Pages

Wednesday, January 30, 2013

Photoshoot Potrait Family | My Big Family

Assalamualaikum wbt...
Salam Sejahtera..

Inilah kisah di sebalik entry Blue...I Liked nie, family besar saya berpakaian sedondon color biru......hehe..

Lagi gambar-gambar photoshoot hari tu bersama keluarga besar saya, hasilnya sangat cantik...pertama kali family berphotoshoot dalam studio..sangat best!kenangan yang tak dapat dilupa...Alhamdulillah photoshoot nie adalah hadiah kemenangan Ayong saya, Ayong memenangi contest yang dianjurkan oleh Dettol di Facebook..rezeki kakak saya, kitaorang dapat tumpang sekali....:), Alhamdulillah tahniah Ayong, rajin join contest....berbaloi-baloi..hehe


 My Big Family....Ayong+Family, Ayang, Achik, Angah+Family, 
 Mak, Abah dan Adik..

 Mak dan Abah tersayang....(serius haihh Abah...pencen polis katakan..kekeke)

 Ayong's family....

 My Small family...Angah...

Dua orang cucu kesayangan dalam family nie.....Alhamdulillah....comey kamu berdua...Irfan + Ain...

#memang ada gelak ketawa la masa photoshoot nie....tambah-tambah ragam si Irfan nie, susah gak nak beri kerjasama, asyik nak berlari ke sana ke sini dia....bila cameraman suruh pandang camera, dia bukan mau...jenuh kitaorang buat lawak depan camera pun ada....kahhhh! at last...gambar Irfan memang tak berapa nak jadi.....tapi tetap lawa la..

#Teringin nak buat outdoor photoshoot pula...hehe..

Terima kasih singgah sini...
Love+Peace
Zura@Iwan

Wordless Wednesday | Family Photo


cantik tak! tapi..irfan tak senyum..huhu..

I'll never stop dreaming that one day we can be a real family, together, all of us laughing and talking, loving and understanding, not looking at the past but only to the future.


# more photos...next entry...:)
#owhh...story trip postpone, gambar belum transfer, maaf yer..diharap kawan-kawan bersabar ..hehe..


Love, Peace
Zura@Iwan

Tuesday, January 29, 2013

Welcome Back!

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Alhamdulillah selamat sampai ke Penang, Malaysia tanah air ku....semalam around 10.30 sampai rumah. Trip 5 hari 4 malam yang sangat best, memang penat..biasala kalau bercuti kat mana-mana pun balik dari bercuti sure penat, sebab asyik berjalan je...haha. Walaupun kali nie bukan kitaorang yang drive, driver bas yang bawa....tapi penat duduk atas bas gak, turun naik bas....makan ..jalan..makan... jalan..hahaha.

 muka penat saya di hari pertama bekerja....huhu..tapi hati tetap ceria...hehe, (mata kelipok-kelipok gak nie...mengantukkk...huhu)

atas bas..perjalanan yang mengambil masa yang panjang juga, tetapi we all transit-transit gak...3 hotel we all check in...Krabi-Phuket-Hatyai...wahhh macam pasangan baru kahwin dorang kata, iyo la...honeymoon kan...wakakaka..

Lama tak naik bas...sesekali pergi bercuti gini best gak,....tapi kalau bawa baby mau dia boring gak nieh, better bawa kereta sendiri kalau nak bawa baby...tak per, lagipun dah tahu tempat...insha Allah one day pergi Hatyai naik kereta, sebab dari Border tu nak masuk Hatyai tak jauh sangat.....:)

Yang best juga...dapat pengalaman baru...dapat kawan baru....semua sporting.

Nanti berkesempatan saya share story kat sini yer....balik semalam tak sempat nak transfer gambar.

# rindu segalanya di Malaysia...tambah2 rindukan Irfan yg tersayang....rindu masakan malaysia, 5 hari di sana...asyik dijamu Tom Yam Gong je..kakaka..

Terima kasih pada yang sudi singgah sini :)

Love, Peace
Zura@Iwan..

Wednesday, January 23, 2013

First Trip For Year 2013

Assalamualaikum...



Salam Maulidur Rasul....kepada yang diberi cuti, selamat bercuti..sama-sama kita bersalawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W walau di mana kita berada, tempat kerja saya memang tak gazet..huhu , tapi saya akan bercuti juga..memang kena ambil cuti walau macam mana pun ...:)

Start esok sampai 28 Januari,  saya  In sha Allah akan berada di luar kawasan....percutian pertama kitaorang di awal tahun 2013..hihihi..

mungkin akan berada di salah satu, dua or tiga tempat dalam map nie.. wuhuhu..

Doakan perjalanan kami berdua.. pergi dan pulang dengan selamat...Ameen. Trip ni bukan naik flight yer, kitaorang naik bus...huhu, (teringat zaman sekolah dulu, pernah mengikuti rombongan lawatan sekolah..best, tapi kali ni rombongan orang dewasa pula...hikss)

Enjoy your holiday untuk kalian yang pergi bercuti-cuti  dan ...begitu juga untuk kami berdua, hope we also enjoy the holiday...... in sha Allah, Irfan pun akan bercuti-cuti di kampung , sure dia seronok...sebab ada Opah, Atuk, Cula dan Mak Yang ..mereka orang tersayang Mama yang akan jaga Irfan okeh...:)


Terima kasih yang sudi menjengah di sini...

I'm happy just the way I'am
Love:Peace Yoo!

Wordless Wednesday | Burger...

Dah dua kali try makan burger nie....hmmmm..bagi tekak saya biasa-biasa aje kut..huhu, kalau tidak dinner hari tu nak terjah try makan Zul Burger gergasi yang femes masuk Majalah 3 kat area bukit jambul sana, tapi dek kerna ramai orang sangat beratur...we all cari burger NZ Hot Stone sajok.....hehe. 
In sha Allah tunggu balik dari cuti-cuti we all akan terjah Burger Gergasi!...kakakaka..
Quote of the day - "The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up." - Mark Twain

Tuesday, January 22, 2013

Doa Memohon Zuriat

Sumber : luvislam
Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
1)   Bersangka baik dengan Allah s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: 
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” 
Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
2)  Bersangka baik dengan Allah s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: 
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” 
Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. 
Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah s.w.t. yang hebat ini.
 
#Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Sharing Is Caring...

Thanks for reading !

## kadang kala terimbas juga kenangan dulu.....saya tak pernah lupa dugaan ujian kepada saya dan suami untuk memiliki zuriat...hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Monday, January 21, 2013

Kuatkan Hati

Owhhhh dah bergenang airmata...saya tahan..dan tahan....rupanya ia jatuh jua...

Rupanya saya tak kuat...Ya Allah engkau berikanku kekuatan...untuk aku mengharunginya...

Hati kecil seorang wanita....memang tak dapat dikawal, menitiskan airmata salah satu untuk melepaskan segala yang terpendam....


#entahla sejak akhir-akhir ini, rasa sedih semacam...hehehe..
#please... mana perginya mood happy nie....think positive ok! you can do it!

Trip to ChiangMaiLoasMyammar | Part 3

Assalamualaikum..

rasanya ni part last kut....gambar-gambar terpilih dan dipilih sajok yang tempek kat sini, kalau rajin boleh refer Part 1 dan Part 2 yer..

melawat gajah-gajah...en suami tak naik gajah pun...layannnnzzzz...

 gajah tengah mandi yer...hehe..

 Maesa Elephant Camp..

 tengok pertunjukan sekumpulan gajah bermain "football" hehe..

 alamak...silap pose la...kahhhh!

 melawat kilang buat kain sutera pula..

 jadi la kain sutera..cantikkkk...

 proses membuat suratkhabar dan payung...

 Payung....hehe

gambar reramai...

insha-Allah saya pula nanti akan join bersama suami mengikuti rombongan cik kiah gini..kekekeke.  first time saya nak cari pengalaman bersama-sama trip macam ni, en suami dah pernah. Trip yang dianjurkan oleh Agen pelancongan yang sama, tapi pergi tempat yang lain pula....hehe. Thats why tak boleh bawa baby, sebab trip ni hanya untuk orang-orang dewasa dan memerlukan masa yang cergas.....:)

en suami kata habuan saya, dia nak bawa saya sebab sebagai hadiah untuk saya, anggap ia sebagai hadiah anniversary kitaorang baru ni,  ewahhhh..kuikui......Alhamdulillah terima kasih sayang....nanti ada rezeki bawa  Irfan cuti-cuti pula..itu pasti okeh.. Irfan paham punya...hiksss..

Actually trip ni, pada mulanya nak buat pada bulan februari sempena birthday saya....tapi di anjak tarikhnya buat awal pula...ok la tu...hadiah jugakk....syukur...:)


#adeii..semua picture tak sempat nak taruk watermark..huhu..jangan copy yer...


Sayang Saya!

 Sahabat di kala susah senang bersama....sahabat terbaik saya...:)

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

(haihh suka la pula lagu nie...."Sayang" nyanyian Shae)

nak ambil mood happy!nak pergi bercuti tak mau mood sedih-sedih yer...:)

Sayang Irfan....nanti Mama dan Papa akan sentiasa bertanya khabar sayang yer...dont worry, kami sentiasa ingat kamu...:), Kerna Ku Sayang Kamu!

Saturday, January 19, 2013

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka, Seringkali mendatangi kita, Itukah suratan dalam kehidupan, Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan, Persoalan hidup dan pilihan, Sedang kejujuran semakin berkurang, Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan, Dengan berbagai pilihan, Mengapa sering terjadi, Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan,, Menghadapi masa depan, Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini, Bagi diriku amat bererti, Tetapi ku bimbang untuk menyatakan, Bimbangkan berulang kesilapan

 (picture sekadar hiasan)


Throughout life people will make you mad, disrespect you and treat you bad. Let God deal with the things they do, cause hate in your heart will consume you too.
  ~Will Smirth~ 

Friday, January 18, 2013

Trip To ChiangMaiLoasMyammar | Part 2

Assalamualaikum..

Lama gak tertangguh nak sambung update gambar-gambar kenangan Trip en suami pergi ChiangMai~Loas~Myammar bulan November tahun lepas..huhu, so mari saya sambung..hehe

Part 1 boleh refer kat sini yer.. Trip To ChiangMai | Part 1 

En Suami tak de masa nak cerita details, dia suruh tempek gambar je...kekeke..

 Naik bot nak ke Loas ..

 Air ubat ...huhu..

 Ha...di sini boleh sopping handbang yang murah-murah..hikss

Melawat perkampungan penduduk leher panjang..

 Korang tengok berat besi tu brp? 4kg ++ tu...adeiii..

 ehem..ehem...en suami bersama gadis bertelinga labuh...hehe..

 Macam-macam selendang ada..hehe..

 Okeh...habis jelajah perkampungan tradisional penduduk leher dan telinga panjang........

Bersambung naik gajah pula yer.....next entry...hikss

Terima kasih sudi singgah sini...:)


#happy weekend uols...
#inshaAllah berjumpa kita nanti hari isnin....

Kerana Zalora...

Assalamualaikum...

 (picture blurr ..cepat2 nk amik gmbr dia jerit..kakaka)

Kelakar betul hero kecil sorang ni....tiba-tiba je dia jerit, terkejut kitaorang..rupanya dia tgk iklan Zalora kat tv secara spontan ikut si perempuan tu menjerit...wakakakkaa..

Gelak kami suami isteri....kahhhhh!


Thursday, January 17, 2013

New Looks of Irfan

"Handsome la anak sapa tu?" Putih pula tu"
Sorang budak laki sebagai waiter di salah sebuah kedai makan menegur..hehe..

Kembang la mak pak Irfan tu...hahaha...Alhamdulillah orang memuji, syukur dengan anugerah yang comel ini.

Sebenarnya perubahan terbaru Irfan ni menampakkan kelainannya,  setelah 1 tahun 3 bulan baru nak potong rambut, last potong masa cukur rambut baby dulu..hehehe..

Bukan tak nak potong, tapi rambut Irfan jenis halus mulus, yang panjang belah belakang je...depan nipis, so sayang biar sampai sekarang... baru ni, saya buat keputusan bagitahu en suami...potong la sikit rambut Irfan tu dah panjang kat belakang, kesian dia berpeluh rimas...en suami minta tolong kawan dia potongkan rambut Irfan, adjust sikit-sikit je...rambut dia kan tak lebat sangat....hehe..

Now Irfan nampak bam-bam la plak...hehe..

 Asyik panggil "Ikan..Ikan" 


 Haihhh...galak gak budak ni, mengorat budak perempuan yang ambil order makan..sabar je dia.....kakaka..

 Comey...kakaka...sebelah tu Handsome...kuikuikui...tak puji satgi jeles pula...kahhh!

Saya pun macam nak potong rambut ler...last potong masa lepas pantang dulu, adeiii lama gak tu...patut asyik sakit kepala kut...hehe. Then rambut asyik gugur je...tak larat nak mengutip kat lantai...huhu.


Terima kasih menyinggah!

I'm happy just the way I'am
Love:Peace