♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Wednesday, July 24, 2013

Just Sharing | Tips Kebahagian Anak..


Assalamualaikum..Salam Sejahtera,
Just sharing ye kengkawan...tips berguna untuk saya juga...

 Tips Kebahagian Anak by Prof. Dr. Muhaya

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.


2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.


3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.


4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.


5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.


6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.


7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .


8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]


9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.


10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya


 Sharing is Loving...:)

Tuesday, July 23, 2013

Hari Minggu Lepak di Penang..

Assalamualaikum..Salam Sejahtera,
Alhamdulillah bertemu lagi yer..tak update 2-3 hari rasa macam tak selesa pula..hikss. Tak tahu nak update apa mak nie...tu yang kosong je..hikss..

Hari nie baru terpikir nak story gak sikit kisah hari minggu kitaorang.Baru ni cuti hujung minggu, kita lepak di Penang jer. Sabtu plan mencari baju melayu anak dan bapak, tahun lepas kita tempah..tahun nie beli ready made je lah..tak sempat nak cari kain sebenarnya...hehe. Kitaorang keluar lepas Asar dah pun..suami dah cakap kita makan kat luar, memang tak masak la hari tu..malam masak untuk sahur je noh.


kat luar umah kitaorang ..ada dorang buka kedai jual makanan sempena bulan puasa nie, hari tu try kasi Irfan lepat pisang, tengok dia suka gak..so hari kitaorang keluar tu belikan lagi lepat pisang nie untuk bekal kat Irfan, takut dia lapar..walhal sebelum keluar dia dah balun nasi 2x..hahaha..Alhamdulillah..


kitaorang pergi tesco tanjung pinang...kat sana besar sikit tesco dia, kat sini misi mencari baju melayu gak..Alhamdulillah jumpa..dan memang tak banyak memilih, berkenan terus ambil size trykan kat Irfan..bapaknya dah tahu size tak payah try...nak cepat, Irfan nie tak boleh tunggu lama-lama, suka boring..tu pun dah berlari ke sana ke mari...huhu. Dah la time puasa...penat mengejar dia je..haha..

dah habis beli belah ..time untuk berbuka, kita berbuka kat dalam Tesco ni gak....western food kitaorang hari tu...hehehe..


 My Hero..sayang selamanya..

 hero kecil nie..dia bedal dulu..azan pun belum..haha..

 chicken chop my hubby..

 spagetthi si isteri punya...hehe. ice cream pun ada taw..balun sampai 2-3 kali..hikss.

Story Ahad..tak de gambar mak snap....malasss...huhu..kita lepakking kat rumah, makan kat rumah....hohoho...itu aje lah nak cerita....

# tak sabar nak balik berbuka puasa dengan my family weekend ni..insyaAllah...
Tadaaa.....selamat berblogging
Peaceee!

Wednesday, July 17, 2013

Chenta Hati Mama dan Baba..

Assalamualaikum..Salam Sejahtera,

Zura in the house! SMILE..


Alhamdulillah, pagi tadi dapat bersahur ikan sardin goreng + daging masak kicap..
Simple but sedap...suami yang tak banyak karenah bab makan. No worries!


 Nak citer pasal hero sorang nie....wahhh nampak smart dia sekarang sejak potong rambut gitu..ngeee.

asyik puji dia , "cewahh..smart la Irfan" dia mula la perasan..kahhh!

 dah besar dah dia...kalau keluar berjalan, bukan dia berjalan..dia berlari okeh...huhu. risau gak, kadang-kadang tak terkejar saya...

ada satu hari tu..tengah membeli barang, dia boleh berlari-lari ke mana hala tujuan pun tak tau, Mama dia ni kejar ...lari-lari anak la gitu, sebab Irfan nie..kalau kita kejar dia laju..lagi laju dia lari...hahahaha..

 Seronok la dapat naik mainan token nie...dah tahu kalau nampak tempat nie, huhu..bijak kamu wahai anak!

Melayan karenah anak-anak memang tak jemu..kadang-kadang memang la menguji juga kita, dugaan membesar anak -anak nie..lain orang lain ragamnya..Anugerah Allah yang tak ternilai, bagi kengkawan yang belum rezeki untuk mempunyai zuriat janganlah bersedih yer...saya penah lalui dalam situasi anda, jangan cepat putus asa, sentiasa meminta kepada Dia yang Maha Esa. * risau gak asyik cerita pasal anak ada yang akan terasa...maaf yer.

#Happy Cooking....time bulan puasa ni, memang ramai kengkawan yang pakat menunjukkan bakat memasing di rumah...memasak! hihihi..Alhamdulillah, itu lebih afdal kan, insyaAllah dapat pahala masak untuk orang puasa...Ameen.

#Teringin gak nak berbuka puasa buffet di hotel..hehe..

Sekian cerita dari saya....
Smile , Peacee~

Tuesday, July 16, 2013

Kerabu Daging Simple..

Assalamualaikum..

segan benarnya nak share resepi pasal masakan kat blog nie..sebab sebelum ni tak pernah lagi la up entry resepi masakan ...huhu
memandangkan ramai gak kengkawan yang nak tahu resepi kerabu daging kat entry sebelum nie, dengan rela hati saya share kat sini.

Saya pun belajar dari arwah Mak Mertua, air tangan seorang ibu pasti lebih sedap kan.


Memang simple tak perlu mengoreng atau menumis...orang yang terrer masak sure kata, "ala kacang je ni" hikss. Okeh!


Kerabu Daging Simple

Bahan-bahan:
(sukatan ikut suka hati korang untuk makan berapa orang..hihi)
Daging
Bawang Besar
Batang Serai
Bunga Kantan
Cili Padi
Tomato
Limau nipis
Gula
Garam
Salad

Cara-Cara:
Daging korang rebus la sampai empuk (aku letak sudu kasi lembut daging), daging dah lembut boleh la potong nipis-nipis yer. 
Sementara tunggu daging direbus..korang potong nipis-nipis kesemua bahan bawang besar, batang serai, bunga kantan dan cili padi . Tomato potong la 4 bahagian.
Kemudian campur daging dan bahan lain ke dalam mangkuk yang sesuai...taruk gula + garam dan perah limau nipis dalam mangkuk tu...gaul kesemuanya...ikut rasa masam manis korang la, apa tak puas hati tambah yer..hehe..
Dah siap taruk la dalam pinggan, salad sebagai perhiasan...okeh Done!

#paham tak korang? tak susah kan..hehe..

terima kasih...sekian 

1 tahun 9 bulan : Rambut Baru..Rambut Raya..hehe...

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...

Alhamdulillah kelmarin anak Mama dan Baba dah genap 1 tahun 9 bulan, besar dan cergas dia...semakin aktif dengan cara dia...perkembangan normal biasa anak-anak baya Irfan yer.



Semoga Irfan menjadi anak yang soleh, bijak, hormat orang tua dan pandai berdikari..Ameen..

Irfan ni jarang sekali nak potong rambut, rasanya masuk ni baru 3kali potong kut. Rambut tak lebat..jenis lurus, kadang-kadang sayang nak potong gak. Bila dah mula panjang, rimas tengok kena belakang tengkuk dia, Mama kalut suruh potong, yang Baba suruh simpan panjang..kahhh! Irfan pula jenis suka menggaru kalau berpeluh..adeii...tu pasal kena potong gak.

Baru la nampak smart iya dak..lagipun pegi potong rambut kat kawan Baba dia..tak payah pegi kedai..hikss.


 Amboi-amboi siap dah pandai cakap phone tu...risau Babanya, takut jatuh handphone tu..habis la...huhu..

 Handsome dak saya? hahaha...

 Cute la dia....

Tak per la kita puji anak sendiri kan....anak-anak kawan kita pun semua comey!

Kerja Baba la ni..buat rambut pacak, taruk air.....last-last tak jadi pacak gak, sebab dia jatuh ke asal..kahhhh!

Rambut baru..sekali rambut raya la noh Irfan..kekeke...

Sekian...cerita sikit pasal Irfan kat sini...nak tau story Irfan pegi la kat blog Irfan yer..
Terima kasih...Peacee~


#ada yang request resepi kerabu daging yer..nanti saya share kt blog yer..thks..