Sumber : luvislam
Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
1) Bersangka baik dengan Allah s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah
merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat
anugerah Allah s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa
mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah
menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam
ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
2) Bersangka baik dengan Allah s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”
Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh
anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama
doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat.
Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak.
Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah,
puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah s.w.t. yang
hebat ini.
#Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh
zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat,
maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan
tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri
anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi
zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Sharing Is Caring...
Thanks for reading !
## kadang kala terimbas juga kenangan dulu.....saya tak pernah lupa dugaan ujian kepada saya dan suami untuk memiliki zuriat...hanya Allah yang Maha Mengetahui...
amin...moga dipermudahkan
ReplyDeleteuitss... dah tak baor nak berempat ke?
ReplyDeletethnaks for sharing. mana tau aku nak berlima plak dalam masa terdekat ni. gedik gak ni nak jadi mak buyung.
tq sharing dis..
ReplyDeleteInsyaAllah.. hrp blh diamalkn..
amin
ReplyDeletethanks sharing mana tau aku berenam plak (tiru ayat anna aka wantie) kahhhh
ReplyDeletetq gd sharing ni utk semua
ReplyDeletecikmot~
ReplyDeleteameen...
wantie~
ReplyDeletetk de la weh..
sj teringat dulu masa sblm dpt Irfan..mmg dugaan bg aku..hehe..
Leily~
ReplyDeletewc..
thks..
Anum~
ReplyDeleteAmeen..
el~
ReplyDeletehahaha..
hgpa ni...kecitu plak..
tp kalau hgpa nk tmbh..Alhamdulillah..dialu2kan..
KA~~
ReplyDeletewc..
sm2 kita amalkan..
amin.. saya dah jenuh membaca ayat ni.. moga2 tahun 2013 ni allah makbulkan permintaan kami
ReplyDeleteIn sha Allah..
ReplyDeleteMoga siapa2 yg bhajat utk itu dpt jadikan ini sbg panduan..
Diarihatiku~
ReplyDeletetak per diari..
in sha Allah..
satu hari nnti Allah akan makbulkan doa kalian...
kena byk bsbr dan sentiasa meminta padaNya..
mamalieya~
ReplyDeleteameen....
amin
ReplyDeleteinsyaa Allah
sape yg tak kepingin zuriatnya jdi org yg baik na soleh..
*tingin nak kembo.agak2 dapat tak?!!
*ahahah!angan2!
Ayu~
ReplyDeleteaku pun ada gk tingin nk ank kembor..hehe