Pages

Sunday, June 26, 2011

BuatMu, SayangKu


Kepada insan yang aku sayangi,
Wahai sayangku, mengapa kau sering bersedih hati? Mengapa matamu yang indah itu sering kau basahi dengan airmata? Janganlah kau bazirkan airmata mu itu demi sesuatu yang tidak bermakna dan merugikan diri sendiri. Apakah kau lupa pada Pencipta kita? Ingatlah kau tidak pernah keseorangan tatkala kau merasakan dunia ini meminggirkan kau.
Tahukah kau bahawa hidup ini tidak sentiasa gembira dan ceria? Ujian itu tarbiyyah kepada kita. Kadang kala kita berasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung bebannya. Ada ketika kita berasa letih menghadapi ujian yang melanda diri.
Tapi ingatlah sayang, Allah s.w.t tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu jika kita tidak mampu menghadapinya. Oleh itu, kau hadapinya dengan tenang dan sabar. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang sabar.Cuba kau renungi sepotong Kalamullah ini;
"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah."(Surah Al-Baqarah 2:286)
Kau juga harus ingat, kesusahan dan kepayahan yang dilalui hari ini akan mematangkan dan mewarnai hidupmu. Ingatlah pada Khaliq Maha Pencipta. Dia akan sentiasa berada di sisimu tidak kira kau dalam kesenangan mahupun kesusahan.Maka, sekalah airmatamu itu. Tabah dan teruskan perjuangan kau dengan aman. Berhentilah dari berkeluh-kesah kerana keluh-kesah itu datangnya dari bisikan syaitan durjana. Mintalah pada-Nya supaya kau diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melalui dugaan hidup.
Sayangku, si manis.
Ingin aku layangkan setitip pesanan buat diri mu dan juga diri ku ini. Kita hanya menumpang hidup di dunia Allah yang fana ini. Dunia ini umpama kita berjalan di dalam hutan yang penuh dengan duri-duri yang tajam serta binatang buas yang sering kali kita tidak sedari. Kadang kala kita alpa dengan keindahan dan ketenangannya. Lupa pada bahaya yang setia menanti di hadapan sana. Jika kita tidak berhati-hati, kita akan terluka di cucuk duri-duri tajam yang berbisa itu. Kau akan merintih dan mengaduh kesakitan.Menangis dan mengharapkan pertolongan.
Sayang, kita harus berhati-hati kerana terdapat banyak binatang buas di dalam hutan yang sedang kau lalui itu. Mereka hanya menunggu masa untuk menyerang mangsanya. Andai kata kau tersilap langkah, kau akan diterkam dan dibaham oleh binatang-binatang itu. Begitulah jugalah kehidupan kita. Dalam mengharungi hidup yang penuh dengan ranjau berduri, kita sering berhadapan dengan masalah yang sering meyesakkan jiwa dan minda kita.
Kadang kala masalah itu sendiri meragut ketenangan hati sesorang insan. Fikiran melayang entah ke mana dan jiwa itu tidak pernah tenteram. Mulalah fikiran negatif berlegar-legar di minda. Pelbagai soalan bermain di benak fikiran.Hati tidak keruan memikirkan masalah. Insan yang lemah itu mula melupakan pada Penciptanya yang Maha Esa. Lupa segalanya.
Janganlah kau menjadi seperti itu. Jangan kau lupakan siapa yang mencipta dirimu dan apa tawajuh kehidupan kau sebenarnya sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Hilangkanlah segala kesedihan. Kau pujuklah hatimu dengan janji Ar-Rahman. Sesungguhnya kau akan berasa lebih tenang. La Tahzan, wahai sayang!
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran:139)
Wahai sayang,
Aku mengerti apa yang kau rasakan di dalam hatimu itu. Jiwa kau terhimpit dengan penyesalan. Kau berasa gusar di atas kealpaan kau suatu ketika dahulu. Dirimu dipalit dengan dosa-dosa hitam. Aku sering mendengar kau merintih pada Allah s.w.t. tatkala kau berteleku di tikar sembahyangmu. Menangislah kerana Allah s.w.t. Jika kau mengalirkan airmata keinsafan, itu amat bermakna buatmu. Cara itu mampu mendekatkan kau dengan-Nya. Mintalah pada-Nya keampunan dan kemaafan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Ambillah iktibar dari firman Allah s.w.t ini;
"Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu kau meminta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika kau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan keampunan seluas bumi pula."(Riwayat Al-Tarmizi no: 3534 dan Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)
Jadikan kisah silammu itu sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup. Sematkanlah di dalam hati supaya kau tidak akan sesekali mengulanginya lagi. Berpegang teguh pada tali agamamu. Ingatlah pada ajaran Islam. Rasul bermadah bahawa "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."
Kau harus ingat sayangku. Kau amat beruntung dilahirkan dalam Ad-Din yang sempurna ini. Teruskanlah dengan membasahi bibirmu yang mungil itu dengan zikrullah dan kalamullah serta bermunajatlah pada Allah. Percaya dan yakin bahawa Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan mengurniakan maghfirah buat dirimu, sayangku. Kita adalah hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Kesilapan akan menguatkan diri kita.
Akhir kali ingin aku katakan, berusahalah sedaya yang kau mampu dan letakkanlah penggantunganmu kepada Allah.
Dari,
Insan yang menyayangi dirimu

~ entry ni hanyalah sebagai peringatan utk aku jua....aku suka isi2 dier yg bleh dijadikan pedoman dan berguna utk aku.....insyaAllah...
~dipetik dr iluvislam.com.

Friday, June 24, 2011

Hasilnya...

Assalamualaikum...

Pagi tadi setelah bertapa di klinik pakar O&G, hospital bersalin pulau pinang dari jam 8am-12pm, keputusannya fibroid dlm uterus ni masih ada.....tapi sizenya sama dr mula2 aku scan dulu di Klinik Kesihatan Jalan Perak sebesar 3 x 4 cm. Alhamdulillah dia tak enlarge....harap2 size dia normal je smpi ku bersalin.

Cuma aku sekrg perlu membuat pemeriksaan lanjut lagi, kena pantau lagi sebulan datang refer kat pakar lagi....lgpun doktor kata tak mengganggu bb dlm pewot. Alhamdulillah juga bb mbsr dgn jayanya....cuma skrg kedudukan bb masih breech, uri pun masih kat bawah, doktor kata skrg aku 24weeks...maybe bb akan pusing blk..insyaAllah hrp2 le...

Harap2 baby n aku slmt semuanya.....Aminnnnn.....

~ Ku MC hari ni...doktor yg kasi, kena injection sedas kt bahu tadi,lenguh gak ni......lgpon mak aiii..letih menuggu gak...besa la...kena byk kesabaran kan....

Trimester Kedua..

As salam...

Skrg aku sedang melalui trimester kedua plak...Alhamdullillah telah berjaya melalui trimester pertama tanpa sbrg alah yg teruk sgt....

Bila dah masuk trimester kedua ni...mcm besa, mkn pun lalu la kan....nek berat bdn pun bertambah2 le...huhu. Kena lah gi check up kat Klinik Desa 2x semiggu utk amik berat, tekanan darah, urine test dan dengupan jantung bb. Hrp2 maintain la lps ni.....

Feveret aku sblm pregnant aiskrim & coklat mmg tak lps jugak la masa pregnant ni...me suka yg manis2....hihihi. Nasi time lunch mesti mkn....kalu mlm kdg2 ku hentam nasi gak, mcm mn la berat bdn tak nek...huhu. Ku ntah la tak suka yg masam2 mcm mangga masam ke....mangga manis ok je..hehe. Jus carrot ku sgt suka....pergi CH ritu, beli carrot byk bgkus gk...buat bekalan, hiksss.

Dan paling bahgia sgt.....start 17-18 miggu cm tu, aku dh dpt rasa gerakan my baby dalam pewot ni.....ya Allah sggh terharu. Mula2 tak taw lg cm mn rasanya gerakan bb cm mn, tp setelah search dr info2 kt tenet dan tanya misi....mmg betui la gerakan rasa cm org jentik2 tu gerakan bb. Now dah masuk 24miggu lg la terasa gerakkan bb....makin aktif, siang n mlm.....terasa mcm kena kick je kat pewot ni, sgt excited bila terasa bb gerak...kdg2 kalu dia tak gerak jadi riso plak......hehe..

Seronok kan uols bila mengalami saat2 pregnant ni.....tmbh2 aku yg pestime ni..hrp2 dpt melalui trimester kedua ni dgn jayanya.....

Mcm mn nk jln2 sopping brg bb nnti....aku kalu jln2 lama je...sure tapak kaki sakit, mybe berat bdn dh lebey kan.....hahaha...


~pengalaman2 ini ku simpan utk tatapan ku di masa2 depan.....


Ketika Ini....

Aku sedang berada di Hospital Pulau Pinang, jumpa pakar O&G. Sedinya tanpa ditemani Mr Hubby kerna dier berada di KL ......huhu. Tp tak per....kebetulan my adik ada menemani, tak la boring sgt.....

Ku perlu jumpa pakar utk check up details psl yg fibiroid tu....harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Semoga fibroid ni tak mengganggu bb dan aku selama pregnant ni....Aminnnn....

Ini adalah satu ujian dr Allah utk aku.....mgkin hanya semntara saja...mn taw kan, Allah nak mguji kesabaran ku.....ada hikmahnya semua ni...

~ InsyaAllah....apa2 hal nnti ku update ye.....doa2kan aku ye....thks...

Thursday, June 23, 2011

Pengalaman Trimester Pertama...

As salam...

Dah masuk trimester kedua, baru sempat nak cite pengalaman trimester pertama ....alahai mcm cheq ni bz sgt.....bkn sbb bz, tp malas thp gaban...hihihi..

Tak nak cite panjang sgt...simple2 je la, nnti org boring plak.....lgpon inilah pengalaman pertama aku dan hb utk memiliki zuriat nie, Alhamdulillah syukur dgn pemberian nikmat masa pregnant nie. Ujian2 semasa pregnant ini...ku jadikan sebagai nikmat dr Allah S.W.T, bkn semua yg bernasib baik dpt melaluinya.....syukur sgt2...

Aku tak de alah sgt, morning sickness mmg tak de....tp pening2 besa tu ada la..masa mula2 tau pregnant tu, aku tingin mkn Steamboat...nasib baik kat umah ada restoran yg ada Steamboat. Selalunya trimester pertama, selera mkn kurang kan....sm la cm aku, tp aku tetap mkn le...cuma mkn memilih sket. Letih dan penat tu besa la....Aku suka mkn mskan melayu....smpi ritu tingin mkn ikan puyu, ikan sepat...hikss. Tapi daging adalah menu yg aku suka sekali.....ntah la, suka mkn daging plak...hehe.

But bab masak memasak ni, adeiiii....aku mmg mls....huhu. Sian Mr Hubby...kdg2 dia yg volunteer masak. Thanks syg.....abg mmg memahami keadaan ayang. Tapi aku alah pada bau2an tak de pon....bau hubby mmg ku suka...hikss...

Nie je lah setakat ni....nnti rajin ku sharing lg pasal 2nd trimester plak......

Ku Suka...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sejak tahu pregnant, dan sampai sekarang aku suka minum susu....tak de alah dgn susu ni. Sbb ada yg pregnant, alah tak leh minum susu...bau susu pun tak leh. Syukur aku setiap hari amalkan minum susu ....selalunya setiap pagi le.

Masa mula2 dulu minum susu brand Dutch Lady or Fernleaf, ikut sempat la beli.......lgpun sebelum pregnant pun mmg selalu amal minum susu nie. Bkn aku saja....Mr Hubby pun tak ketinggalan minum susu tepung ni...hihihi...

Then...sejak masuk 4bln cam tu....ada la berjinak2 minum Anmum Materna ni, tu pun kalu ada budget lebey sket la...ye la, susu ni kan mahai sket....hehe. Sedap rasa dier....cepat habis plak minum susu nie..hihihi. Susu anmum ni, aku beli kt kedai bwh umah aku murah sket dr rege kt Tesco tu...rm21.90 tak slh....kt Tesco brp rege dier ntah, dlm rm20 lebey gk kut.

Minum la susu apa pun...asalkan susu.....hiksss.....yg penting baby and mommy sehat. Aminnnnn....

Wednesday, June 22, 2011

Jangan Nakal-Nakal.....

P1130889

(picca yg sama masa kt bt ferengghi)

Jangan nakal2 na...pesan Mr Daddy kpd bb dalam pewot Mommy ...

"Papa nk gi KL tiga hari taw, jgn nakal2.."sambil mengusap2 manja pewot aku....toucing plak ku rasa......br semalam Mr Hubby bertolak gi KL. Last week br je pegi Kelantan...ni kena pegi KL plak...nk buat cm mn kan, keja....

Sms ni yg selalu Mr Hubby hntr kat aku....."Sayang Mama..Sayang Baby"....huhuhu...Sayang Papa juga.....Semoga Perjalanan pergi dan pulang dgn slmt.....Rindu bangattt sama kamo....

Pesan si isteri pada si suami..."jangan nakal2 juga taw"....hahaha...gelak besar aku ngan hubby.......kahhhhhhhhh...

Jalan2 @ Batu Ferengghi

As salam....
P1130878
kasi cuci mata dulu...tenang je ku tgk view sunset ni....

Kembali lagi di sini...macam biasa entry blog Zura@Iwan ni mcm biskut chipsmore...kejap ada kejap tak de...maap ye kengkawan...tak bisa nak update selalu...ikut mood...terima kasih pada kalian yg sudi menjengah blog ni walaupun siggh seketika..skrg mmg jarang sekali nk blogwalking, jd citer kengkawan byk betui ku ketiggalan...huhu...

Melalut dah ni....ok lah back to citer asal, cite weekend pada sabtu lepas...seharian km duk kat umah je..sbb Mr Hubby letih br balik dr Kelantan mlm tue, tp pd ptgnya....sj ajak Mr Hubby jln2 tepi pantai, boring gk lepak kt umah tu..hikss..
Keinginan si isteri dituruti jua...thanks sayang.....
P1130876
lgpun nk bw adikku jln2 gk...sian dia boring duk umah aku je...hehe...
P1130882
Alhamdulillah masa ni Me dh 23weeks..
P1130887
P1130889
Kita bertiga....hehe...insyaaAllah bakal Zura@Iwan's Junior
P1130894
cerahnya muka dek nonn...hahaha..
Dpt gk la smbr dvd kt Night Market tu......hikss....walaupun kitaorg stay kt Penang ni, tp amat jarang sekali nk smpi di Batu Ferengghi ni..hehe...
~ Terkilan gk...hari Ahad tk dpt jumpa blogger dr jauh Anje....sorry ye....mmg keadaan tak mengizinkan hari tu....huhu.....

Sunday, June 19, 2011

Bapa adalah Pelengkap Kasih Sayang....

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin tak terlambat untuk Ku mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk semua bapa2 di seluruh dunia, pada Abah ku yg tersayang..Ayah Mertua ku....dan pada Suamiku yg tercinta yg bakal bergelar bapa pada oktober ini...insyaAllah mudah2an semoga impian itu tercapai.

Setiap hari adalah hari bapa....walau pun kdg2 berat untuk menunjukkan kasih syg pada luaran tp kasih syg seorg bapa adalah sama seperti mn kasih syg oleh sorg ibu. Tiada berbelah bagi...mereka lah yg m'cari rezki utk sesuap nasi...berpeluh keringat utk kehidupan yg sempurna. Syukur telah diberi sorg Abah yg mendidik anak2 dgn didikan agama yg sempurna, dan memberi kelengkapan keluarga yg sempurna...terima kasih Abah......jasamu dikenang sampai bila2....terima kasih Ayah Mertua kerna mendidik suamiku menjadi sorg suami yg sgt caring...dan bertanggungjawab.

Ya Allah panjangkan usia Abah, Ayah Mertua dan Suamiku...semoga sentiasa diberkati olehMu...Amin......

Friday, June 17, 2011

Family Day 2011~Last Day

As salam....
Malas nak story panjang2...ceta sket2 sudahh.....
2nd day di Cameron kitaorg chek out....then gerak ke Tea Frm di Sungai Palas...jalan dier mmg sgt m'cabar minda...hehe...apa2pon panaroma dier gt cantekkk....
P1130814
Ladang Teh yg sgt luas......
P1130815
P1130817
Sampai2 posing dulu....bersama family aku.....
P1130820
MakNdak ku with anak2 dier...
P1130824
Acu n Paksu sekeluarga...
P1130827
Ateh b'sama anak2 dan bakal menantu...insyaAllah...
P1130829
Family MakNgah n PakNgah...but picca family Mak Long n PakLong tak dan snap plak....
P1130826
P1130848
Lepak2 minum teh dulu...smbil cari mkn, lapar......hehe
P1130849
Aku mkn mushroom soup....sedap gak ...
P1130863
Perbincangan beramai2...sblm bertolak balik........sedih ye nk blk dahhh......
Alhamdulillah perjalanan kitaorg pergi n balik lancar dan slmt smpi ke destinasi masing2.....aku yg mula riso juga, tp aku tawakal...minta doa byk2 pada Allah...yg penting kena la jg diri kan....
InsyaAllah....family day tahun seterusnya akan diadakan di tempat yg lebey sesuai.....seronok berkumpul ramai2....dan dpt mengeratkan lagi hubungan keluarga ...betui tak....windu betui saat2 bersama adik beradik yg len.....huhu..

Family Day 2011~Satu Malam di Cameron

Assalamualaikum.....
Continue story family day kitaorg baru ni....
Petang tu pakat2 pegi Night Market kt Brinchang, aku je tak pegi...ramai org sgt....nk jln tak larat stgi plak...
Malam tu kitaorg relax dan santai2 gitu sambil mengasah bakat terpendam, hahahaha....semua yg sporting....enjoy je mlm tu.....kelakar pon adooo...hehe
P1130790
pilih2 lagu...
P1130791
yg menyanyi 3-4 org je...yg len cuma backup singer...hikss.....
P1130796
Pembuka tirai mengasah bakat t'pendam, cik abe aku ....testing2...last2 nyanyi terus...hahaha...
P1130799
Me with Achik...sakit tekak duk sorak...haha..
P1130801
MakNdak pun tak lupa p'dengarkan soranye....bleh tahan..hikss..
P1130802
Ateh menyelit sikit...ok arr tue....
P1130811
2 jam je duk dlm ni....lps tu, blk tidooooo.....sejukkkknyeee.......
Malas nk ceta pjg......Next story n picca lps ni ye......

Family Day 2011~First Day…

Assalamualaikum...
Alhamdulillah rancangan hari keluarga sebelah mak aku berjalan dengan lancar, walaupun ada xtvt yg dirancang tak berapa menjadi....hehehe...tetapi p'cutian 2 hari 1 malam pada hari minggu baru nie mmg cukup bermakna kerna dpt b'kumpul beramai2 bersama ahli keluarga.
Sambil2 dapat merelaxkan pkran di tempat yg cuaca ye nyaman je........cameron ni kira tempat feveret cuti2 kitaorg gak.....
P1130779
Sticker sempena family day kali ini.....cute....Japar a.k.a Tokwan aku...
P1130758
Pertemuan dua hala di hentian Bukit Merah...iaitu konvoi dari kampung aku Selama dan dari Penang.....siggh utk mengisi perut makan pagi, masing2 bertolak awai...tp kitaorg dr Penang, m'hadapi mslh yg tak dpt dielakkan...keta sepupu aku buat hal, so sedikit lewat bertolak...
P1130759
Sian hubby....yg b'tgkus lumus merakamkan saat2 manis itu...tapi syg sgtttttt....tape tu rosak....huwaaaaa...tensennnn....
P1130761
Masing2 lapar tu.....menu mmg sedap gak, bihun yg dimasak oleh Ateh aku dan nasi impit n rendang daging My Mom buat.....
P1130869
Sampai sudah di Cameron Highlands...lebey kurang kul 12 lebey jugak le....lari timing sket, sbb ada mslh yg tak dpt dielakkan...
P1130768
Me with Ayong, posing sblm kuar jenjalan plak.....kitaorg check in apartment, so sblm kuar, rest utk solat n lunch sekali......
P1130776
Mieza, MakNdak, Ateh n My Mom....
P1130777
Gmbr b'dua ni je adooo...huhu.....jadi lah dr tak de.....lgpon aku mmg tak pegang camera, malass....hehe...
P1130778
Suka plak aku tgk picca ni....cute je anak saudara aku Ain menempek manja di sblh aku.....hb plak melentok manja ..hehe...
P1130781
Adik2 ku yg sgt ku sygggggggggggg......bila nk cuti2 cm ni lg ye....
P1130782
Kitaorg gi lawat strawberry farm...tp aku....
P1130784
cuma duduk dlm keta, sbb hb tak kasi jln byk sgt.....srh rest je...hehehe..
P1130785
ni lah Ketua keluarga tu...Tuan Japar...hikss....
P1130788
Sempat posing kat luar je sblm balik gi pasar malam kt Brinchang.....kaki aku ni, gatai je nk ikut serta dorang jln2...hahahaha..
Night market tu pun aku tak pergi...sbb t'lalu ramai org, dorang je pergi....so aku postpone sopping besok pagi di pasar tani kt Brinchang tue....tak ramai org sgt....Lagipun malam tue ada xtvt enjoy n sporting b'sama ahli keluarga...hehe....


** Next story coming soon.....tgguuu....

Thursday, June 16, 2011

Rindu Pada Si dia….

As salam....

Kembali lagi di sini, walaupun sekejap cuma....Mula entry dengan kesah rindu dulu la yer...hehe....

Rindu pada Si dia sgtttt...walapun baru dua malam pergi ke pantai timur......pergi kerna mjlnkan tugas, apa kan daya....t'pksa bkorban seketika...

Baby dlm perut mommy pun rindukan daddy ....hehehehe....lebey2 plak aku....

Zura

Tak sggup ku lepaskan tgn mu syggg.........ku menanti kepulanganmu...semoga Kanda slmt pulang ke pangkuan Dinda(ewah3x..hehe)....Aminnnnn....

Naseb baik ada peneman juga....bb syg yg ada dlm perut nie dan adik ku syg yg tgh cuti sem...idak la sunyi sgt....tp rindu akan sora2 si dia b'gurau senda manja...hikss...tak per, kan ada talian telepon sbgi alat bhubung.....hehe..


**Siapa tak windu suami sdiri kan......oleh itu call lah husband korang skrg...hahaha..

Thursday, June 9, 2011

Kenduri Kahwin Lagi…

Assalamualaikum....hari ni cuti rest lagi, sambil2 rajin sket update la...story ni masa weekend baru ni...kitaorg ada jemputan kenduri lagi, sonok la gi kenduri org kawin smbil jalan2...hehe...
Kali ni kitaorg gi kenduri di Kuala Nerang, Kedah...kawan hubby siam yg dulunya.. kini sudah beragama islam berkahwin dengan orang kuala nerang.
P1130697
Suka plak aku kaler merah sekarang...hikss...
P1130701
Tapi...otw pjalanan tu...tpksa siggh ke sini...
P1130702
Hasil pertanyaan pada shbt aku Gieyana...tak de private spetal kt sini, so terjah gk la spetal KN ni...aku yg gelisah masa ni sbb bleeding sket, lps check up...Alhamdulillah semua ok...cuma alatan utk scan tu tak brp clear...x puas hati gk le...besoknya gi private spetal gak....
P1130711
Sampai umah kenduri pun dah lewat, dalam kul 5 lebey cm tu...sbb tggu di wad emergency tu hampir 3 jam....sian kat hubby, sggup tggu aku walaupun aku srh gi mkn kenduri dulu...tp dia tak mau......terima kasih syg......i love u so muchhhh.....
P1130715
Nie pengantinnya.....lawa je kan pakai serba hitam silver....selamat pengantin baru, semoga kekal higga ke akhir hayat pada Faris dan Lin
P1130716
Member yg konvoi sekali.....Sham & Dhean...
P1130717
Pucat je muka aku ni......huhu....terserlah seri pengantin tu bila aku diri sebelah...hahaha...
P1130720
P1130722
Lepak rumah pengantin pun tak lama...sbb nak cergas balik Baling plak...aku yg tgh riso keadaan aku tu...sbb balik nak rest je...doktor suruh banyak rest, siap kasi aku MC 3hari lagi tu....lps abis berposing balik terus. Tak dapat nak singgah umah Gieyana.....sorry ye Gie N Munir, len kali kami siggh....thks sbb amik berat pasal aku gk ye....huhu.....
P1130723
Mak buyung dua org ni....angkut bekalan lagi tu...rezki2....Alhamdulillah...hehe...
P1130727
Kenduri di Baling plak...kawan hubby gak yg kawin....buat dua sekali....
P1130740
P1130745
Kami again....aku yg dah kenyang mkn, tggu hubby kejap..sambil dia gather2 ngan member2 lama x jumpa....hehe...
P1130747
Gathering hubby with member2 dier.....

Otw balik ke Penang hari ahad tu...aku siggh specialist di Kulim utk memuaskan hati selagi tak sure keadaan bb ni....Alhamdulillah keadaan bb aktif, gerak sn sini.....tsentuh aku tgk....masa ni tk de bleeding dah. Dan aku tak berasa sakit pun.....
Hari senin aku pegi keja gak...sbb tgk keadaan aku pun ok, tak de rasa sakit or bleeding ....but pada hari Selasa....aku terasa sekejap2 sakit di bawah perut belah kiri....mula la riso, nasib baik still ada MC pada hari selesa tu...aku relax la kat umah...baring2...tp sakit still tak hilang. Hubby pun tak sedap hati, kitaorg gi specialist...scan kt tmpt ku rasa sakit tu...rupanya ada fibroid sbsr size 20 sen lebey sket cm tu....mmg tkezut gak ler....mcm nk pitam rasa...
Menurut doktor, insyaAllah ia tak akan efect bb...cuma aku kena bthn sakit smpi b'salin...doktor cuma bleh kasi ubat tahan sakit je....Ya Allah...mgkin ada hikmah sebaliknya, terima dgn redha ujian ini. Semoga aku dan bb selamat higga melahirkan...Aminnnnn.....