# credit to en suami sebab sudi cari info psl nie, dia tahu wife dia ni kerap gak sakit kepala..hihi, thks dear..
Urutan legakan sakit kepala
Apa yang ramai tidak tahu adalah 99 peratus
urutan pada otot tepi leher atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil Sternocleidomastoid
mampu mengurangkan gejala tersebut
Jadi, mengapa perlu sapu minyak angin pada
kepala? Kenapa tidak cuba
sapu pada otot tersebut.
Perkara ini dihuraikan oleh Ahli Terapi Senaman
dan Urutan Sukan, Diane Sera Farhanah
Sedik, yang turut menjelaskan bahawa sakit kepala yang diabaikan boleh
menghasilkan simpulan otot.
Simpulan tersebut katanya, boleh menjadikan
sakit kepala berlarutan lebih lama.
"Simpulan otot inilah yang menyebabkan
sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang. Ini
(simpulan otot) juga boleh terjadi hasil daripada titik punca di
bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh," katanya.
Menurut Diane Sera, titik punca itu menyebabkan
otot menjadi lebih pendek, tegang dan ketat.
Ini mengehadkan fungsi dan pergerakan otot yang
menyebabkan tubuh lemah, pengurangan peredaran darah dan kesakitan.
"Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh.
Tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan.
"Memori otot ini boleh menghasilkan sakit
yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa
tekanan fizikal dan emosi.
"Titik punca adalah gambaran di mana teknik
terapi boleh digunakan di situ untuk melegakan kesakitan kepala secara
keseluruhan.
"Teknik ini telah diperkenalkan oleh Dr.
Janet Travell dan David Simons malah diiktiraf oleh Akademi Pengurusan Sakit
Amerika sebagai modul untuk rawatan sakit kepala," ujar Diane Sera yang
turut menjadi tenaga pengajar senaman di Zaki Khan Dynamic Sdn. Bhd.
Jelasnya, kebarangkalian kejayaan dalam merawat
sakit kepala dengan teknik urutan yang betul adalah tinggi.
Katanya, terapi dengan mengenal pasti titik punca
adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan.
"Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata
boleh datang dari titik punca aktif yang terletak di bahagian atas belakang
leher anda. Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian
tengah kepala, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit
(mata), ini dinamakan sakit di dalam tengkorak," jelasnya.
Sakit kepala mata kabur
Menurut Diane Sera lagi, gejala sakit kepala dan
sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh titik punca
yang aktif dalam otot leher belakang dan tepi.
"Pengaktifan dan pengekalan titik punca
dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat secara tiba-tiba
dan kedudukan postur badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama.
"Satu lagi penyebab sakit kepala yang teruk
adalah titik punca dalam simpulan otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua
bahagian yang sternal dan berhubung dengan tulang selangka. Titik punca di
setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.
"Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata
(migrain optik), di dalam telinga, pipi, tekak, belakang dan atas kepala,"
kata Diane.
"Apabila titik punca dikenalpasti, tekanan
atau urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, urutan atau tekanan pada titik
punca berkenaan dilakukan dengan lembut.
"Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan
perlahan-lahan.
"Proses pengurutan pada titik punca dan
regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi
normal," katanya lagi. - NOOR
FAZRINA KAMAL
# sila minta suami tolong urutkn kalau sakit kepala yer...hahaha...kahhhh! jangan pkr lain plak yer...khamis mlm jumaat ni weh..hahaha..
7 comments:
kebetulan aku tgh sakit kepala ni
so aku urut blkg leher aku ni
kurang skit sakitnya..so pasni xyah sapu myk angin kt kepala tu..letak kt blkg leher..
thx for the info
great sharing
TQ dik ! .. akk suke nie ;)
el~
ye ke?
try amalkan k..
insyaAllah mulakn dgn bismillah..
Hanum~
:)
k.ieda~
sm2 kak..
oo.. pas ni kena urut kat leher. dok urut kat pala patutla tak lega.
buh kokyok kat leher boleh tak tuk hilangkan sakit kepala?
Post a Comment