STROKE SERANGANNYA SUKAR DIRAMAL
STROKE atau juga dikenali sebagai angin ahmar jika meyerang akan menyebabkan mangsanya lemah, lumpuh dan boleh menjadi penyebab kepada kematian. Mangsa stroke mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah badan atau keseluruhannya.
Ramai yang mengetahui kewujudan penyakit ini tetapi tidak ramai yang mengetahui sejauhmana ia boleh menyerang dan kekerapan serangannya terhadap mangsa. Faktor umum penyebab stroke ialah apabila pembuluh darah diserang penyakit yang mengganggu pengaliran darah ke otak. Seterusnya bahagian tersebut akan terjejas dan berhenti berfungsi.
Serangan stroke secara tiba-tiba ini membuatkan si mangsa tidak mengalami sebarang tanda amaran kedatangan penyakit ini sehinggalah tiba waktunya dia mengalami rasa lemah-lemah dan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan.
Lemah dan lumpuh akibat stroke ini akan menyebabkan mangsa mengalami kesukaran untuk bercakap atau kemungkinan kehilangan terus keupayaan bercakap atau dikenali sebagai aphasia. Antara masalah lain ialah kemungkinan berlakunya gangguan pada bahagian otak yang lebih penting peranannya.
Bagaimanapun bukan semua jenis stroke akan menyebabkan lumpuh. Ini kerana gangguan saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan. Bagaimanapun kes begini jarang berlaku dan hampir 85 peratus mangsa stroke akan mengalami masalah kekejangan saraf dan otot yang membawa kepada lumpuh sementara atau kekal.
PENYEBAB STROKE
SAMA seperti bahagian tubuh yang lain, otak harus menerima bekalan berterusan melalui pembuluh darah dan arteri. Jika salah satu daripada arteri tersumbat, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan mati kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan pemakanan otak yang biasanya dibawa bersama di dalam darah.
Adakalanya keadaan stroke menjadi semakin serius apabila pembuluh darah yang berselirat di otak menyebabkan ia berkait antara satu sama lain. Ini menjadikan bahagian otak yang tidak mati turut mengalami kerosakkan disebabkan oleh perkaitan tersebut.
Teriadinya pecah pembuluh darah di otak juga menjadi penyebab kepada serangan stroke. Bila ini berlaku, darah akan mengalir dalam tekanan yang amat rendah hingga merosakkan bahagian saraf yang seharusnya menerima oksigen secukupnya.
PENYAKIT
HALANGAN arteri di dalam otak boleh juga berpunca daripada beberapa penyakit pembuluh itu sendiri yang akan menyebabkan pembuluh tersumbat. Darah yang membeku boleh menjadi punca ia tersekat dan ini dipanggil cerebral embolism. Manakala Throm-bosis atau pembekuan darah berlaku apabila arteri disekat oleh lemak yang melekat di dinding arteri.
Embolisms boleh disebabkan oleh penyakit jantung atau gangguan pada arteri utama. Penyakit jantung dan stroke berkait antara satu sama lain. Banyak bukti menunjukkan beberapa jenis serangan jantung akan menyebabkan stroke pada si mangsa.
Manakala bagi penyakit cerebral haemorrhages iaitu salur darah pecah juga boleh menjadi punca stroke. Dinding salur darah yang tidak kuat dipanggil aneurysms akan pecah apabila menerima tekanan darah yang lebih tinggi daripada biasa. Tekanan darah tinggi juga memberi kesan pada ketahanan dinding pembuluh darah.
Sesetengah orang mempunyai risiko yang lebih tnggi untuk mendapat stroke berbanding yang lain. Golongan manakah yang mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang stroke? Selain pesakit jantung, mereka yang mengidap penyakit diabetis, tekanan darah dan kolestrol tinggi serta seorang perokok merupakan mereka yang paling berisiko untuk mendapat stroke. Ramai beranggapan faktor keturunan sebagai punca penyakit stroke tetapi ternyata masih tidak terdapat sebararg bukti tentang faktor ini.
TANDA
SESETENGAH pesakit akan mengalami petanda dan amaran beberapa minggu atau bulan sebelum diserang stroke yang serius. Biasanya tanda-tanda ini termasuklah rasa lemah anggota badan {sebelah kiri atau kanan badan) dan pandangan mata yang beransur kabur. Bagaimanapun kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang tanda amaran bagi membolehkan mereka menjalani rawatan.
Cuma yang mungkin dapat dirasai pesakit ialah apabila mereka dapati sebelah badan terasa sakit dan lemah sehingga membawa kepada lumpuh. Begitu juga dengan kehilangan keupayaan bercakap dan apabila bertutur semakin sukar difahami.
Tidak ada apa yang lebih mengembirakan kepada para pesakit kronik seperfi stroke apabila mempunyai harapan untuk sembuh begitu juga sekiranya mendapat tahu tentang penemuan baru untuk menyembuhkan penyakit yang dideritai.
TERAPI SONOTRON HARAPAN
MANGSA STROKE
BIASANYA rawatan untuk stroke bergantung kepada sejauhmana seriusnya kerosakan otak yang dialami oleh pesakit. Bagi pesakit stroke mereka biasanya akan menjalani beberapa siri rawatan untuk memulihkan anggota yang lemah atau lumpuh.
Terapi Sonotron merupakan satu kaedah baru yang dijangka memberi harapan sembuh kepada pesakit stroke. Bagi Pengarah Pusat Kesihatan Pelajar UPM, Dr. Yahya Abu Ahmad kejayaan mengaplikasikan alat yang dinamakan Terapi Sonotron kepada pesakit stroke dapat memberi sinar baru kepada setiap pesakit stroke biarpun masih belum diisytiharkan keberkesanannya secara umum.
Sonotron adalah rawatan tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan. Sebelum ini kaedah sonotron hanya digunakan untuk mereka yang mengidap sakit sendi dan otot. Alat ini dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit dengan cepat hanya dengan sekali rawatan.
Bagi mangsa stroke mereka biasanya akan menjalani rawatan dan terapi selama tiga bulan hingga dua tahun. Menurut Dr. Yahya rawatan terapi Sonotron membantu mempercepatkan kaedah rawatan bahagian fizikal terutama di bahagian sendi. Rawatan terapi ini akan mengambil masa satu hingga dua jam untuk setiap kali rawatan. Pancaran Sonotron merangsang pemulihan urat saraf dan sel-sel yang kian rosak.
Terapi ini akan memberi tumpuan pada bahagian sendi yang bermasalah dan juga kawasan otak yang dijangka menjadi punca stroke berlaku. Dari kalian yang dilakukan terapi Sonotron ini berjaya menunjukkan tindak balas memuaskan di mana seorang pesakit telah menunjukkan tanda-tanda untuk pulih setelah menjalani 28 sesi rawatan menggunakan terapi ini.
NONA, JULAI 1996, M/S 132-133
***********************************************************************************************************
~ Sebagai info untuk aku dan semua.....bila terkena & dialami sendiri baru nak cari info2 mcm ni kan....kadang2 mende nak jadi kita pun tak tau...
~ Maybe hubby nak try discuss with doctor nak minta transfer MIL ke hospital Penang, senang sket sbb anak2 ramai duk Penang kan..
~ Semalam tertido atas sofa sampai ke pagi.....hahaha.....dengan tv terbuka ko....adeiiii..
doakan yang terbaik tuk MIL akak..amin...
ReplyDeleteMIL ang mmg x sedarkan diri langsung ker? ang MIL..ku FIL yg sakit...moga diaorang cepat sembuh..
ReplyDeletebahaya woo strok, pakcik ieda strok sampai mata pon takleh bukak
ReplyDeletePurple~
ReplyDeletemaceh eida...cepat2 la sembuh...
Gie~
ReplyDeletedia separuh sedar beb...mata buka, tp duk melilau...tu arr....FIL hg sakit darah tiggi gk kan?
Ieda~
ReplyDeleteMIL akak lemah gk ritu...skrg dh buka mata sket..tp x separuh sedar le...kdg2 stroke ni bleh sembuh dgn bgtg pada kekuatan pesakit kan..
strike memang bahaya. kena jaga org stroke ni elok elok. takut pulak sat kena jangkitan kat belakang tu sebab terlalu lama berbaring...
ReplyDeleteAku simpati ngan hang. mil kita ni dok pakat pakat sakit. kita kenalah banyak berdoa. utk hang & aku jugak k.
wantie~
ReplyDeletemmg pon weyy...sbb dia x leh gerakkan diri sdiri....duk tbaring jer...tu km adik badik rajin alih2 dia...massage kaki tgn dia supaya x jam saraf2 tu.. pasal baring tu, laki aku dh minta depa taruk ripple mattress utk elakkan dr jd jgkitan kt blkg.
sm2 kita bdoa la kan....hrp2 Allah sembuhkan pyakit MIL2 kita kan...
TQ kongsi info..
ReplyDeletesemoga mak nya cepat sihat. insyaAllah...
Kak alona~
ReplyDeletesharing is caring...hehe
maceh kak..
uish mmg bahaya stroke ni..kalu smpai tahap pengsan n xsedar lgsung..hope MIL ko akn sembuh la..
ReplyDeletesuziey~
ReplyDeleteskrg mil aku dh buka mata..tp kaki tgn still lemah..x leh ckp...sparuh sedar...thks beb...aku hrp sgt2 MIL aku sembuh...
teruk sgt ker zura MIL tu ..
ReplyDeleteakak ada tanya mak akak .. strok nie akan kena sekali seumur hidup kita .. tapi bukan semua akan kena ..
dan mak akak ada btahu ada ayat alquran utk halang dari kena strok nie .. tapi akak x pernah lagi baca ... mak akak dah hafal ayat tuu
semoga MIL zura cepat2 sembuh ya ..
kak ieda~
ReplyDeletentahla nk kata kak...tp x penah jd cm tu, rasa cm teruk ler...sbb x leh ckp, bdn mmg lemah x leh gerak...tbaring jerk... dia sbb darah tiggi nek mdadak kak...bleh jd stroke...
apa ayat alquran tu kak? kitaorg duk baca Yassin agar dpt menyembuhkan pyakit mak mentua tu..
thks ye kak...
Stroke nie kalau nak menyerang bukannya..dia akan bagi kita signal ke apa..dan2 jer dia dtg.. so kena laa.. berhati2 dan makan kena jaga.. tapi kalau dah ditakdirkan nak wat cam na kan..
ReplyDeleteOooo..MIL ko kena stroke..be careful tau ngan stroke ni..kita x leh duga kesannya..MIL leh kena ni sbb jatuh or tiba2 ek..
ReplyDeletehope MIL ko cepat sembuh..
tq info ni..
ReplyDeletemoga MIL zura cpt sembuh...AMIN..
arwah tok nureen pon lps operation kat perut (gastrik)lumpuh sebelah kanan sblm meninggal...
Rinna~
ReplyDeletebetui kak..x jgka kan nk jadi..redha je la...semua ini ada hikmahnya..anak2 la kerna bkorban sket kan...
MamaAyinIzzara~
ReplyDeleteaahh doc kata kena stroke...dia x jatuh ieda...tiba2 jerk....mmg kena jg leklok la lps ni..mkn x leh mcm2...
Nureen~
ReplyDeletesm2 yer...
maceh2..hrp2 dia cpt sembuh..
zura, thanks kasi info ni..my mom pun pernah kena sekali 10 tahun dulu kut..jaga mertua elok2..moga cepat sembuh..
ReplyDeletemintak dijauhkan
ReplyDeletecukup risau tiap kali nak beranak klu kena strok.
even satu dlm sejuta tapi mintak dijauhkan..
mujur jugak brnk dua2 ni c sect.
yg no 3 nnti last tu mesti kena c sect pastu ikat.haiyah!
Semoga kita dijauhi dari penyakit ini...amin...amin...amin...
ReplyDeleteMija~
ReplyDeleteooo penah kena ek? then skrg ok dh ke?
mudah2an my mil cepat sembuh...
Sid~
ReplyDeleteriso wooo....dia mai x gtau.....huhu...hrp2 mil cepat sembuh...amin.....
nk banak pon leh kenal stroke ek?
UmmiRosma~
ReplyDeleteamin..........
Cik EPal~
ReplyDeletethks dear.....
smga lekas sembuh ye mil akk
ReplyDeleteFarra~
ReplyDeleteamin....thks farra