♥♥♥Zura&Iwan - New Entry♥♥♥

Friday, June 21, 2013

Tazkirah Jumaat | Berzikir..

BERZIKIR SEMASA BEKERJA

Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan, tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan.Walaupun mudah tetapi ramai yang gagal melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian. Punca atau sebab selalu terlupa berzikir adalah kerana lalai dan kerana tidak dibiasakan amalan berzikir.


Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57). Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)

Demikianlah amalan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah diucapkan.

8 comments:

OKje said...

Terima kasih keran mengingatkan Okje Zura

Dee said...

amalan yg baik tu sis..berzikirlah..

nad said...

Buat renungan bersama...
Tq kak!

Anonymous said...

very gd sharing ni tq yer !

Unknown said...

bagus sbb igtkan..moga2 jd amaln kita seharian..

wantie said...

time reja kekadang je aku buat. sebab hg tau la ku reja mcm mana kan.

Tapi kalau time bawak motor memang aku akan berzikir. jauh gak nak sampai umah. so dapat banyak jugak le..

wantie said...

thanks beb jawab teka teki aku.
good luck yer

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

sama2...
insyaAllah sm2 kita amalkan..