♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Friday, September 20, 2013

Renungan : Saling Mengenali , Jangan Berhenti Berkenalan..

Assalamualaikum..Salam Hari Jumaat yang Mulia..

Apa kabar semua? harap sihat yer...hari ni kita tak tak de story apa, just nak sharing buat renungan pasangan yang dah berkahwin...renungan untuk saya juga.

Sumber dari link Blog nie..

SALING MENGENALI 
Mana-mana pasangan yang telah menempuh alam perkahwinan beberapa tahun lamanya pasti mengakui dengan penuh sedar bahawa cinta bukanlah segalanya di dalam rumahtangga. Sungguhpun kalimah cinta sebelum pernikahan banyak menjadi penyebab bertautnya jiwa uda dan dara untuk melayari bahtera rumahtangga melalui pernikahan, namun ia tidak akan dapat bertahan lama andai tiada usaha dilakukan bagi memastikan bunga-bunga cinta yang telah bersemi di awal perkahwinan itu terus berkembang indah, hidup subur dan mewangi sentiasa.

Tempoh hidup bersama memungkinkan suami dan isteri untuk masing-masing lebih mengenali. Sejak awal usia perkahwinan, dari sehari ke sehari semakin banyak maklumat tentang pasangan yang dapat diketahui; kelebihan dan kekurangannya, sifat dan tingkahlaku, juga perubahan watak dan reaksi pasangan terhadap sesuatu situasi yang berlaku.

PERUBAHAN
Sewajarnya, setiap pasangan perlu memahami dan menyedari bahawa pada awal perkahwinan, perasaan cinta dan rindu yang menguasai ketika itu hanyalah bersifat ‘kosmetik’ dan sementara sahaja, kerana ia belum diuji dan teruji. Rasa cinta pada fasa pertama itu hanya menggebu dengan diwarnai oleh sikap 'ingin dimiliki dan memiliki' terhadap pasangan masing-masing semata.

Manakala cinta yang menjalar secara perlahan-lahan seiring proses mengenali pasangan di sepanjang pelayaran bahtera perkahwinan, sangat berpotensi untuk lebih kekal dan kian mengental andai ditanggapi secara bijaksana, lantaran ia tumbuh dari ujian dan cabaran yang berencam bentuknya. Dari perasaan benci dan kasih yang bersilihganti, tawa dan tangis yang menambah makna yang akhirnya bersebati menjadi kasih sayang, menyemai kemesraan, rasa percaya sehingga menatijahkan hubungan yang bahagia, saling mengasihi dan menghargai.

MANUSIA BERUBAH
Hakikatnya, sangat sukar menemui seseorang yang dapat kekal dengan 'diri' yang sama selama hayatnya. Pertambahan usia, pengalaman hidup, perubahan persekitaran dan pertemuan dengan individu lain baik yang menjadi teman, rakan sekerja, jiran tetangga dan lain-lain mampu mengubah seseorang kepada ‘individu’ yang baru iaitu dengan merujuk kepada cara berfikir, keperibadian, kehidupan sosial bahkan sehingga gaya penampilan, cara bercakap dan seremeh panggilan nama juga turut mengalami perubahan.

Keadaan inilah yang memerlukan suami atau isteri untuk sentiasa ‘up-to-date’ terhadap pasangannya. Jika lalai, leka dan memandang sebelah mata sahaja, maka sudah pasti sebarang perubahan yang berlaku akan menular menjadi satu masalah yang menggugat keharmonian rumahtangga, lebih-lebih lagi jika perubahan itu ketara menjurus ke arah negatif dan tidak selari dengan tuntutan ILAHI.
 
 Firman ALLAH SWT :


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ
اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ


Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” ( Surah Al-Hujurat ayat 13 )

Seharusnya, suami dan isteri tetap perlu terus mengenali khususnya melalui komunikasi yang lancar dan saling terbuka. Sentiasa berkongsi cerita, serta menyatakan keinginan tanpa perlu berahsia, seterusnya berusaha untuk saling mengoptimumkan kelebihan masing-masing demi kerukunan perhubungan di samping tidak lupa memuhasabah kekurangan yang ada dan bersedia menerima kesilapan sendiri tanpa memanjangkan perdebatan atau merasa sakit hati.
 
JANGAN BERHENTI BERKENALAN

Terima kasih kepada Suamiku kerana memberi peluang diri ini untuk terus mengenalimu…

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Sayang dan terus menyayangi kamu kerna Allah SWT..

#insyaAllah mana yang mampu kita pratikkan ..yang penting sentiasa berdoa dan saling memahami..
# weekend ni out from Penang lagi....hehehe..memang tak lekat kat rumah la ko nie zura!hahaha..

 

10 comments:

+ e.z + said...

insyaallah.... dh lamer kenal pn rs cam x kenal lagi :)

Anum said...

setuju

wantie said...

aku sangat sangat sokong. terutama dalam hal perdebatan. jgn panjang panjangkan perdebatan.

atuk said...

Assalamualaikum Zura

Moga bahagia hingga ke Syurga

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

eB~

betui kan..
manusia kn ada berubah sikit2..hehe

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

HanuM~

thks2..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

wantie~

kalau berdebat pjg2 yg tkeluar segala abis tu..hehe

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Atuk~

wslm atuk..
ameen..
macih atuk

::NureeN:: said...

thx sharing...

betol la.. mcm eb ckp
mmm kadang dok pikiq soang2 kan..
makin tua makin ada yg berubah :P

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Nureen~

mmg beb...
kita konon dh kenal lama..
dh kawin pon dh lama..
tp still blm mengenali ..hehe..