♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Friday, September 6, 2013

Happy Weekend Uols..

Assalamualaikum...Salam Sejahtera,

Again..entry ke dua hari ini....kering idea ak weh!, ala suka hati la ko kering idea ke..ko tak update entry ke!bukan nak masuk exam pun..tak update pun tak per, hahaha. (ngek pe ko zura cakap sorang2..huhu).

Kesian..kesian...:)

Hari berganti hari...sian berganti malam, putaran alam yang sangat indah ...speechless, cepat masa berlalu kan..hihi

Happy weekend ye uols, pada yang kerja esok Sabtu...selamat berkerja...Iols dgn family maybe plan balik kampung en suami kat Kedah....mudah2an selamat perjalanan weols...Ameen..

Korang apa plan weekend ni? =_=

#Haihh every weekend asyik tak de kat rumah je nie...ni semua plan last minute le..

Kebahagiaan...

Assalamualaikum...
Salam Jumaat Yang Indah...

 Gambar sekadar hiasan..

 Menurut Saidina Ali Bin Abi Thalib RA, 7 kunci kebahagiaan adalah;
 
1.  Jangan membenci siapapun , walau ada yang menyalahi hakmu

2. Jangan pernah sedih berlebihan, sekalipun masalah memuncak

3. Hiduplah dalam kesederhanaan walau serba ada..

4. Berbuatlah kebaikan, sekalipun banyak musibah

5. Perbanyakkan memberi walaupun anda sedang susah

6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis

7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin..

#just sharing...good info for me also..

Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah:
  1. Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.

  2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.

  3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

  4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

  5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

  6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

  7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/08/7-kunci-kebahagian.html#sthash.CYXbK3qg.dpuf
  • Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.
  • - See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/08/7-kunci-kebahagian.html#sthash.CYXbK3qg.dpuf

    Thursday, September 5, 2013

    Urutan | Sakit Kepala..

    # credit to en suami sebab sudi cari info psl nie, dia tahu wife dia ni kerap gak sakit kepala..hihi, thks dear..

    Urutan legakan sakit kepala

    Apa yang ramai tidak tahu adalah 99 peratus urutan pada otot tepi leher atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil Sternocleidomastoid mampu mengurangkan gejala tersebut 

    Jadi, mengapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tidak cuba sapu pada otot tersebut. 

    Perkara ini dihuraikan oleh Ahli Terapi Senaman dan Urutan Sukan, Diane Sera Farhanah Sedik, yang turut menjelaskan bahawa sakit kepala yang diabaikan boleh menghasilkan simpulan otot.

    Simpulan tersebut katanya, boleh menjadikan sakit kepala berlarutan lebih lama.

    "Simpulan otot inilah yang menyebabkan sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang. Ini (simpulan otot) juga boleh terjadi hasil daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh," katanya.

    Menurut Diane Sera, titik punca itu menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang dan ketat.

    Ini mengehadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan tubuh lemah, pengurangan peredaran darah dan kesakitan.

    "Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh. Tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan. 

    "Memori otot ini boleh menghasilkan sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa tekanan fizikal dan emosi.

    "Titik punca adalah gambaran di mana teknik terapi boleh digunakan di situ untuk melegakan kesakitan kepala secara keseluruhan. 

    "Teknik ini telah diperkenalkan oleh Dr. Janet Travell dan David Simons malah diiktiraf oleh Akademi Pengurusan Sakit Amerika sebagai modul untuk rawatan sakit kepala," ujar Diane Sera yang turut menjadi tenaga pengajar senaman di Zaki Khan Dynamic Sdn. Bhd.

    Jelasnya, kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala dengan teknik urutan yang betul adalah tinggi.

    Katanya, terapi dengan mengenal pasti titik punca adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan.

    "Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang dari titik punca aktif yang terletak di bahagian atas belakang leher anda. Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian tengah kepala, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit (mata), ini dinamakan sakit di dalam tengkorak," jelasnya.

    Sakit kepala mata kabur

    Menurut Diane Sera lagi, gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh titik punca yang aktif dalam otot leher belakang dan tepi.

    "Pengaktifan dan pengekalan titik punca dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat secara tiba-tiba dan kedudukan postur badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama.

    "Satu lagi penyebab sakit kepala yang teruk adalah titik punca dalam simpulan otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dengan tulang selangka. Titik punca di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.

    "Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, pipi, tekak, belakang dan atas kepala," kata Diane. 

    "Apabila titik punca dikenalpasti, tekanan atau urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, urutan atau tekanan pada titik punca berkenaan dilakukan dengan lembut.

    "Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan perlahan-lahan.

    "Proses pengurutan pada titik punca dan regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi normal," katanya lagi. - NOOR FAZRINA KAMAL

    # sila minta suami tolong urutkn kalau sakit kepala yer...hahaha...kahhhh! jangan pkr lain plak yer...khamis mlm jumaat ni weh..hahaha..

    Sembang Kosong ..=_=

    Assalamualaikum..Salam Sejahtera,

    Esok Jumaat, wahhh jap je dah nak cuti hujung minggu yer. 
    Esok pun dah akhir Syawal...habis la raya sebulan yer? hikss..
    Korang ada open house lagi ke? 
    Ak ni sepanjang Syawal...tak dapat lagi jemputan open house, 
    Terjah ziarah raya rumah orang ada la..hahaha
    Tak per yang penting tali persaudaraan sesama islam tak putus kan? 
    Walaupun tak sempat nak pergi ziarah raya rumah kengkawan, 
    Tapi lepas Syawal pun boleh aje nak ziarah, tak kan nak tunggu raya aje baru nak ziarah..hikss.

    Eh bulan ni banyak gak dapat undangan kenduri kahwin!
    Baru ni pun dah pergi satu kenduri kat Bukit Mertajam...
    Start next weekend berderet2 jemputan kenduri, 
    InshaAllah tak de apa2 halangan..dapat pergi, tapi semuanya area utara je lah. 

    Iklan japp......

     Satay beli kat Abah (suami pengasuh Irfan),dinner semalam la ni...memang sedap satay dia, sapa teringin nak makan satay, try la beli kat depan flat Taman Seri Damai, Batu Lanchang tu..hehe..bukan promote ni tapi nak bagitaw..hahahaha..

    Aliff Irfan nie...Mak mengasuh dia jual satay, jadi kadang2 tu...sampai Irfan pun dah berbau satay, kahhh! tengok selamba je dia makan Satay, lama2 kamu ni peminat satay la Irfan..kui3x..

    Saja selit pasal satay....sembang kosong katakan...
    Tempek la cerita apa pon..
    Asalkan tak menyentuh hati dah perasaan orang sudah..ngee,.

    Dalam hati ni ..beriya2 nak pergi holiday,
    Tapi ongkos tak berapa nak memberangsangkan..
    So kita postpone la...huhu..
    Pasang angan2 dah ler...:)
    Syukur ..tak semua dapat kesenangan macam apa yg kita ada skrg..
    Tapi kalau tak berusaha, tak dapat juga kan..

    Satu lagi...dah lama benarnya nak berhijrah
    Berhijrah pindah rumah..
    Berhijrah cari kerja lain...
    Tapi, belum ada rezeki..
    Nak kata usaha..dah usaha..
    Apa2 pon..uSaha+tawakal+doa..
    Redhaa..

    opsss terlebih sudah...ok lah Makcik2, Pakcik2 semua...
    melalut kosong apa la aku ni kan...
    anyway....be happy! think positive!

    Thanks all~Peacee~
     
    Wednesday, September 4, 2013

    D'King Mee Udang, Sungai Petani | Family Gathering Sahabat2 Suami

    Assalamualaikum..Salam Sejahtera, tak de Wordless Wednessday hari nie..huhu

    Teringat2 lagi mee udang kat sini..haihhhh...memang sedap weh!
    Second time datang makan kat sini...pertama kali sila review link k..kali ni gathering bersama sahabat2 hubby, sahabat beliau masa sekolah dulu.

    opssss...belum ready la!hahaha

    En suami yang suggest kat kawan dia gathering kat sini, Kira 1-2 tahun sekali kut akan buat gathering cam ni...Last berkumpul dulu, 2 tahun lepas rasanya, masa tu ak pon tak pregnant lagi..hehe

     tapi tu la...masa kitaorang mai sini...kan hujan plak tu, then dorang now tengah renovation gak..macam berselerak sikit la ..huu

     cari port baik punya untuk kami ahli yang ramai nie..haha..

     dulu tak meriah lagi cam nie, ..now anak2 pun dah bertambah, Alhamdulillah bertambah umat islam..

     sebaya dengan Irfan gak nie...Irfan ni kita nak amik gambar dia lari plak...hehe..

     order mee udang 5 mangkuk....kita tunggu je noh, maybe lambat sikit sampai..sebab ramai daa...

     Iklan ubat gigi...kahhhh! weh ak nmpk mokmok ..dagu berlapis....huhu..

     best friend en suami....from school until now, inshaAllah..

     cedok jangan tak cedok...5 mangkuk besar taw bukan mangkuk kecil...memang puas hati, semua dpt rasa..

     time to feel the food...jangan kacau, tapi biasa la...ada anak2 ni, memang kadang2 terbantut nak makan...hahaha.. berlari ke sana ke mari dorang....tak per mau relax noh..haha

     ada udang di sebalik mee lah! en suami la ni, snap tak tunjuk udang besar tu ha...hehe..tapi memang sedap la, kawan2 hubby pun cakap sini sedap...better than tempat yang kitaorang pergi makan mee udang 2 tahun lepas...

     last but no least..5 buah keluarga semuanya....adoyai! tiang ni potong stim betul, hehehe.. Irfan pula tak mau turun, huhu..kita shoot n snap again!

    ak nak gelak sat! hahahahahhahaha.....susunan dalam gambar nie, tinggi ~ rendah! nak gelak ak n suami tengok balik gmbr ni..kakakaka..shhhhhhhhh! jangan gelak...tgk serius muka aku kan? hahaha..

    Apa2 pon memang best kumpul reramai nie, kalau dipanjangkan usia...berjumpa lagi kita...Ameen..
    En suami regret gak nie, sebab lupa nak amik gambar 5 sekawan bersama anak masing2 yang juga sebaya..insyaAllah membesar nanti kawan baik macam bapa2 dorang...Ameen..

    Masa ni...aku keletihan gak, sebelum datang dinner kat D'King ni...dorang datang lepak rumah kitaorang dulu, singgah solat magrib ...lepas tu baru konvoi bersama ke destinasi cari makan..rush hour ak dibuatnya, sebab nak kemas rumah sama sebelum balik Penang, nak tinggal rumah SP tu...nampaknya memang tak sempat juga nak sapu rumah bagai....tak per, kita balik SP len kali...weekend ni kan ada..hehe. Tapi seronok pula rasanya...meriah kawan2 datang rumah, lagipun pertama kali dorang datang rumah kitaorang...:), lain kali datang lagi yer...lepak lama sikit...hehe..