Pages

Monday, November 22, 2010

Pengorbanan...

Salam kembali..rasa2nya lama sangat tak berblogging ni, tak de cerita dan aku yang dalam mood ala2 tak berapa gembira sket. Ku yang happy selalu...tapi dengan perkara yang berlaku menimpa diriku & suami baru2 ni, membuatkan mood nak happy sangat2 jadi hambar., sayu...sorry you all...bukan ku meminta simpati, tapi inilah sebenarnya perasaan yang dialamiku sekarang. Selagi ibu mertuaku masih belum pulih sepenuhnya, hatiku tak tenteram....huhu.

Pengorbanan....ye memang kena dengan hari raya aidiladha yang disambut tahun ini..pengorbanan seorang anak iaitu Suamiku yang sanggup mengambil cuti panjang untuk menjaga ibunya tanpa mengeluh, masa yang dikorbankan untuk merawat ibu yang terlantar di katil, pengorbanan aku & suami yang terpaksa berpisah buat sementara waktu...huhu. InsyaAllah mudah2an pengorbanan ini, mendapat keberkatan dariNya. Kami saling membantu di saat ini, pesakit stroke memang ketika ini kita perlu jaga dia macam nursing care ler...hehe.

Sambutan hari raya aidiladha baru2 ni, memang tak dirai sangat oleh keluarga mertuaku, aku hanya sempat buat rendang ayam...ketupat & lemang jiran2 yang kasi. Tak de acara bersalam2an yang kebiasaanya dilakukan sebelum2 ini. Pagi raya en suami & ayah mertua pergi solat sunat hari raya, aku pula menjaga ibu mertua di rumah.....tak de la nak pakai baju kurung raya bagai.....tak de masanya...hehe. Berposing bergambar? ermmmm....rasanya camera aku sepanjang bercuti raya hari tu kosong jerk.....kakaka...

You all semua sure banyak aktiviti kan....sudah semestinya blog you all berupdate kan..hehe. Ekceli ada la cite nak update kat blog ni, ceta gi kenduri kahwin 2 minggu lepas kut....nanti Ai cuba update yer.

Mengenai ibu mertuaku....masih separuh sedar, selalu juga membuka matanya...tapi masih tidak mengenali kami anak beranak lg. Masih lagi tidak dapat mengeluarkan suaranya...pergerakannya pun tidak dapat bergerak sendiri , memerlukan orang untuk mengerakkan kaki badannya. Sekarang sedang membuat rawatan kampung seperti mengurut dan insyaAllah akan membuat rawatan fisioterapi di hospital Pantai.

^~^ Sempat jua balik kampungku pada hari jumaat, itupon en suami tak dapat nak stay lama kat kampungku...hatinya teringatkan mak yang sakit....huhu.
^~^ Syurga itu...di telapak kaki ibu...........
^~^ Aku & Suami, adik beradik hubby kena kuat.....itulah pembakar semangat bagi ibu mertuaku untuk sembuh...anak2 lah yang memberinya kekuatan....

18 comments:

  1. sabar ye..

    moga MIL cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. smoga mertua sembuh..insyallah kesabaran itu penguat semangat mertua untuk kemabali pulih seperti sedia kala

    ReplyDelete
  3. banyak2 bersabar ye zura kita doakan yang terbaik untuk kuarga zura....

    ReplyDelete
  4. Begitu laa pengorbanan seorang anak menjaga ibunya.. Cara yg dpt mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak. Moga MIL zura cepat sembuh dan jgn berputus asa menjaga dan mengubati ibu yer..

    ReplyDelete
  5. besar pengorbanan korg .. insyallah sume tu dh tertulis, sebagai anak.. harus setia di samping dia selagi hayat masih ada.. x yah ler nak posing2 pun, aku rs korg ada kt sisi dia pun dia dh cukup bahagia... even dia separuh sedar, tp aku yakin dia tau anak2 dia setia di sisi dia.. itu yg paling berharga... (huhuhuhu bergenang air mato ku ini)..

    tabah kan hati mu my fren.. banyak2 kan doa tuk MIL..key

    ReplyDelete
  6. betapa besar pengorbanan seorang anak besar lagi poengorbanan seorang ibu. Syukur MIL hang dapat anak mcm hubby hang yang sanggup mengambil cuti panjang jaga dia.

    Allah maha adil, walaupun tak banyak dapat diberi, tapi effort on it dah kira berbaloi bagi seorang ibu.

    ReplyDelete
  7. yerlahh ko kener sabor banyak2 dan ikhlaskan hati ko yer..syurga seorang anak ditelapak kaki ibu dan syurga seorang isteri ditelapak kaki suami..

    Moga MIL ko cepat sembuh InsyaAllah..doa banyak2 eh moga semuanyer dipermudahkan.

    ReplyDelete
  8. sabar ya dikk ..
    itulah pengorbanan kita ..
    mcm akak pun sama .. tahun nie x semeriah tahun2 sudah sbb hubby demam .. kakak akak sakit .. serba serbi kekurangan .. cuma anak2 aje yg suke :(

    ReplyDelete
  9. zura..nti cuba juga refleksologi ye..manalah tau..serasi..kalo xde byk yg berubah..perubahan yg sikit pun dh menggembirakan kita kan...

    moga kalian tabah..pengorbanan anak2 x setimpal dgn pengorbanan ibu dan bapa kepada kita..

    ReplyDelete
  10. B strong yer..da hikmah di sebalik kejadian..yg penting tawakkal byk2..:D

    ReplyDelete
  11. Semoga your MIL sihat semula..amin..pengorbanan yang sangat mulia....

    ReplyDelete
  12. Thks All....pengorbanan ibu tak tbls kan....

    ReplyDelete
  13. mil hang x baik lagi ka
    huhuhu siannya smpi x sedar no..
    hope apa yg korang buat dpt Pahala drNYA
    sabar ye

    ReplyDelete
  14. el~

    x baik lg la el...itu yg runsing tu..dh nk masuk 3miggu...huhu..

    insyaAllah pgorbanan ibu lebey bmknan kan..

    ReplyDelete
  15. pengorbanan menjaga ibu tu lebih mulia dan terrrrsangat la mulia berbanding pengorbanan yg lain..

    ReplyDelete
  16. suziey~

    aku hnyala menantu...bleh mbntu stakat mn mmpu jerk..yg byk bkorban adalah suamiku..hehe...yg penting ikhlas kan..

    ReplyDelete
  17. satu pengorbanan yg tiada nilainya... amat bermakna dan berharga.. tabah la menghadapinya...

    ReplyDelete
  18. Cutemiut~

    insyaAllah kak..mudah2an mil cepat sembuh....

    ReplyDelete

Terima Kasih kerna sudi tinggalkan komen di sini!..^_^, Jangan Jemu Datang Sini lagi yer...hehe