat hendaknya...terima kasih pada zura@iwan readers yg sudi jengah ke blog ini...walaupun mmg jarang sekali berupdate!huhu. Blog nie tak la femes sperti blog2 lain...sbb blog nie jarang sekali nak BW or update...maafkan sy yer, yg tiggl jejak pun kdg2 sy tak sempat nk reply...I'm SORRY!

Alhamdulillah seminggu sudah! jangan salah anggap iyer!....seminggu sudah blog ini tak berupdate daa.....kahhh3x. Sekali sekala buat tajuk Gempaq....hahaha. Tp kalau ada apa slhnya...Amin, rezeki jgn ditolak kan. (ada juga segelintir yg b'tanya bleh kasi Irfan adik dah? hihihi...)InsyaAllah jika ada rezeki kan...tp rasanya maybe nak spend lama sikit ngan Hero kesayangan sy sorang nie....sian dier, tggu dia pun hampir2 kat 6thn gak...syukur ngan apa yg ada sekarang...


























[gmba copy paste dr Aunty Gieyana.com...tenkui Auntie]

Actually gian gk nieh nk menulis...tapi tak de idea,lgpon mak tak de camera..tiggl kat kg plak..huhu, camera hset cokia sy plak, dh kena hntr repair sbb rosak, so nganga je lah!hahaha...then yg sebab utamanya saya tak de masa gak skrg...family come first, right? Melayan karenah anak kecil sy nie....yg dah makin aktif seronok meneroka dunia dia sendiri...part his learning proces katakan...

Saya + hubby sgt seronok tengok perkembangan dier....di depan mata kita dia membesar dengan jayanya...time sakit tu mmg menduga jugak lah...biasala kan anak2 nak membesar, ayat kasi sedap hati jugak nie...ye la dugaan dr Allah mmg tak akan berhenti...kecil or besar ujian itu, dan cara kita mengatasinya. Yg penting sentiasa ingat pd Dia. 

**Nanti lah update entry psl Family Zura@Iwan join gathering kecilan di Nurul Ikan Bakar, last weekend. itupun gmba2 copy paste frm blog Gieyana.Com. saya minta izin!hehehe.

Wednesday, January 12, 2011

Transformasi Blog…hehe..

Sudah berjaya cat len setelah menggunakan google chrome….mozilla mmg tak dapat nak adjust2 cm ni...psl apa pun tarak taw...….hehe..
Untitled
Aahhhh….tak tau nak taruk kaler apa dahhh……nak tukar layout len amik masa plak…so cat je le…hehe…nanti boring2 plak tukar len arr..hehe…
Tu je la nak cakap....hahahaha....eh sakit mata korang tak? ckp jujur ek....hehe

Friday, January 7, 2011

Sudah Dua Tahun...

Adeiiiii....tak perasan plak....yang blog nie dah berusia 2 tahun yer. Start blogging 2/1/2009...baru lg le tue...hahaha.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 2 tahun blog Zura@Iwan...semoga blog ni akan kekal selamanya dan akan bertambah ahli keluarga..hehe..

Zura@Iwan nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua kengkawan blogger yang sudi menjadi sahabat kepada blog kami nie, yang sentiasa mengikuti cerita kami.....skrg follower blog nie dah 279 orang. Walaupun tak ramai macam blogger lain, ada yang smpi 1K org, ku tak kesah...tak kan kita nak memaksa kan....setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing2...hehehe.

Sejak berblogging nie...ku dapat berkenal2an dgn kawan2 baru...dari Penang or dr luar Penang....yg bestnya...kalu rajin join GA or Contest dpt hadiah lg tue...hikss.

Nuffnang tak penah b'peluang nak cash out lg nie....ye la...orang malas nak update & blogwalking cam ne nak nek Nuff tue...hehehe..

So...keep in blogging......and blogwalking .....

Friday, October 8, 2010

Saja nak tanya ni....hehehe..

As salam.....semoga semua kengkawan sihat2 belaka...dan ceria2 selalu ye.....

Hari ni hari jumaat....hari2 yang ditunggu pabila nak masuk weeken..bleh gituwww...kekeke, saja ada idea nak tulis kat sini...lagipun mata ni tengah stim2 je ni....mengantuk plak daaa...huhu...

Sebenarnya ada soalan nak tanya nie....jeng...jeng...jeng....tapi you all kena jawab dengan ikhlas & jujur yer...ahaksss...gempaq sangat ke soalan aku ni...hahaha..



Ai nak tanya you all.....you all kan suka terjah blog yang macam mana?

~member blog yang selalu update ke? cerita yang panjang2 ke? yang suka bercerita pasal anak2 ke?blog yang gambar cantik2 ke? or something like that le.......

~boleh tak share2 kat sini, tak de kena mengena dengan sesiapa ye, ai saja nak tahu ler......mana taw boleh improve lagi my blog ni...hikss.

~terima kasih banyak2 kerna sudi menjawab.....muahhhhhhhhhhh....

Friday, January 2, 2009

PeMbUkAaN My bLoG...

Alhamdullillah berjaya juga akhirnya menjoinkan diri dalam memblogging ni...kekeke...

Assalamualaikum....kepada semua rakan2 seperjuangan dlm bidang memblog ni dan visitor2, actually blog ni kebetulan free2 x buat apa kan so try la memblog ni....kononnya utk pembukaan 2009. Sblm ni ada terniat utk buat blog ni, tp segan maksudnya shy2 la...hahaha, lgpun zura x berapa pandai utk mereka cerita ni...menyusun ayat2 supaya enak dibaca. Moga2 blog zura dpt diterima oleh kalian semua..terima kasih...

Dengan ini, rasmilah laman blog zura&iwan.....actually nk launching 1/1/2009, but x sempat coz kan public holiday so jalan2 la..hehe.. Lagipun kebetulan hari ni 2/1/2009 adalah hari kelahiran abah zura yg ke 57thn, dh pencen pun abah....SELAMAT HARI LAHIR ABAH YG TERSAYANG...

hmm title blog km ceriterayanzur tu ciplak dari ceriterarajalawak......minat punya psl...kekeke.