Pages

Tuesday, July 30, 2013

Sengeh Ha Depa..

Assalamualaikum..Salam Sejahtera
Ramadhan yang ke 21 dah kita..Cepat masa berlalu kan..
Sayu bila masa Ramadhan makin hampir meninggalkan kita..:(

Saja nak sharing picture anak dan bapa nie...
Sengeh je dorang , bila mama suruh posing...hahaha..

 Rambut dah nak sama anak dan bapa..

 ....happy mama tengok kamu ketawa gitu sayang!

 amboi bapa nya pun layan taw..sengeh...kahhhh...nasib baik ada gigi...

bagus...sehati sejiwa, dua-dua sengeh tunjuk gigi....kahhhh!

mama sengeh memang nampak dah gigi...gigi kapak dua kuntum, kui kui...

Ketawa bila gembira..Menangis bila sedih...kawan gembira dan sedih adalah mereka berdua...
Keluarga lah segalanya....Love them so Much, terima kasih Ya Allah kerana pemberian yang terindah ini..pinjaman pemberian nikmat kebahgiaan dariMu..syukur Alhamdulillah.

Sekian dari kami hari nie....terima kasih singgah sini..
Peacee!


#sambil layan lagu hari raya...ambil mood, 
tak de mood nak raya katanya...bj raya Irfan pun tak beli lagi..huhu


Monday, July 29, 2013

Cerita Hari Cuti kami..

Assalamualaikum..Salam Sejahtera...

#Short entry...

Balik kampung...Jumaat, Sabtu dan Ahad...Kakak sulung ada, Adik no 2 pun balik cuma sorang lagi adik tak dapat balik, duduk jauh di perantauan ..tunggu raya baru jumpa, insyaAllah


 Jumaat petang after habis service kereta dan beli barang kt Tesco...Mama dan Baba bawa Irfan balik kampung Mama..

 Irfan suka duduk depan..kadang-kadang tak bagi Mama duduk depan, Mama juga beralah duduk belakang..sabar je kamu nie..

 Lebuhraya Juru yang tak banyak kereta...smooth jer..

 Exit tol Serdang...

Kakak Ain main bunga api di malam hari...Irfan? takut lagi..huhu

 dapat makan puding caramel mak buat..balance berniaga kat Bazar ....makan supper, sedap haihh..


 Sabtu pagi..pergi market dengan Kakak saya...lama tak keluar berdua gini...huhu...

 lepak anak saudara dengan sepupu..amboi irfan kaki tu...mengebat!

 Lepas tu kita konvoi dua kereta ke Parit Buntar...shopping kat sana..hehe..

Ahad masing-masing dah gerak balik ke destinasi masing-masing...saya hantar adik ke Taiping, dia nak balik Ipoh...

On the way balik ke Penang daaa...rasanya time balik ni..i dan Irfan tertidur sudah...mengantuk sangat...sian en suami sorang-sorang bawa kereta, i tak tahan dah..huhu

kalau balik berbuka kat kampung...memang la meriah , meriah dengan makanan dan suasana...best sangat...syukur Alhamdulillah...dapat gak berbuka puasa dengan my family...

#semua pic kat atas snap by camera handset je..camera cinonet ada gak snap, tapi tak sempat nak transfer lagi...huhu..

Sekian cerita singkat from us....terima kasih singgah sini..

Thursday, July 25, 2013

Balik Kampung wooo..wooo Balik Kampung..

Assalamualaikum..Salam Sejahtera

Esok uols cuti yer? Nuzul Al-Quran..Ai pun cuti juga..hihihi..

Saya insyaAllah nak balik my kampung pula...hari tu dah balik berbuka puasa dengan mertua.Lagipun this year turn beraya di rumah mertua. Orang time raya baru balik kampung...baru ada feel raya tu kan? hahaha..dah dekat kampung tu, balik selagi boleh la..hiksss. Saya memang suka balik kampung...even rumah parent or in law tak macam kampung, masing-masing duk rumah taman..huhu, yang penting dapat bersama-sama keluarga.

Korang dah apply cuti raya? saya sudah..:), Baju Raya korang dah beli? saya dah settle baju raya untuk dipakai raya pertama...sedondon gitu..auwww~ yang lain tak shopping lagi lah...nanti la beli, lagipun nak beli untuk Irfan je lagi. Rumah saya tak raya pun, lagipun time raya semua pakat balik kampung...pakai je mana yang ada la..selagi elok barang tu, pakai je selagi tak buruk..kekeke..

picture tuan tanah sekadar penyeri majlis..hahaha..

Haihhh...puasa belum habis lagi, sibuk cerita pasal raya..huhu, ibadah di bulan puasa yang penting yer...

Balik kampung....wooo...wooo Balik kampung, esok nak balik...Irfan pun sure excited, sebab lama gak tak balik kampung saya..last month kut last balik. Nak pergi jenguk mak berniaga di Bazar Ramadhan kat pekan Selama juga, semoga berjalan lancar perniagaan mak. 

Terima kasih yer uols sudi singgah blog yang macam biskut nie, opss bulan puasa..hikss. Ai kadang-kadang tak sempat nak terjah blog uols..sorry yer.  

Happy holiday...Selamat Menjalani Ibadah Puasa.. 
#Syukur Alhamdulillah masih mempunyai Mak dan Abah..dan juga Ayah Mertua.

Wednesday, July 24, 2013

Just Sharing | Tips Kebahagian Anak..


Assalamualaikum..Salam Sejahtera,
Just sharing ye kengkawan...tips berguna untuk saya juga...

 Tips Kebahagian Anak by Prof. Dr. Muhaya

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.


2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.


3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.


4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.


5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.


6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.


7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .


8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]


9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.


10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya


 Sharing is Loving...:)

Tuesday, July 23, 2013

Hari Minggu Lepak di Penang..

Assalamualaikum..Salam Sejahtera,
Alhamdulillah bertemu lagi yer..tak update 2-3 hari rasa macam tak selesa pula..hikss. Tak tahu nak update apa mak nie...tu yang kosong je..hikss..

Hari nie baru terpikir nak story gak sikit kisah hari minggu kitaorang.Baru ni cuti hujung minggu, kita lepak di Penang jer. Sabtu plan mencari baju melayu anak dan bapak, tahun lepas kita tempah..tahun nie beli ready made je lah..tak sempat nak cari kain sebenarnya...hehe. Kitaorang keluar lepas Asar dah pun..suami dah cakap kita makan kat luar, memang tak masak la hari tu..malam masak untuk sahur je noh.


kat luar umah kitaorang ..ada dorang buka kedai jual makanan sempena bulan puasa nie, hari tu try kasi Irfan lepat pisang, tengok dia suka gak..so hari kitaorang keluar tu belikan lagi lepat pisang nie untuk bekal kat Irfan, takut dia lapar..walhal sebelum keluar dia dah balun nasi 2x..hahaha..Alhamdulillah..


kitaorang pergi tesco tanjung pinang...kat sana besar sikit tesco dia, kat sini misi mencari baju melayu gak..Alhamdulillah jumpa..dan memang tak banyak memilih, berkenan terus ambil size trykan kat Irfan..bapaknya dah tahu size tak payah try...nak cepat, Irfan nie tak boleh tunggu lama-lama, suka boring..tu pun dah berlari ke sana ke mari...huhu. Dah la time puasa...penat mengejar dia je..haha..

dah habis beli belah ..time untuk berbuka, kita berbuka kat dalam Tesco ni gak....western food kitaorang hari tu...hehehe..


 My Hero..sayang selamanya..

 hero kecil nie..dia bedal dulu..azan pun belum..haha..

 chicken chop my hubby..

 spagetthi si isteri punya...hehe. ice cream pun ada taw..balun sampai 2-3 kali..hikss.

Story Ahad..tak de gambar mak snap....malasss...huhu..kita lepakking kat rumah, makan kat rumah....hohoho...itu aje lah nak cerita....

# tak sabar nak balik berbuka puasa dengan my family weekend ni..insyaAllah...
Tadaaa.....selamat berblogging
Peaceee!

Wednesday, July 17, 2013

Chenta Hati Mama dan Baba..

Assalamualaikum..Salam Sejahtera,

Zura in the house! SMILE..


Alhamdulillah, pagi tadi dapat bersahur ikan sardin goreng + daging masak kicap..
Simple but sedap...suami yang tak banyak karenah bab makan. No worries!


 Nak citer pasal hero sorang nie....wahhh nampak smart dia sekarang sejak potong rambut gitu..ngeee.

asyik puji dia , "cewahh..smart la Irfan" dia mula la perasan..kahhh!

 dah besar dah dia...kalau keluar berjalan, bukan dia berjalan..dia berlari okeh...huhu. risau gak, kadang-kadang tak terkejar saya...

ada satu hari tu..tengah membeli barang, dia boleh berlari-lari ke mana hala tujuan pun tak tau, Mama dia ni kejar ...lari-lari anak la gitu, sebab Irfan nie..kalau kita kejar dia laju..lagi laju dia lari...hahahaha..

 Seronok la dapat naik mainan token nie...dah tahu kalau nampak tempat nie, huhu..bijak kamu wahai anak!

Melayan karenah anak-anak memang tak jemu..kadang-kadang memang la menguji juga kita, dugaan membesar anak -anak nie..lain orang lain ragamnya..Anugerah Allah yang tak ternilai, bagi kengkawan yang belum rezeki untuk mempunyai zuriat janganlah bersedih yer...saya penah lalui dalam situasi anda, jangan cepat putus asa, sentiasa meminta kepada Dia yang Maha Esa. * risau gak asyik cerita pasal anak ada yang akan terasa...maaf yer.

#Happy Cooking....time bulan puasa ni, memang ramai kengkawan yang pakat menunjukkan bakat memasing di rumah...memasak! hihihi..Alhamdulillah, itu lebih afdal kan, insyaAllah dapat pahala masak untuk orang puasa...Ameen.

#Teringin gak nak berbuka puasa buffet di hotel..hehe..

Sekian cerita dari saya....
Smile , Peacee~

Tuesday, July 16, 2013

Kerabu Daging Simple..

Assalamualaikum..

segan benarnya nak share resepi pasal masakan kat blog nie..sebab sebelum ni tak pernah lagi la up entry resepi masakan ...huhu
memandangkan ramai gak kengkawan yang nak tahu resepi kerabu daging kat entry sebelum nie, dengan rela hati saya share kat sini.

Saya pun belajar dari arwah Mak Mertua, air tangan seorang ibu pasti lebih sedap kan.


Memang simple tak perlu mengoreng atau menumis...orang yang terrer masak sure kata, "ala kacang je ni" hikss. Okeh!


Kerabu Daging Simple

Bahan-bahan:
(sukatan ikut suka hati korang untuk makan berapa orang..hihi)
Daging
Bawang Besar
Batang Serai
Bunga Kantan
Cili Padi
Tomato
Limau nipis
Gula
Garam
Salad

Cara-Cara:
Daging korang rebus la sampai empuk (aku letak sudu kasi lembut daging), daging dah lembut boleh la potong nipis-nipis yer. 
Sementara tunggu daging direbus..korang potong nipis-nipis kesemua bahan bawang besar, batang serai, bunga kantan dan cili padi . Tomato potong la 4 bahagian.
Kemudian campur daging dan bahan lain ke dalam mangkuk yang sesuai...taruk gula + garam dan perah limau nipis dalam mangkuk tu...gaul kesemuanya...ikut rasa masam manis korang la, apa tak puas hati tambah yer..hehe..
Dah siap taruk la dalam pinggan, salad sebagai perhiasan...okeh Done!

#paham tak korang? tak susah kan..hehe..

terima kasih...sekian 

1 tahun 9 bulan : Rambut Baru..Rambut Raya..hehe...

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...

Alhamdulillah kelmarin anak Mama dan Baba dah genap 1 tahun 9 bulan, besar dan cergas dia...semakin aktif dengan cara dia...perkembangan normal biasa anak-anak baya Irfan yer.



Semoga Irfan menjadi anak yang soleh, bijak, hormat orang tua dan pandai berdikari..Ameen..

Irfan ni jarang sekali nak potong rambut, rasanya masuk ni baru 3kali potong kut. Rambut tak lebat..jenis lurus, kadang-kadang sayang nak potong gak. Bila dah mula panjang, rimas tengok kena belakang tengkuk dia, Mama kalut suruh potong, yang Baba suruh simpan panjang..kahhh! Irfan pula jenis suka menggaru kalau berpeluh..adeii...tu pasal kena potong gak.

Baru la nampak smart iya dak..lagipun pegi potong rambut kat kawan Baba dia..tak payah pegi kedai..hikss.


 Amboi-amboi siap dah pandai cakap phone tu...risau Babanya, takut jatuh handphone tu..habis la...huhu..

 Handsome dak saya? hahaha...

 Cute la dia....

Tak per la kita puji anak sendiri kan....anak-anak kawan kita pun semua comey!

Kerja Baba la ni..buat rambut pacak, taruk air.....last-last tak jadi pacak gak, sebab dia jatuh ke asal..kahhhh!

Rambut baru..sekali rambut raya la noh Irfan..kekeke...

Sekian...cerita sikit pasal Irfan kat sini...nak tau story Irfan pegi la kat blog Irfan yer..
Terima kasih...Peacee~


#ada yang request resepi kerabu daging yer..nanti saya share kt blog yer..thks..

Monday, July 15, 2013

Minggu pertama hari cuti, berbuka puasa di kampung..

Assalamualaikum wbt..Salam Hari Isnin..
Alhamdulillah bertemu lagi kita di hari Isnin..

Blog ni kadang kalanya slow down sikit, maybe bulan puasa ..
dan ada kalanya entry tak banyak cerita sangat...
straight to the point...ahaksss...

Hari cuti je dapat nak balik berbuka kat kampung pun..
Kali ni kita berbuka puasa bersama Ayah mertua dan Adik Ipar di Baling dulu..

Maaf ada gambar makanan kat bawah...auwww! jangan terliur
Jarang sekali blog ni nak tayang gambar makanan hasil dari masakan sendiri..huhu..
Bukan tak masak tapi masak biasa-biasa je segan nak tayang...huhu..

Hari sabtu plan balik berbuka puasa di Baling, 
saya bagitahu suami nak masak sikit untuk lauk pauk berbuka nanti..


 Kerabu daging, Alhamdulillah menjadi gak la.....Kerabu daging ni, sebenarnya saya belajar dari arwah mak mertua...en suami tersentuh gak, maafkan saya..memang selalu  gak le, arwah akan buat Kerabu daging ni...huhu..(el..memang lembut benor la daging aku..thks noh sharing..)

 satu lagi hasil masakan saya...Ayam goreng kicap, dan ada menu tambahan gak sambal belacan + ulam petai...hihi, sampai sahur makan yang sama...hikss..

Kenangan...pernah duduk kat berek polis nie...dan di sinilah berlangsungnya hari persandingan saya dan en suami....hihi..
Hari Ahad, On the way nak balik dari Baling ~ Penang....teringat nak ambil gambar Balai Polis Baling..kahhhh! sempat lagi la kan..haha..


 cam mana la gambar ni jadi macam nie..hehe, nak capture gambar bukit Baling tu sebenarnya...tapi tak jadi..kekeke..


 Acara wajib gak nie...setiap kali balik kampung..kalau sempat singgah Sungai Petani. (sorry gambar gelap la pula..tak buka lampu...hehehe)


 Kena gerak balik dah ke Penang, so kena cari makanan habuan untuk berbuka dalam kereta, kita singgah Bazar Ramadhan di Taman Sejati, SP...memang ramai..tapi tu la...Bazar ni tepi jalan...bahaya gak haihhh...Bazar Ramadhan kat Bandar Puteri Jaya pun ada, tapi jammed kereta banyak...takut lambat nak balik..huhu..

Setakat ni menu untuk lauk pauk nasi...memang masak, selagi mampu, insyaAllah, buat selagi daya...en suami tu, masak simple nasi + goreng telur untuk bersahur pun ok ...Alhamdulillah dia tak kisah. Cuma kuih muih or teringin sesuatu yang tak dapat nak buat je cari kat Bazar Ramadhan..

InsyaAllah cuti lain kali kita berbuka puasa di kampung saya pula di Selama, Perak...:)

Sekian...sedikit perkongsian cerita family kecil kami pada hari minggu baru ni..
Terima kasih singgah...Peacee~

#Irfan dah masuk 1 tahun 9 bulan hari ni..Alhamdulillah...

Friday, July 12, 2013

Salam Jumaat..

Assalamualaikum wbt...Salam Sejahtera.

Alhamdulillah bertemu kembali penghulu segala hari, hari Jumaat .

 Allah always know the best for me....

Gembiranya!...ni gambar raya tahun lepas dan gambar ni gak yang menang Pandora Bracelet tu, jangan salah faham, bukan excited nak raya...tapi entahlah rasa sayu dan terharu tengok picture nie...speechless!

Terima kasih Ya Allah...sesungguhnya aku insan yang kerdil di sisi Mu, berikan ku kekuatan supaya sentiasa dekat di sisi Mu..Ameen..

Apa-apa pun SMILE!

#Happy weekend uols...jom balik berbuka puasa di kampung, insyaAllah kalau jadi balik Baling, kampung suami saya...hehe..



Thursday, July 11, 2013

Hari Isnin Masih Di Kampung

Assalamualaikum wbt..Salam Hari Khamis,

Puasa hari ke dua kita hari ini....Alhamdulillah..

(sambungan dari entry kelmarin yer..)
Story hari isnin, masih berada di kampung saya

Petang baru bertolak ke Penang, 

Tapi kita singgah home sweet home kita dulu di Sungai Petani, 

Jenguk sebentar,  tengok apa patut...:)

Actually nak keluar awal tapi hujan lebat + guruh + kilat di Selama, 

So kita tunggu sampai hujan renyai-renyai baru keluar...

On the way ke Sungai Petani...suasana petang yang gelap....

Lepak SP sebentar, menunaikan solat magrib ...melepaskan hajat 

Lepas tu bertolak ke Penang dengan perasaan "duduk rumah sendiri kan bestt!" hahaha...

#entry ke laut dah haihhh....merepek sudah...ayat pun entah apa-apa...

Sekian terima kasih...Peacee!

Wednesday, July 10, 2013

Balik Kampung | Celebrate Birthday Ain In Advance..

Assalamualaikum...Salam Ramadhan,
Hari Pertama kita berpuasa di bulan Ramadhan,
Alhamdulillah semoga dipermudahkan ..Ameen..

Maaf la yer...entry weekend tak habis lagi,
Kelmarin story pasal hari Sabtu,
Hari nie sambung story hari Ahad pula yer...

Maaf juga kalau entry ni mengandungi gambar-gambar makanan,
Tak de niat nak menunjuk sebenarnya..I'm sorry!..

Pagi Ahad tu sempat la juga masak nasi goreng dulu untuk sarapan,
Siap-siap barang semua, kul 11 lebih baru bertolak dari Penang..
Sampai di Selama, Perak dah tengahari gitu..rehat-rehat kejap...then, kita makan lunch pula....
Balik kampung ni, sebab my Sis dah inform awal-awal kalau boleh nak celebrate sekali birthday Ain, anak saudara kita yang perempuan sorang ni...Celebrate awal, actually birthday Ain 11hb Julai...time puasa...hehe..

 Petang baru kita buat makan-makan untuk birthday girl nie...bengkang roti dan pizza hasil tangan mak dan my Sis..kek tu my Sis yang order .

Irfan sebut "Peace" hahaha...kek tu muslimah ag, siap pakai tudung..hehe..

 Nie baru betui Peacee! tapi Irfan tak jadi ha Peace dia..kekeke..

 My Ayong dan Adik Bongsu Cula 

 Amboi Ain ni...siap buat jelingan maut ag...kakaka..

 sedapnya Opah suap dia makan....

 Family my Ayong....semoga bahagia selamanya

 rock tul Ain ni..kekeke..lawak pula tu..kakaka..Ain dah 6 tahun , tahun depan dah masuk darjah 1 taw...be a good girl yer...semoga menjadi anak yang solehah..ameen..

 apa yang seronok sangat tu Irfan, main hadiah kakak Ain Opah kasi...sibuk dia pun nak...hahaha..

Nie kek hasil tangan Mak kita, my Sis order untuk bawa ke sekolah Ain pula...comey haihhh..hehe

"Allah selamatkan kamu....Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Nurain Najwa...Allah selamatkan kamu..."

Makan sampai sengkak perut eden hari tu...adoyaiii...memang kenyang, tambah-tambah balik kampung kan..tapi Mak kita sibuk sikit, sebab buat preparation untuk buka bazar ramadhan di Pekan Selama, tu yang tak dapat nak masak sangat bila time kitaorang balik. So kena la masak sendiri saya dan kakak....ok le, janji balik kampung makan bersama Mak dan Abah...

InsyaAllah nanti nak balik gak berbuka puasa di kampung...nasib baik kampung dekat la kan...area utara gak..hehe..

Wasalam..itu cerita hari Ahad...